Monday, December 16, 2013

TIPS MENGEMAS RUMAH


Mengemas Rumah
assalamua'laikum wbt

hari ni saya cuba nak kongsi tips mengemas rumah yang paling cepat, pantas dan tangkas. In sya Allah, harap-harap tips ni boleh membantu semua orang terutama wanita yang berkerjaya.

1. Pengurusan Kain Baju.
Bila sebut kain baju, ada 3 langkah yang memang akan kita buat iaitu basuh, lipat dan susun. Tapi part yang paling malas nak buat adalah part melipat baju. Kalau setakat basuh senang je, bubuh je baju dalam mesih dan tekan 'START'. 
Tips yang paling mudah adalah, sewaktu menyidai kain, hangerkan baju-baju yang tak perlu dilipat iaitu baju yang akan disangkut. Contoh seperti kemeja. Jadi masa nak angkat kain, angkat trus kemaja-kemaja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja.
Untuk baju-baju lain, tips paling mudah adalah lipat sambil tengok tv. Biasanye waktu malam adalah waktu untuk kite rehat sambil menonton tv. Jadi apa kata sambil menonton tv, sambil tangan kita melipat baju. Lagi satu jangan tunggu baju bertimbun dalam bakul baru nak lipat. Huhuhu... Mase tu lagi malas


2. Pengurusan memasak.
Kadang-kadang memasak memang memenatkan sebab bila sebut memasak, banyak kerja-kerja yang terlibat seperti menyediakan bahan, membasuh pingan mangkuk, lap meja & dapur dn lain-lain. Tips yang paling mudah adalah sediakan bahan-bahan masak terlebih dahulu. Kalau rancang apa yang hendak kita masak selama seminggu dan bahan-bahannya boleh diprepare dihujung minggu. Jadi bila bahan sudah sedia, memasak jadi mudah dan senang. Amek dan campak je dalam kuali. Tapi sebelum memasak lauk pauk, yg paling penting masak nasi dlu. Sambil tunggu lauk masak kita boleh basuh pinggan dan lap-lap meja. Jadi bila makanan sudah siap, pinggan dan meja pun sudah dilap. Jadi siap 3 keja dalam satu masak. Jimat masa dan rehat cepat. Jangan tunggu sehingga habis masak baru nak basuh pinggan n lap meja. Imagine jika lepas makan baru nak basuh pinggan, besen dan periuk. huhu...penuh dalam singki. Time tu perut dah kenyang n badan pun dah malas. 

3. Mengemop lantai
Salah satu tugasan yang penting adalah mengemop lantai. Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan. Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan. Dan lakukan kerja-kerja mengemop di waktu cuaca panas sebab kalau dilakukan waktu hujan or tidak berapa panas, lantai lambat kering. Oleh itu, ia agak susah bagi wanita yang mempunyai anak-anak kecil. Bimbang-bimbang anak terjatuh. Bagi saya, kesempatan yang ada untuk saya mengemop lantai adalah diwaktu tengahari ketika waktu rehat ofis. Sy akan curi masa rehat saya, balik rumah dan mengemop lantai. Time ni paling senang sebab anak saya duduk dirumah pengasuh dan cuaca pulak panas. Selepas 30 minit mengemop lantai, lantai dah kering. So, pukul 5 saya balik rumah, jiwa rasa tenang je, lantai dah licin berkilap dan anak saya main dengan selesa.

4. Jangan tunggu hujung minggu.
Dulu saya suka buat semua kerja dihujung minggu. Hujung minggu la untuk saya lipat kain, mengemop lantai, sapu sampah, basuh bilik air, kemas ruang tamu, dapur, bilik tidur dan juga diluar rumah. Kadang-kadang penat sangat sampat hujung minggu bukan waktu rehat untuk saya. Pukul 3 ptg baru habis kemas n masak. Penat tak terkira. Muka pun serabut. Tak sempat nak rehat, kul 4 nak sediakan minum petang plak. Memang blh nk minum diluar tapi hujung minggu la tempat kita satu family berkumpul dan nak rasa air tangan si isteri.

Akhirnya tips yang saya jumpa di satu blog ni... JANGAN TUNGGU HUJUNG MINGGU!!! Lakukan semua tu di hari kerja, oleh itu hujung minggu saya adalah waktu rehat. Saya ada 5 hari sebelum hujung minggu. Jadi saya bahagikan setiap hari dengan kerja-kerja rumah. Sikit-sikit lama jadi bukit !
2 hari sekali saya akan basuh baju. Dan apabila angkat dari ampaian saya terus lipat baju n tak perlu tunggu hujung minggu. hari khamis atau rabu saya akan mop lantai di ruang tamu dan dapur.
Manakala cuci toilet akan saya atau suami buat sambil mandi. So, jimat masa.  Kemas rumah saya akan buat hampir setiap hari (tapi bukan hari mop lantai). Bila kita selalu mengemas rumah, jadi rumah akan jadi kurang  bersepah, maka kerja-kerja mengemas akan jadi mudah n cepat.
Jadi hujung minggu saya akan lebih relaks dan rehat. Hanya kerja-kerja simpanan stok ikan, ayam & daging serta sediakan bahan-bahan masak yang akan saya lakukan dihujung minggu.
mengemas rumah



4 comments:

  1. KM paling malas lipat kain hihi.. kalau basuh baju ok lagi.. hihi tp gambar kat atas tu takutla nak masuk... takut jumpa cik T dan lipas hihi..

    ReplyDelete
  2. tips ni masih belum mendalam..hehe..tapi boleh apply nnt. huhu...sibuk kerja sampai terbengkalai kerja rumah..

    ReplyDelete
  3. sedang mencari kerajinan untuk mengemas rumah setiap hari. terima kasih sis. tips ni banyak membantu :)
    http://imnah03.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. fengsan la..kalau buat kerja bertangguh, tak gitu

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...