Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU (PERTUNANGAN)

MAJLIS PERTUNANGAN MESHI & NODIN 
21 MEI 2011 (10.30 PG)

nyanyi cket...gadis ayu, gadis ayu...pandang tak jemu

senyuman bahgia cik meshe

tumpang gembira sekaki

saat-saat debaran menunggu cincin disarungkan

akhirnya..cincin disarung dijari manis 

Saturday, May 21, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU TUK NODIN & MESHE...
Hanya dengan sekali lafaz Cik Meshe opppsss Pn Meshe telah sah menjadi milik sah abg Nodin...tanggal 21 Mei 2011.....
SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

saat-saat  debaran




abg kesayangan meshi memakaikan gelang

rantai tangan tanda cinta abg nodin to adik ita
salam dari isteri tercinta ;)

Oppps.....tak sompet nak snap :)


pengantin serasi bersama

wahh...tegapnye nodin ;)

Thursday, April 07, 2011

TIPS PERSEDIAAN PEKAHWINAN

  Assalamua'laikum Wbt....

Hari ni terasa banyak plak idea yang nak di share dalam blog nih...tapi taktau la sempat ke tak nk tulis... maklumlah housewife part time...heheh
Tapi untuk post yang ni saya nak share sedikit tips sebagai persediaan menjelang Hari Bahagia iaitu Hari Perkahwinan. Kebetulan tahun 2011 ni ramai sangat kawan-kawan saya yang telah dan akan melangsungkan majlis walimatulurus ! TAHNIAH & SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


oK Berikut adalah antara-antara perkara yang MESTI  ada sebagai persediaan perkahwinan

1. KURSUS KAHWEN

Yea...Kursus Kahwen ! Kursus Kahwen ni semua kena amek tak kira la laki or pompuan. WAJIB. Klo xder sijil kursus kahwen ni, tak boleh isi borang kahwen. Yang speselnya, sijil kahwen ni tak der expired date. Means klo amek tahun ni tapi nak kahwen lagi 5 tahun pun ok. So, sesape yang ada amek kursus kahwen time study dlu, masih valid utk digunakan lagi walaupun sijil dah bersawang .heheh. So, kepada bakal-bakal pengantin klo blum ada sijil kursus kahwen, cepat-cepat la ambik kursus kahwen. Senang je. Just attend kursus selama dua hari, InsyaAllah lulus. Tapi SIJIL KURSUS KAHWEN ini hanya VALID untuk digunakan skali shaja. Jadi kepada kaum ADAM klo pasni ada niat nak tambah cawangan, kena la attend kusus skali lg ye...

2. HIV TEST

HIV TEST ni pun dah diwajibkan utk semua negeri. Klo dlu HIV test ni hanya untuk negeri-negeri tertentu sahaja. HIV test untuk menentukan kita dan pasangan bebas dari sebarang VIRUS_VIRUS HIV. Selalunya HIV test perlu dibuat di hospital kerajaan dan masa utk buat hiv test 5 minit jer. So, Kalo anda blum buat HIV TEST silalah buat sbb ianya salah satu syarat untuk isi borang kahwen

3. SURAT AKUAN BUJANG 


Surat Akuan Bujang ini adalah untuk memastikan anda yang bakal berkahwin ni masih bujang trang tang-tang yang akan dikeluarkan oleh Majikan tempat anda bekerja. 

4. BORANG NIKAH DI LUAR MUKIM


Borang nikah di luar mukim ni sebenarnya bergantung kepada anda. Macam saya dulu, husband saya yang perlu isi borang permohonan untuk nikah diluar mukim sebab dia kena nikah di tempat saya. So, saya tak perlu la isi. Tapi ada juga perempuan perlu isi borang ni kalo dia nak nikah diluar dari mukim yang dia tinggal. So, check la betul-betul sama ada anda akan nikah dalam mukim atau luar mukim.

5. BORANG NIKAH

Bila dah siap semua perkara di atas, dengan tersenyum lebar, anda dan pasangan anda sudah boleh mengisi borang nikah. Tapi si lelaki mesti la dah siap semua borang dulu dan hantar kepada pejabat agama kawasan tempat si lelaki bermastautin. Apabila pejabat agama dah settle kan semua borang, diorng dah check n dah sign mana yang sepatutnya, maka si lelaki boleh menyerahkan borangnya kepada si wanita. Dan kalo tak salah saya dalam masa seminggu dah siap borang tuh. Dan sijil nikah si lelaki akan di cop TELAH DIGUNAKAN.  heheh so after this takleh nak guna lagi. So, si wanita boleh amek borang si lelaki dan hantar kepilkan bersama borang-borang dia dan boleh hantar ke pejabat agama yang berdekatan dengan tempat yang dia nak nikah. Slalunya yang berdekatan dengan rumah pengantin pompuan la. Jarang plak pengantin pompuan nak nikah kat rumah lelaki kan. :)

6. WALI


Siapa kah wali anda? Wali ni slalu ayah, datuk or adik beradik. Macam saya dlu adik saya yang jadi wali sbb ayah dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah utk ayah saya. AMIN. Wali ni pun satu benda yang penting. Klo tak der wali camne nak kahwen ! Tak sah kahwen tu..sbb wali salah satu dari rukun nikah.

