Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Terima kasih kepada DIA

Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan nafas dan nikmat kepada kita. 

Alhamdulillah

Pada suatu hari, ketika matahari terang menyuluh sang bumi, perut terasa sangat berkeroncong. Berlagu-lagu minta diisikan sesuap nasi. Lantas kunci kereta dicapai dan kereta bergerak menuju ke gerai-gerai makan mencari sesuatu mengisi perut. Setiba di gerai makan, kelihatan agak lengang. Mungkin semua orang masih sibuk bekerja.  Lalu pinggan diambil, nasi diceduk dan lauk disenduk. Si manusia memakan dengan penuh seleranya. 

Erk... alhamdulillah dah kenyang. rezeki dari Allah. Tetiba, saat hendak membayar makanan, saku di raba. Saku kiri, saku kanan.. semua kosong. Dompet tertinggal. Si pekedai memandang tajam kepada si manusia. 
Dan hati si manusia penuh debaran dan bergelodak " macamana nak bayar nih ? "
Muka yang jernih bertukar merah padam. Speechless. 

Tetiba si manusia ternampak seseorang yang dikenalinya. Hatinya lega. Ofismate! 
Lantas kakinya bergerak pantas menuju ke sahabatnya. 

"Man, aku terlupa bawa duit! Boleh aku pinjam duit?" 
"Boleh! Nanti aku bayarkan. Dun worry bro", ujar man tersengih-sengih. 

Oleh kerana terlampau lega, si manusia berkali kali mengucapkan terima kasih walaupun man belum pun bayar harga sepinggan nasi yang dimakan oleh manusia tersebut. Dan selepas man membayar makanan tersebut, si manusia masih mengucapkaan terima kasih berkali-kali. Terharu sungguh. Rasa terhutang budi.
-------------------------------------------------
Kawan-kawan... begitulah kita. Kadang kala kita terlalu berterima kasih kepada manusia. Tapi kita kurang berterima kasih kepada Allah. Dengan sedikit pertolongan dari manusia, kita berterima kasih seolah-olah dialah segalanya. Tapi kita lupa pertolongan Allah, rezeki dari Allah. Kerja, rumahtangga, anak-anak..semua tu adalah rezeki dari Allah. Ucaplah alhamdulillah. Sebutlah nama Allah. 



Friday, October 09, 2015

Tolong saya!

Pernah satu hari, suatu ketika ramai sangat orang mintak tolong dengan kita.

Di ofis,  
Si A.. mintak tlg angkat barang.  
Kemudian
Si B... mintak tlg jaga exam sebab ada meting
Kemudian
Si C.. mintak tlg masuk kelas sebab bercuti
Kemudian 
Si D..mintak tlg lg...
Kemudian 
Si E..pula mintak tlg... 

Balik rumah...
Si anak minta susu...
kemudian
Si anak nak makan
Kemudian 
Si anak nak mandi...

Dalam seminggu semua jadi bertimpa-timpa. semua mintak tlg....kemudian terkeluar di mulut... 

" Kenapa asyik aku je yang orang mintak tlg?" 

Dan kita ada dua pilihan, sama ada menolak atau in sya Allah sy tlg. Tahu tak kenapa diorng mintak tlg kita? Sebenarnya setiap detik, setiap yang berlaku semua dalam kawalan Allah. Dan Allah merancang yg terbaik tuk kita. 

Dan Allah yang gerakkan hati mereka-mereka itu untuk meminta pertolongan dari kita. Sebab setiap pertolongan yang kita hulurkan pada mereka adalah satu kebaikan. Satu sedekah. 

Dengan kita menolong mereka, mungkin Allah menghapus sebahagaian dosa-dosa kita. dan mungkin Allah sedang meningkatkan darjat kita di syurga. Dan percayalah selagi mana kita memudahkan segala urusan orang, satu hari nanti Allah akan memudahkan urusan kita. In sya Allah.

"Jangan sesekali rasa orang mengambil kesempatan pada kita. Tapi rasalah ia hadiah dari Allah untuk kita meraih pahala percuma"




Thursday, October 01, 2015

Dr Zakir Naik

Semalam, for the first time aku berkesempatan mendengar sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik. Macam-macam orang tanya soalan. dan kebanyakkan soalan ditanya adalah berkaitan islam dan orang yang bertanya adalah non-muslim. 

