Assalamualaikum wbt
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji".
Satu hari, masa kita pergi makan di kedai, tiba-tiba ada seekor kucing datang kat bawah meja. Masa nak makan, kucing tu asyik mengiaw kat tepi kaki kita. Kadang-kadang tu kucing tu lompat kt kain kita. Ishh..sibuk la kucing ni. Kacau nak makan. Push push !!! Puas kita halau kucing..tapi kucing tak g jugak. Ada lagi dasyat, ada orang siap sepak lagi kucing tu... Masya Allah kejamnya kita..
Kadang-kadang masa kita g shopping, ada berderet-deret orang mintak sedekah. Kadang-kadang kita lalu depan diorng, kita wat xtau je. Buat-buat tak nampak. Dalam hati, " xder duit kecik la, takkan nak bagi RM10".. kedekutnya kita. 10 ringgit pun nak berkira. Padahal pergi pasaraya, RM10 blum tentu boleh beli paper even sehelai tshirt. Harga pampers pun dan dekat RM 40.
Raya lepas banyak orang buat open house. Dan kita pun memang suke pergi open house, dapat makan sedap-sedap dan macam-macam. Tapi kita xhulurkan pun seringgit dua kepada budak-budak yang ada kat situ. Dengan alasan, kalau nak duit raya kena datang rumah. Padahal belum tentu budak-budak tu akan datang rumah kita. Emm kedekut jugak kta ni.
Kadang-kadang Allah saja datangkan kucing, pemintak sedekah dan kanak-kanak semata-mata untuk kita bagi sedekah pada mereka. Tapi selalunya kita tak sedar pun semua tu. Tak salahpun kita bagi sedikit lauk kita pada kucing. Mungkin sedekah kita pada kucing tersebut walaupun cket, mampu menyelamatkan kta dari musibah.
Kadang-kadang kita selalu menaruh syak wasangka bila nampak ada orang mintak sedekah. " Ish..tak yah bagi la, mesti diorng ni sindiket".. Huhu tu cuma dalam hati. Tapi tak salah bagi sebab yang menilai adalah Allah. Jika pemintak sedekah tu menipu, itu adalah urusan die dengan Allah. Biar Allah yang tentukan. Yang penting kita dah hulurkan sedekah kerana Allah. Didik hati kita tiap kali jumpa kanak-kanak kita hulurkan RM1. Tak rugi dan tak luak pun duit kita dengan singgit. Tiap kali g masjid didik diri dan anak-anak kita bubuh duit dalam tabung masjid.
Dan sedekah tak semestinya seratus ringgit. Sepuluh sen pun cukup. Yang penting ikhlaskan =)
No comments:
Post a Comment