Assalamua'laikum wbt
Bila rumah kemas, bersih dan teratur, hati pun rasa tenang dan tenteram. Kadang-kadang rumah dah sapu, lantai dah mop, tapi rumah masih tunggang langgang. Macamane tu? Rasa tak puas hati kan? Ok kat sini ada beberapa tips mudah dan ringkas bagaimana kita nak make sure rumah sentiasa kemas & teratur. Kadang-kadang kita dah tau tapi sebagai manusia memang lumrah, kita perlu sentiasa diingatkan...
1. Kumpulkan kain yang sudah dibasuh dalam bakul khas. Jangan biar berlonggok atas katil atau sofa.
2. Kumpulkan kain kotor di dalam bakul khas. Didik anak-anak kita untuk meletakkan kain baju kotor dalam bakul. Bakul tersebut boleh diletak di penjuru bilik.
3. Susun majalah/surat khabar di dalam rak. Biasakan diri untuk susun semula selepas membaca.
4. Simpan segala permainan anak anda dalam bakul khas. Ajar anak setiap kali lepas bermain, simpan semula mainan dalam bakul. Sekiranya, anda mempunyai banyak bilik, anda boleh jadikan satu bilik sebagai bilik permainan anak-anak anda. Jadi, anak-anak akan hanya bermain dalam bilik tersebut.
5. Disiplinkan diri untuk membuang segala sampah ke dalam tong sampah. Kadang-kadang sudah jadi tabiat kita meletakkan kertas atau plastik di atas meja, di tepi sofa. Yang penting kat rumah kena ada tong sampah, barulah sampah tak berterabur. Tempat yang wajib ada tong sampah adalah dapur, bilik tidur dan bilik air.
6. Disiplinkan diri untuk terus membasuh pinggan atau cawan selepas digunakan. Jangan biar berlonggok dalam singki atau letak dimerata-rata.
7. Pastikan singki sentiasa bersih dan tiada sisa makanan.
Akhir kata "kebersihan itu separuh dari iman".
Tentu best bila balik rumah dalam keadaan penat, tengok rumah bersih dan kemas... Hilang segala penat dan letih.
Akhir kata "kebersihan itu separuh dari iman".
Tentu best bila balik rumah dalam keadaan penat, tengok rumah bersih dan kemas... Hilang segala penat dan letih.
No comments:
Post a Comment