And each of questions yang ditanya mmg boleh memesongkan akidah bagi orang islam yang tidak cukup ilmu. Dan audience yang paling banyak tanya adalah mengenai agama kristien. Tapi setiap jawapan yang diberikan oleh Dr Zakir semua ada dalam Al-Quran. Dr Zakir menjawab semua soalan dengan petikan ayat-ayat dalam Al-Qur'an. Ya Allah baru aku tau, betapa besarnya Al-Qur'an. Selama ni kta cuma tau baca Al-Qur'an. Even kita baca tafsir tp kita masih xtau nak nak relate dengan kehidupan. Tapi dr Zakir boleh jawab semua soalan dengan menggunakan ayat Al-Quran. Bertapa hebatnya Al-Quran yang Allah trun kn untuk kita. Petunjukkan untuk semua manusia. 

Dalam agama kristien, Nabi Isa di anggap tuhan. Tapi dalam Islam Nabi Isa adalah seorang manusia biasa yang diutuskan oleh Allah sebagai seorang Nabi untuk membawa semua orang  ke jalan Allah. 

Ada seorang lelaki bertanya " antara Nabi Muhammad SAW dan Nabis Isa AS, siapa yang lahir dengan cara lebih baik ? 

So... apa jawapan kita? Of Course aku xtau nak jawab.

Tapi dr Zakir jawab berdasarkan ayat Al-Quran. Nabi Muhammad SAW dilahirkan seperti manusia biasa. Lahir dengan mempunyai ayah dan ibu. Tapi Nabi Isa As dilahirkan tanpa bapa. Nabi Isa hanya mempunyai ibu. Adakah sebab Nabi ISa lahir tanpa bapa, dia dianggap sebagai tuhan. Nabi Adam lahir tanpa bapa dan ibu. Tapi kenapa Nabi Adam tidak dianggap Tuhan. Siti Hawa lahir dari tulung rusuk seorang lelaki iaitu Nabi Adam. Kenapa tidak dianggap Tuhan. 

Kenapa Allah cipta Nabi Isa tanpa seorang bapa? Hanya seorang ibu.
Kenapa Allah cipta Nabi Adam tanpa ibu dan bapa? Adam hanya dicipta dari tanah. 
Kenapa Allah cipta Hawa tanpa ibu dan bapa? Allah cipta Hawa dari seorang lelaki,iaitu tulung rusuk Nabi Adam. 

Semua ciptaan itu menunjukkan ALLAH MAHA BESAR. kita sedar atau tidak ALLAH boleh cipta apa saja. Hanya dengan Kun Fa Yakun. Allah Maha Besar. Kenapa kita masih nak ingkar? Masih nak derhaka dengan Allah. 





Monday, September 07, 2015

Timbang, ukur diri sendiri.. jangan angkat bakul sendri sudah!!!

Rasa nak update blog. tapi no idea. Cuma aku nak share... banyak benda kat dunia kita boleh check, timbang dan ukur. Yang paling mudah adalah berat korang. So, melalui berat badan, secara automatic korang boleh tau BMI. So...kita boleh tau, kita ni kategori ggemuk ke kurus kering. Atau ala -ala mnodel gitu. Wah bestnya kalau badan macam model even korang dh ada 5 orang anak.
 
Bukan tu je..korang boleh ukur tahap ketinggian. Tahap Kolesterol, Tahap Lemak dalam badan. Semua boleh ukur. Sampaikan tahap kencing manis pun boleh ukur. Tahap jerawat pun boleh check.
 
Tapi korang perasan tak, cuma satu je yang kita tak boleh nak check mengenai diri. Apakah itu?
*
*
*
Itu adalah IMAN kita. Hanya kita je tau tahap iman kita tahap mana. Even luaran orang Nampak kita selalu berkopiah, bertudung labuh tapi iman...hanya Allah yang tau. Ada orang selalu je berkopiah, tapi ngumpat tahap super duper gak tu. Subuh pun subuh dinasour. Tapi Allah tak pernah buka aib kita kan. Subhanallah. Kalaulah Allah buka aib kita, mesti orang dh tak respect pada mereka yg berkopiah dan bertudung litup.
 
So, baru-baru ni aku ada dengar ceramah us jafri. Aku simpulkan disini, satu kaedah macamana nak tau diri kita ni penuh dosa atau tak. Yang ni cuma diri sendri je boleh check.
 
1. pertamanya ...korang susah sangat nak bangun tahajjud tgh-tgh malam, even dah kunci 5 jenis jam dengan bunyi tahap boleh mati sekor lipas. Walaupun korang dan aku tersedar tengah malam,, tapi time nak bangun tu ckp " eh jap lagi la... lagi 5 minit la.." last-last sedar 630 pagi.. huhuhu
 
2. Korang susah nak puasa sunat. Malam tadi dh niah nak pose. Tetiba bila bangun..."arghh rasa kering plak tekak"... emm trus tak jadi pose. Atau tetiba pagi tu ada plak si mamat ni ajak bekpes..." wei jom bekpes..aku blanja".. makanya burn la posa aritu...
 
