Wednesday, September 10, 2014

cabaran 30 Hari | Hari 9: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian

Assalamua'laikum wbt

Masuk ke topik yang hot sikit iaitu Lelaki Yang Menarik Perhatian. Dulu-dulu time bujang banyak je lelaki yang menarik perhatian. Tapi since dah berempat ni, lelaki yang menarik perhatian cuma 2 orang je...anak & suami =)



Nabi Muhammad SAW. Penghulu umat manusia di akhir zaman. Baginda sangat cintakan umatnya sehingga sebelum beliau wafat, beliau masih menyebut ummati..ummati. 


Sabda nabi yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi, “Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”

Tanda kita menyintai Rasulullah SAW, ialah selalu berselawat kepada baginda.

Yang kedua dan ketiga of course la my sweet heart forever. My dear son & en somi. Forever and ever. In Sya Allah Till jannah dear.



Kenal tak sape ni? Beliau adalah Ahmad Ammar, pelajar malaysia yang telah meninggal dunia dan sangat dimuliakan di Turki. Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
sumber : http://amarsyamimi.blogspot.com



Ustaz Mohd Hanafiah bin Abd Malek.
Ustaz jarang muncul kat tv dan maybe tak seglemer ustaz kazim elias dan ustaz azhar idrus. Sekali skala je muncul kt TV. Tapi penyampaian beliau yang bersahaja sangat best... boleh layan..
Ceramah 7P untuk bahagia sangat best...

Sekian sahaja untuk hari ni..
Akhir kata " menulislah sebagai satu ibadah". Amin


No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...