Monday, September 08, 2014

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ? 
Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 

Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh

Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah ni termasuk la bilangan langkah ke tandas, ke pejabat, pergi minum kopi dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. So, dah fahamkan...senang dan mudahkan.  


Fakta mengenai 10,000 langkah yang perlu kita semua ambil tahu :

    • Berjalan 1km = 1,250 langkah  maknanya 10,000 langkah = 7 hingga 8 km.
    • Berjalan dalam tempoh 20 minit = 1.8 km bersamaan membakar nilai kalori sebiji pisang.
    • Berjalan dalam tempoh 30 minit = 2.6 km bersamaan nilai kalori bagi sebiji karipap.
    • Berjalan dalam tempoh 60 minit = 4.8 km bersamaan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.
    • 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuetiau goreng
Jadi, kalau lunch tadi kita dah makan sepinggan nasi, ayam goreng 2 ketul, sila congak berapa ribu langkah kita perlu berjalan kaki :). Itu baru 2 ketul ayam, belum kira sotong 2 ketul, udang 3 ekor, hati ayam, hati lembu... Haa ? Berapa kalori korang kena bakar? Berapa  ribu langkah nak jalan kaki ? Sila congak...hehe

Exercise berjalan kaki lagi mudah dari aktiviti sukan lain sebab aktiviti jalan kaki ni kita boleh buat anytime dan anywhere. Tak perlu nak pakai tshirt dan tracksuit or kasut sukan. Kat ofis pun boleh buat. Sambil shopping, sapu sampah, mop lantai, semua pun boleh. Yang tak boleh time makan dan minum. Sebab Rasulullah SAW tak bagi umatnya makan atau minum sambil jalan. Kawan syaitan tu. huhu

Sini ada beberapa tips bagaimana nak memastikan kita dapat berjalan kaki 10,000 langkah sehari : 
  • Parking kereta jauh dari pejabat atau pasaraya supaya anda boleh berjalan kaki
  • Elakkan guna lif tapi gunalah tangga
  • Rerajin lah berjalan sekeliling pejabat 
  • Selalu berjalan-jalan di taman bersama keluarga
  • Ambil peluang berjalan kaki ke masjid, kedai runcit dan ke rumah jiran


Apabila kita istiqomah melakukan aktiviti berjalan 10,000 langkah sehari, banyak penyakit-penyakit milennium yg boleh kita dicegah. Penyakit milenium ni penyakit yang selalu kita jumpa. Asal jumpa org je, kalau kita tanya " Pakcik sihat ke ?"
"Emm, pakcik ni dah tua, macam-macam penyakit ada, tiga serangkai". Penyakit milennium la tu. 

Penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan berjalan kaki adalah seperti :

  • Gemuk
  • Mengawal dan mencegah osteoporosis
  • Mengurangkan masalah perut buncit
  • Menurunkan paras kolesterol dalam darah. 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengelakkan penyakit darah tinggi dan strok
  • Mengelakkan kanser prostat

Andaikata, malas jugak nak jalan kaki 10,ooo langkah, ada beberapa aktiviti sukan yang setara dengannya iaitu

  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit


gegar 10000 langkah jempol

10000 steps


sukan,ilham
Kanak-kanak dan bayi comei, cun yang join...


10000 steps


Akhir kata... 

"Jadilah kamu orang yang baik,bila ada disukai,bila tiada dirindui,bila mati ditangisi,
Janganlah kamu jadi orang yang jahat,bila ada dibenci,bila tiada disukai,bila mati disyukuri"
( Saidina Ali bin Abi Talib )

10 comments:

  1. Seronok jugak sesekali join aktiviti macam ni.. Tapi orang sekarang jgn kata nak exercise.. nak berjalan pun malas..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh memang pun... tunggu aktiviti camni baru la berpeluang exercise

      Delete
    2. Heheh memang pun... tunggu aktiviti camni baru la berpeluang exercise

      Delete
  2. kekadang tak larat nak lari, tu yang berjalan je. hehe

    Scha dh masukkan awk dlm bloglist saya. Teruskan berblog yer. Tukar2 link. hhee.

    ReplyDelete
  3. senaman mcam ni anak2 lagi seronok kan... badna kita sihat..anak2 pun ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha.... memang budak2 yg bersemangat... anak sy umir 2 thn lbh semangat nak jln.. hehe

      Delete
  4. dulu mama rajin buat aktiviti riadah.. sekarang malas bebeno..

    ReplyDelete
  5. Wow...nice sharing... 10,000 langkah baru bakar sepinggan kueh tiaw?
    Nampak gaya Nad kena buat 2 juta langkah kot ni..hhuhuhu

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...