 
So..amacam.... adakah dua tanda di atas ada pada diri korang. Allahuakbar. Dua benda ni senang sebut tapi susah untuk dilaksanakan. Moga Allah bagi hidayah dan kekuatan untuk kita buat. Kita tau semua perkara tu sangat-sangat bagus nak wat,, tappi  kita tak dapat nak buat. Hanya dengan hidayah dan pertolongan dari Allah je kita mampu buat...
 
Semoga sebelum mati, kita diberi hidayah untuk buat semua tu dengan istiqamah.

Thursday, September 03, 2015

PENGHULU ISTIGFAR

Dari Syaddad bin Aus Radhiallahu ‘anhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan,
PENGHULU ISTIGFAR

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).
Nabi bersabda, “Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga”. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

Tuesday, September 01, 2015

Mutaba’ah Yaumiyah

Assalamua'laikum wbt

Subhanallah....dah lama tidak berkesempatan nak update blog. Sampaikan bila nak update blog haarini, aku dah dah jadi macam newbie plak dalam dunia penulisan. Macam ni la manusia, bila dah biasa hidup dalam keadaan relaks, tidak berfikir, maka otaknya akan bertambah lembap gitu. Idea tidak dapat bercambah. 

Macam tu jugak kita ni, bila dah selalu buat dosa, even kecil tapi bila dibiar berlarutan, makanya hati kita bertambah hitam dan sudah tidak rasa bersalah dan berdosa tu. Maka ubatnya adalah zikir. Berzikirlah setiap hari supaya hati sentiasa bersih. Makanya bila hati bersih, Allah akan bagi ilham supaya kita akan rasa berdosa bila buat benda salah. 

Hampa penah dengaq dak "Mutabaah Yaumiyah"? Mungkin korang semua dah tau. Aku je kot baru tau. Hehe. Ok lets go straight to the topic. Mutaba'ah Yaumiyah adalah checklist atau senarai semak ibadah kepada Allah SWT. 

Ingat tak masa kita nak ambik SPM dlu, cikgu-cikgu selalu suruh set target ...
"SPM10A1"
PMR 8A

Lepas tu kalau kita digalakkan supaya ada jadual belajar. Hari belajar apa..esok belaja apa..

Bukan setakat kt sekolah, malah businessman pun ada target sales. Target sales mingguan, bulanan dan tahunan serta langkah-langkah atau strategi untuk mencapai target. 

Semua tu adalah langkah atau teknik supaya kita berjaya capai apa yang kita nak. 

Macam tu jugak Mutabaah Yaumiyah. Mutabaah Yaumiyah ni adalah checklist amal ibadah kita. Mmg tak wajib ada. Tapi lebih baik ada sebab bila ada, kita boleh set target supaya dapat beramal ibadah kepada Allah SWT dengan amal yang terbaik. Dan kita tau kt mana level ibadah kita. Sebab manusia ni mudah lupa. Selalu rasa diri baik. Dan selalu rasa diri bagus. Apa yang kita buat..kita tick..so setiap hari kita tau sebanyak mana amal kita. Adakah kita ni perasan amal ibadah banyak..tapi hakikatnya zero.... 



Wednesday, April 29, 2015

Jangan Pernah Terlepas...


tolong-menolong by muwafiq

Jangan pernah terlepas melakukan sekurang-kurangnya satu kebaikan setiap hari. Kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana boleh membantu kita di padang masyar nanti. Dan mungkin juga ia membawa kita ke syurga. Sbb kita belum tahu sama ada amal ibadah kita akan diterima Allah atau tidak.
Antara kebaikan yang boleh dilakukan setiap hari...

  • Apabila kita pergi lunch, tiba-tiba ternampak sebuah kedai jual selipar. Beli sepasang selipar dan sedekah di masjid-masjid atau surau. Sepasang selipar baru dalam RM5 paling mahalkan...
  • Apabila pergi solat di masjid atau surau, tetiba ada tahi cicak atau sampah sarap, apa salahnya ambil tisu buang tahi cicak tersebut atau kutip sampah dan buang dalam tong sampah. 
  • Apabila terjumpa kanak-kanak, apa salahnya hulurkan RM1. Bukankah Rasulullah SAW sukakan kanak-kanak.
  • Apabila pergi kedai makan, kalau ada kucing, apa salahnya kita bagi secubit ikan atau sisa tulang ikan kepada kucing tersebut. Tapi jangan sampai mengotorkan kedai makan.
  • Kalau ada kengkawan yang minta tlg belikan air or makanan, kalau ada duit lebih.. tak salah tlg byrkan.
  • Kalau ada budjet lebih, spend kan RM2 beli kuih muih untuk pakcik or makcik cleaner kt ofis...
  • Setiap pagi jangan lupa sedekahkan Al_fatihah kepada Rasulullah SAW dan kedua ibu bapa. 

