Assalamua'laikum Wbt
Untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas tidak lah susah pun jika kita tahu cara dan teknik. Macam kerja-kerja kt ofis tu. Mesti kita dah bahagikan kerja mana yang perlu disegerakan dan yang mana dateline lambat lagi. So, keutamaan kita mestilah yang dateline dah dekat. Bila semua kerja kita buat secara sistematik dan terancang in sya Allah yang susah jadi mudah. Yang lambat jadi cepat!
Macam tu juga kerja-kerja rumah ni. Kerja rumah boleh kita bahagi kepada dua iaitu kerja yang perlu dilakukan setiap hari dan kerja yang perlu dilakukan seminggu sekali.
image :ihsan google
Perkara yang perlu anda lakukan setiap hari.
1. Basuh pinggang setiap kali lepas makan. Jangan biarkan pinggan berlonggok dalam singki. Anda hanya akan mengundang lipas dan anda akan mengambil masa yang lama untuk masak dan membasuh kelak.
2. Buang sampah sebelum anda pergi kerja. Jangan biarkan sampah dua tiga hari di dapur. Ini akan menyebabkan rumah anda berbau busuk. Bila rumah berbau, mesti tak selesa kita nak duduk dalam rumah. Tiba-tiba dengan bau busuk, tetamu pula datang. Dah tentu malu gile...rasa nak masuk muka dalam mesin basuh..huhu
3. Basuh baju setiap hari. Anda sangat digalakkan basuh baju setiap hari. Bila basuh baju setiap hari, ia akan memudahkan anda melipat baju sbb kuantiti baju tak banyak. Bila dah banyak, mood melipat pun malas.
4. Mengelap meja makan dan dapur. Meja makan dan dapur perlu dilap setiap hari kerana ketika memasak, dapur dan meja akan yang akan digunakan. Ini dapat mengelakkan lipas dari bermaharaja lela di dapur anda.
5. Menyapu lantai anda jika anda ada anak-anak kecil. Bahaya jika ada sampah sebab anak-anak kecil yang akan kutip dan ngap masuk dalam mulut. Lagi satu jika sisa makanan ada atas lantai, ia boleh menyebabkan semut.
5. Menyapu lantai anda jika anda ada anak-anak kecil. Bahaya jika ada sampah sebab anak-anak kecil yang akan kutip dan ngap masuk dalam mulut. Lagi satu jika sisa makanan ada atas lantai, ia boleh menyebabkan semut.
Perkara yang perlu anda lakukan seminggu sekali
1. Mengemop lantai. Lantai yang bersih akan menjadikan kita lebih selesa untuk pijak. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan.Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan dan sebaiknya dibuat pada ketika cuaca panas. Jika dilakukan pada waktu hujan atau tidak berapa panas, lantai akan jadi lambat kering.
2. Mencuci lantai di luar rumah. Mencuci lantai atau mozek di luar rumah memang sangat penting kerana ia menggambarkan pandangan or penilaian orang terhadap rumah kita. Jika luar pun kotor dan bersepah, kemungkinan dalam pun sama.
2. Mencuci lantai di luar rumah. Mencuci lantai atau mozek di luar rumah memang sangat penting kerana ia menggambarkan pandangan or penilaian orang terhadap rumah kita. Jika luar pun kotor dan bersepah, kemungkinan dalam pun sama.
3. Memcuci bilik air juga sangat penting. Bilik air yang sudah lama tidak dicuci akan berlumut dan menyebabkan kotor dan licin. Cuci bilik air menggunakan sabun pencuci yang sesuai dan berus lantai. jangan lupa singki dan peralatan lain yang berkaitan.
ini baru lengkap.terima kasih....hehehe..
ReplyDelete