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)



Tuesday, April 28, 2015

Berikan Aku Rezki...


Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia...

Semalam aku berborak panjang dengan seorang sahabat lama kt ofis lama. Lama tak contact. Nak tau jugak cerita kt ofis sana. Apa yang dah berubah. Cerita punya cerita, akhirnya sahabat aku tuh bukak cerita...

" kami kat sini banyak keja..tapi gaji tak naik jugak..."
" macam-macam kami buat..tapi bonus ape pun takde..."

Aku terdiam. Faham sesangat situasi tu. Sebab aku pernah berada dekat situ. Teringat dulu masa aku keje kat sana. Keje memang banyak. Sampai kan hari sabtu pun datang keje. Bukan tu je.. malam-malam pun bawak balik keje kat rumah pastu kelas sampai kul 6. Huhu 24 jam seminggu kelas. Tapi gaji tak sebanyak mana pun..

Tapi itu lah hakikat dunia..kalau kejar duit..kejar dateline..memang tak pernah cukup. Tetap tak dapat nak puaskan hati manusia lain. Baik solat..baca Al-Qur'an..jiwa lagi tenang. 

Dan aku teringat kata kawan-kawan ofis aku baru-baru ni..

"dulu time aku wat kerja macam-macam, buat program sana sini, pegang jawatan macam-macam, tak dapat APC pun. Tapi sekrang bila aku dah tak pegang jawatan pape, duduk relaks je kat ofis.. mengajar je sepenuh masa...tetiba dapat APC plak"... 

Aku pun terfikir..betul jugak. Ada orang bertungkus lumus bekerja macam-macam, tapi kadang-kadang tiada manusia yang iktiraf. Macam tak penting je kita ni. 

Sebenarnya apa yang terjadi, Allah nk tunjuk Allah tu Maha Besar. Allah Maha Kaya. Allah yang bagi rezeki. Bukan manusia. Rezeki APC tu adalah dari Allah, bukan manusia. Allah yang gerakkan hati bos untuk bagi kt kita. 

Dulu time kita bertungkus lumus bekerja bagai nak mati, tapi tak dapat APC. Bos bagi kat orang lain. Sebab Allah nak suruh kita bekerja kerana Allah, bukan kerana manusia. Dan Allah juga nak sedarkan kita bahawa rezki, duit, harta benda, kebahagian semua dari Allah. 

Carilah cinta Allah, in sya Allah cinta manusia akan datang. Perjalanan kita masih jauh. Dunia hanya persinggahan....Jangan lupa jaga solat, baca Al-Qur'an, Zikir dan Sedekah. In sya Allah, ada jalan penyelesaiannya. 



Surah Al-Baqarah Ayat 57 & 58
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".

Pintu Tawaduk






"Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu, seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari akan tetapi dihalang oleh ayahnya. Ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya."

"Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya. Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat, pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku. "

"Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik di hati pemuda itu mengatakan "lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari."

Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata "pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal" Lalu terdetik dalam hatinya "di Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah SWT tetapi anjing ini tidak, aku akan dihisab oleh Allah tetapi anjing ini tidak, aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu."

"Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku. Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya "Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" kata pemuda itu "Tidak, aku tidak jumpa seorangpun yang jahil daripada aku melankan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain."

"Kata bapanya, "sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu Tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat"

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Jangan Lupa Ucap ALHAMDULILLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.’
Surah Al-Isra’ Ayat 37

Perasan tak kita selalu cakap....

“Aku berjaya hari ini adalah hasil titik peluh aku”
“Aku dapat naik pangkat sebab aku berusaha bekerja bersungguh-sungguh.."
"Si Fulan banyak tolong aku..sebab tu aku berjaya"
" Kami dapat kontrak sebab bos yang bagi"...



Bila kita bercakap bahawasanya kejayaan kita hari ini adalah hasil titik peluh dan usaha sendiri, itu tandanya kita sombong dengan Allah. Kita berlagak dengan Allah. Sebab segala kejayaan dan kekayaan adalah dari Allah, bukan dari usaha kita. Tapi semua itu adalah pertolongan Allah. 

Kita berjaya dapat 10A dalam SPM sebab dengan izin Allah. Kita berjaya dapat kontrak atau naik pangkat bukan sebab bos atau kelayakkan kita, tapi sebab Allah gerakkan hati bos untuk naikkan pangkat or bagi kontrak pada kita.

Percayalah...segala pertolongan orang pada kita adalah sebab Allah yang gerakkan hati dia untuk tolong kita. Oleh itu, ucapkan Alhamdulillah setiap kali mendapat kejayaan, setiap kali dapat rezeki. Jangan lupa sujud syukur. 

syukur

Thursday, April 23, 2015

Bacalah....

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 

Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah mewasiatkan dua perkara kepada kita yang mana selagi kita berpegang teguh kepada dua perkara ini, in sya Allah kita tidak akan sesat selama-lamanya. 

Dua perkara tersebut ialah Al-Qur'an dan Sunnah baginda. Al Qur'an adalah kitab yang diturunkan oleh SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan juga kita umatnya. 

Al Qur'an adalah petunjuk! Petunjuk untuk kita. Maka segala permasalahan, segala tunjuk ajar, segala ilmu pengetahuan terkandung dalam Al-Qur'an. 

Tapi kenapa kita tak pernah pun nak faham.  Tak pernah rasa Al-Qur'an adalah ilmu yang paling hebat didunia ini. Tak pernah rasa Al-Qur'an adalah satu mukjizat dari ALLAH. Walaupun Rasullullah SAW telah pun pergi meninggalkan kita dan kita sendri tak pernah jumpa baginda... itu bukan tiket untuk kita buat dosa. Kerna Rasulullah SAW telah tinggalkan kepada kita Al-Qur'an dan Sunnah.



Tapi secara jujur, kita tak pernah rasa mukjizat Al-Qur'an. Sebabnya kita hanya baca AL-Qur'an tanpa memahami isi kandungannya. Kita baca sekadar baca. Baca buat syarat. 

Tapi AL-Qur'an mengandungi macam-macam petunjuk... macam-macam ayat yang ALLAH bagi tau kita. Pasal hukum, pasal aurat, pasal kisah Nabi-Nabi, kisah Dajjal, kisah hari kiamat dan macam-macam lagi.... 

Aku nak share ngn korang ayat-ayat Al-Qur'an yang boleh jadi pegangan hidup kita...

-------------------------------

Ayat mengenai Al-Qur'an (Surah Al-A'raaf ayat 2)

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman."


Ayat mengenai taqwa(Surah Al-A'raaf ayat 26)
" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Ayat mengenai manusia yang tamak (Surah At-Takatur ayat 1, 2 dan 3)
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal) oleh perbuatan berlumba-lumba mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak dan pangkat" (ayat 1)
"Sehingga kamu masuk kubur" (Ayat 2)
"Jangan sesekali (bersikap demikian)Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk semasa hendak mati)" (ayat 3)

Ayat mengenai orang yangmengumpat & mengumpul harta(Surah AL-Humazah)
"Kecelakaanlah bagi setiap pencaci dan pengeji" (Ayat 1)
"Yang mengumpul harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya" (Ayat 2)

Tuesday, March 31, 2015

Bila Hati Malas Beribadah



Dua tiga hari lepas, termasuk harini... aku rasa sangat lemau. Segalanya lemau dan malas. Malas mengemas... malas memasak.. dan juga paling tak best.. malas nak beribadah. Ya Allah ampunilah hamba Mu yang hina ini. Berat sungguh nak bukak Al-Qur'an. Tapi bila bukak facebook or instagram.. 3jam pun rasa cam 3 minit je. 

Huhuhu... teringat ceramah us Jufri. 
" Bila kita rasa malas beribadah, itu adalah tanda hati kita ditutupi & dipenuhi dengan dosa. "

Ye...aku rasa betul sesangat apa yang ustaz tu cakap. Hati, diri dan jiwa penuh dengan dosa. Tak pernah rasa berdosa dengan dosa. Solat wajib rasa berat nak buat, solat sunah apetah lagi. Ya Allah..ampuni kami.



Walaupun, hati mengatakan menyesal dengan dosa, tapi air mata susah untuk menitis kerana menyesali dosa. Tapi bila tengok citer hindustan...eh..eh airmata boleh mengalir tanpa dipinta. Huhu walaupun ditahan..disekat..ia tetap mengalir...huhu 

Adakah itu tandanya...diri masih belum menyesal dengan dosa ?
atau..
diri ini terlampau banyak dosa.. 
atau 
diri ini takbur dengan diri..tak merasa kerdil dengan sang pencipta...



Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat,
Subhanallah 33 kali, 
Alhamdulillah 33 kali, 
Allahu Akbar 33 kali, 
lalu, untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir"

Maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." 
(Hadis Riwayat Sahih Muslim)


Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’   itu  menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” 

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)


Tuesday, March 24, 2015

munafikkah kita?

Assalamua'laikum wbt


Dodulu aku dok menanam azam manis untuk update blog setiap hari. Tapi nampaknya manis di bibir tapi pahit tinggal dijari. Sebab tu tak ter update huhuhu.

Dodulu masa zaman sekolah, ustaz aku slalu cerita apa itu orang munafik? Bila sebut orang munafik, aku dah berimaginasi iaitu seseorang manusia yang sangat jahat dan hampeh.  Memang tak nak kawan la ngn die!

Suatu hari aku pernah dengar ceramah agama dari seorang ustaz ni.... Masa akhir zaman nanti, ketika dajjal dah keluar, semua orang munafik akan menjadi pengikut dajjal. Mereka akan datang dari segenap sudut dan penjuru.  

Korang agak-agak adakah kita ni termasuk dalam golongan munafik ? Ya Allah mintak dijauhkan. Nauzubillah. Tapi korang tau tak apa ciri-ciri orang munafik ? 

Ciri-ciri orang munafik ni ialah bila berjanji ia mungkir, bila bercakap ia menipu dan bila diberi amanah ia khianat. Korang agak-agak adakah kita ni termasuk dalam golongan munafik ? 

Jom kita check @ muhasabah diri sendiri...adakah kita ada salah satu dari ciri-ciri di atas...

Aku amat perasan beberapa kejadian yang sering berlaku pada aku dan aku rasa pada semua orang... Kadang-kadang kita ni termasuk dalam golongan yang menipu! Agak kejam bahasa aku. Tp itu lah hakikatnya. Tipu dan tipu dan bohong dan kelentong jadi makan minum dalam hidup kita. Rasa tak sempurna kalau tak tipu. Kadang-kadang terpaksa menipu dalam hal kerja. Menipu bos, menipu orang bawah, menipu claim, menipu anak dirumah. 

Macamane ek. Kadang-kadang kita terpaksa menipu. Tapi tipu itu berdosa. Bercakap benarlah walaupun pahit. 

situasi 1: Kes tipu yang kadang-kadang kita tak sedar. Bila bercakap kita berbohong.

Penjual : dik.. ada 50 sen tak..
Aku      : Tak der la kak....

(walhal dalam beg duit berlambak-lambak duit syiling. tapi disebabkan malas nak cari, kita tanpa segan silu cakap xder).. 


Situasi 2:

telefon berbunyi ....
Pemanggil :" abu ada tak ?'"
si pengangkat telefon pandang abu... tetiba abu berbisik... "cakap aku xder"

(dengan kawan-kawan kita sekali terbabit menipu)


Bila disentuh bab amanah...lagi banyak. Dulu aku ingat amanah ni bekaitan dengan menteri-menteri je. tapi sebenarnya amanah ni bermula dari sekecil-kecil benda dan melibatkan semua makhluk Allah termasuk kita yang kerdil ni. Kita semua memegang amanah. Kalau kita seorang guru, kita memegang amanah untuk mengajar murid2. Kalau kita seorang akauntan, kita kena amanah bab-bab duit. 

Ok ..iitu bab-bab or kes-kes besar. Tapi jgn lupa banyak kes-kes kecik yg slalu kite terlepas pandang.

situasi 1 :
kita bekerja dari jam 8.00 hingga 5.00 ptg. Kerja ofis! Kerja yng menggunakan elektrik, air, komputer dan alat tulis pejabat. So, kita memegang amanah 8 jam tu buat kerja ofis je. Tapi kita arini, time keja ofis buat kerja part time. Promote baju..promote tudung. Pastu guna printer ofis, kertas ofis ..print iklan kerja part kita. Amanah kah kita ? 

dan lagi..lagi... kita terbawak balik pen...pensel...pemadam ke rumah. Tu ofis punye. bukan hak kita. lepas anak pakai tuk belajar...huhuh 

di mana amanah kita ? 
kita selalu berkira bila banyak kerja di pejabat... 
kita selalu merungut bila kena buat macam-macam...
tapi bila bab gaji lambat masuk, kita marah
bila gaji tak naik kita melenting...
macamana duit kita tak cepat habis...sebab dalam rezeki kita kurangnya keberkatan. 

Carilah keberkatan Allah. 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Hadith Riwayat Hakim).

Tuesday, February 24, 2015

Hikmah Sunnah Membuang Air Besar

Assalamua'laikum wbt

Dulu aku selalu dengar hadis Rasulullah SAW;

"Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”

Sunnah Rasulullah SAW adalah cara hidup atau amalan hidup Rasulullah SAW. Kalau diikutkan sunnah Rasulullah SAW memang banyak. Dari bangun tidur sampai la hangpa tidur balik. Cara mandi, makan, masuk tandas, makan nasi, minum air, cara tidur..semua la.

Aku tau..bila dah nama manusia... bila disuruh buat...macam-macam kita tanya. Apa kebaikan? Apa faedah? 




Ada sorang kawan aku.. (nama dirahsiakan...nnti dia pukul aku sbb bocor rahsia) ada masalah dalam pembuangan sisa najis dari perut beliau. Haa dalam bahasa kasar susah nak berak. Huhuh Dua hari sekali baru boleh membuang. Makan banyak..tapi jarang membuang.

Agak-agak boleh imagine tak apa akan jadi? 

Badan akan cepat gemuk. Lepas tu badan banyak toksin. Bila toksin banyak ... kulit muka pun dah tak cantik..kusam..naik jerawat, kentut busuk, badan hangpa pun cepat berbau bila berpeluh. Huhuh banyaknya kesan buruk jarang membuang ni. Yang paling tak bestnya asyik nak kentut je. Agak-agak pengsan jugak la tikus dengan bau kentut ang pa. Dan lagi satu of course susah nak solat! Asyik kena tahan kentut...

Satu hari kawan aku dengar ceramah seorang ustaz mengenai sunnah Rasulullah SAW tentang buang air besar.  

Ustaz tu kata cara Rasulullah SAW buang air besar adalah dengan keadaan mencangkung. Badan mengiring sedikit ke kiri.  Badan senget ke kiri. Lagi satu jangan mengadap kiblat. In sya Allah semua najis-najis akan kuar dengan mudah dan kuar habis. Esoknya dan hari seterusnya kita akan lebih senang membuang.

SO..kawan aku yang tgh sengsara dalam pembuangan sisa najis pun...cuba follow sunnah tu dari sehari ke hari. Cuba sebaik-baiknya untuk ikut. Hari pertama buat.. hari kedua buat. Walaupun masih blum boleh membuang setiap hari tapi dia masih buat walaupun kadang-kadang terbabas. Mihmihmih... 


Akhirnya berkat istiqamah dan dengan izin Allah dan juga berkat amalkan sunnah Rasulullah SAW.. Dia berjaya menyelesaikan masalah penyingkiran sisa toksik dari sistem pencernaan beliau yang sudah bermaharaja lela setelah sekian lama. la ni hampir setiap hari dia boleh membuang air besar. Hebatkan.. Tak yah makan ubat bagai. Kadang-kadang dua kali sehari die lawas. 2 kali sehari buang air besar. Hikmahnya amal sunnah Rasulullah SAW. 

-----------------------------------------------------

Ha..macam ni  lah lebih kurang kedudukan kaki ketika membuang supaya badan mengiri ke kiri. 


Monday, February 09, 2015

Tips Kebahagian Rumah Tangga

Assalamualaikum wbt

Satu hari... ketika tengah diselubungi kesibukkan pnp student..aku dikejutkan dengan berita seorang sahabat aku ditimpa masalah keberantakan rumah tangga. Ohh memang serius. Macam-macam masalah. Tiada persefahaman. Asyik bergaduh! Salah menyalahi..

" Dia tak pernah memahami saya"..kata si isteri...
" Dia tak pernah tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.." kata si suami pulak..
" Dia tu asyik nak marah je.. anak-anak jadi mangsa"... tempelak si isteri
"A'ah ..asyik saya nak jaga hati awak...sape pulak nak jaga hati saya.." lenting si suami...
" Awak tu kedekut.... bagi nafkah tak cukup!".. bentak si isteri...
" Awak abaikan tanggungjawab pada anak-anak"... balas si suami

Bila marah, hilang semua kebaikan pasangan. Yang nampak cuma buruk. Aku bukanlah yang terbaik untuk bagi pendapat. Baru setahun pisang bina rumahtangga. Tapi pengalaman aku yang sesiput sedut ni.. boleh la aku share sikit-sikit. (based on pemerhatian & kajian...chewah)

Aku nak tanya korang... 

 Apa rahsia kebahagian rumah tangga? 

Pilihan Jawapan 
a. Duit
b. Kecantikan
c. Rupa paras
d. Tolak ansur
e. Persefahaman

Jawapan yang betul adalah SOLAT JEMAAH. Bukannya persefahaman. Bukan duit. Bukan harta dan juga bukan paras rupa. SOLAT JEMAAH adalah rahsia kebahagiaan rumah tangga. Malah Rasul SAW tak pernah tinggal solat jemaah. Makanya..kita sebagai umat baginda yang lemah..ikut je sunnah baginda. Tak perlu tanya. Tak perlu query. Just follow sunnah baginda. Dengan Solat Jemaah..akan datanglah persefahaman. Akan datang kejujuran. Akan datang tolak ansur. Allah akan permudah segala urusan kita. In Sya Allah. 

Bila aku dh lama tinggal solat jemaah ngn suami.. kami akan cepat bergaduh. Hal kecik pun nak gaduh. Jiwa cepat panas. Cepat marah. Anak buat salah pun nak marah. 

Tapi bila istiqamah solat jemaah. Rasa kasih sayang tu lebih. Bila bersama rasa happy sangat. Jiwa rasa tenang. Takde rasa nak marah. Semua rasa cukup. 

Cuba la try praktis. Kalau tak dapat 5 waktu..solat la jemaah maghrib dan isyak. Belum cuba belum tau. 

Wallahua'alam. 

Thursday, February 05, 2015

TIP MENJADI ORANG BERJAYA

Assalamua'laikum wbt


kebab
Masa aku tengah lunch tadi aku teringat kisah sorang pakcik masa aku belajar dlu. Dulu masa aku belajar kat USM, ada sorang pakcik ni jual kebab naik motosikal. Pakcik ni nampak low profile je. Memang nampak warak la. Pakai kopiah, ada janggut pastu naik moto. Dan seingat aku pakcik ni pakai kemeja. 

Dan kalau hangpa nak makan kebab pakcik ni..hangpa kena berbaris tunggu sejam. Punya la ramai que untuk beli kebab pakcik ni. Memang laris sesangat. Budak2 USM memang berebut beli. Kalau lambat cket..memang sold out. Telan air liuq ja. Aku la yang selalu telan air liuq dan ambik bau ja. Sebab asal aku datang ja... memang dah habis. 

Satu hari tu... aku memang tekad nak beli kebab. Dengan semangat berkobar-kobar aku p kt pakcik tu. Tetiba azan berkumandang menunjukkan masuknya waktu solat. Aku pun order kat pakcik tu... Pakcik tu dengan sopan santun pun jawab... 

"Dik...dah masuk waktu solat. Pakcik nak solat dulu..Jap lagi adik datang balik ye.."

Allah.. terkesima aku. patut la rezeki pakcik tu melimpah ruah.Utamakan solat. Asal bukak je kedai mesti sold out. Huhu kalau kita skrng ..sanggup ke nak tolak orang yg nak beli semata-mata nak pi solat. Kita la ni...kalau dengaq azan wat taktau ja. Siap sambung tengok tv lagik. Bukan tu ja... kalau azan kt tv..kita siap tukar channel len...Huhu Astagfirullaha''azim. 

Kalau nak muhasabah diri...patut la rezeki susah nak masuk. Banyak masalah. Kerja tak pernah siap. Rupanya kurang keberkatan. Tak utamakan solat.... 

Aku nak share satu tafsir yg aku baca...Sekarang semua orang bekejar nak berjaya. Kalau bekerja..nak jadi pekerja cemerlang. Kalau pelajar nak jadi pelajar cemerlang. Bab kata orang...semua nak cemerlang... tapi Allah dah kata dalam al-Qur'an siapa yang akan berjaya...

Siapakah orang yang berjaya ? 

Orang yang berjaya adalah: 

a. Orang yang kusyuk dalam solat
b. Orang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia 
c. Orang menunaikan zakat
d. Orang yang menjaga kehormatan....
e. Orang yang amanah
f.  Orang yang menjaga sembahyang.... 

So... kalau kta jadi orang yang berjaya...amalkan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. 


Surah Al-Mu'minuun
A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
A002
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
A003
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
A004
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
A005
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
A006
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
A007
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
A008
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
A009
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Friday, January 09, 2015

KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W.


Seorang LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke sebuah pekan, sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayur-sayuan, buat menyara hidupnya.... Itulah kerja hariannya... 

Selesai berjual, DIA AKAN SINGGAH DAHULU KE sebuah MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur.  Sebelum pulang ke rumah... Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID... Ini dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan lalu... Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya.

JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat keadaan lelaki tua itu.... Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun-daun itu setiap pagi. Tujuan mereka, semata-mata untuk membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu. 

Rupa-rupanya, niat baik mereka itu telah membuatkan LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH.... Dia mohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa... Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk masjid tersebut, katanya.
Akhirnya, pihak jawatankuasa masjid mengambil keputusan agar membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih.

Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam masjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut menjawab: 

“SAYA INI ORANG BODOH, TUAN.... Saya tahu amal saya ini kecil sahaja.... Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU `ALAIHI WASALLAM.

 Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, SAYA INGIN RASULULLAH MENJEMPUT SAYA... Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu `alaihi wasallam..”.. Kata lelaki tua itu dengan hiba... Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu.... Pak Imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu.... 

ALLAHU AKBAR....Subhanallah...Subhanallah.

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI... Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “.(Surah Al-Ahzab 33: 56)

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku, sehingga aku menjawab salam itu”.
(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)

Sumber : http://cintarindurasul.blogspot.com/2012/11/kisah-lelaki-tua-dan-selawat-nabi-saw.html

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...