7. DUIT


DUIT  sangat penting. Kalo tak der duit macam mana nak kahwen. Takkan nak berhutang kot. Mas kahwen mesti nak duit. Blum kira hantaran lagi. huhuhu Belum kira barang hantaran lagi. Nak beli barang, cenderahati, pelamin la,make up la, baju 13 pasang la.KOREA,CHINA,JEPUN, INDON, INDIA, AFRIKA, SOMALIA...sume pakai duit. Terpulang la dengan cara masing sama ada kumpul duit kahwen sendri atau loan PAMA or loan Bank...Jangan LOAN Ah-LONG sudah la...Silap-silap blum habis kenduri, AH_LONG dah tunggu depan bilik pengantin! Hilang mood malam pertama :) Tapi pada pendapat saya seelok-eloknya duit yang kite usaha sendri. Hasil titik peluh sendri ! Baru Best!. Tapi tak kesah la sama ada kite simpan sendri or loan bank. Klo kita pilih simpan sendri lagi baik sebab selepas kahwen kita bebas dari sebarang hutang. Tak yah pening-pening kepala. Sebab lepas kahwen, kita akan lagi banyak nak pakai duit. Klo anda pilih loan bank pun ok...terpulang pada citarasa masing-masing sbb ada yang tak sempat nak kumpul duit...Bak kata org-org tua, TEPUK DADA TANYA POKET. Cuma anda perlu fikir jika membuat loan yang tinggi, mampu tak anda nak bayar lepas kahwen. So, fikir-fikirkan lah...Tabik spring pada kawan saya Pn REENAJOE yang berjaya mengumpul duit sendri tuk kahwen.

8. TARIKH KAHWIN

Bila kita masuk bab tarikh kahwen, semua orang nak tarikh yang best- best. Kononnya tarikh cantik... 11.11.11 atau 01.01.11.... Sebenarnya terpulang lah pada citarasa masing-masing. Tapi pastikan tarikh yang anda pilih mesti la bukan hari isnin hingga jumaat. Sbb nya hari tu hari kerja sedunia....Jadi klo anda tak nak kawan-kawan dan sedara mara hadir ke Majlis anda, anda boleh pilih hari tuh..hehhe.... Tarikh kahwen mesti lah tarikh yang kedua-dua keluarga persetujui. Dah capai kata sepakat. Tapi kalo anda dah nak amek dan dah nak isi borang kahwen, anda mesti lah dah ada tarikh kawen. Sbb tarikh  kawen Wajib diisi dalam borang kawen. Klo kat Malaysia ni, ujung tahun selalunya adalah musim tengkujuh. Banyak berlaku banjir. Hujan lagi la.... So kalo kawasan rumah anda berisiko tuk banjir, elak-elaklah dari berkahwen hujung tahun. Melainkan klo anda nak bersanding dalam hujan dan banjir. DEMI CINTA RELA KU REMPUH BANJIR


9.  MAKANAN TIME KENDURI

Saya rasa dalam kemuncak majlis, inilah yang paling penting. MAKANAN. Makanan mestilah cukup dan cukup masak! Knape saya cakap camtu ? Pernah kami pergi kenduri kahwen, pukul 1tghari, makanan dah habis sedangkan tetamu masih ramai diluar. Huhuhu Kesian Pengantin ! Mesti malu klo kawan-kawan kita datang. Dan manusia ni biasa la, mesti asyik cerita pasal benda tuh ! Cam saya ni...siap tulis kat blog lagi ! Hehehe...Tak kesah la samaada Catering atau Rewang, yang penting MAKANAN mesti cukup. Walaupun, hanya dua tiga jenis lauk. 

10. PAKAIAN PENGANTIN

Apabila tiba hari gemilang or hari berbahagia, PAKAIAN PENGANTIN mesti ada. Takkan anda nak pakai baju tshirt kot. Dah nama pun PENGANTIN BARU a.k.a RAJA SEHARI. So, haritu mestilah anda jadi raja dan permaisuri. Takyah susah-susah nak tolong org-org kampung kat dapur. Anda cuma perlu berpakaian cantik dan senyum. Tunjukkan gigi anda yang cantik tuh... Tapi makesure gigi dah gosok la...dan jangan plak berbau petai or jering !! serta bersedia tuk segala jenis kamera snap gambar anda ! Klo anda perasan, setiap kali kita pergi Majlis Kahwen, benda pertama yang kita nak tengok adalah PENGANTIN. Bukannya kek yang 13 tingkat atau pelamin berkerusikan emas ! So, pilih la baju PENGANTIN yang sesuai dengan anda. Ingat yang sesuai dengan anda ! Sebab tak semestinya baju yang cantik bergemerlapan sesuai tuk anda. Mungkin yang simple akan buat anda lagi CANTIK MENAWAN TERTAWAN. Dan pastikan WARNA baju sesuai dengan anda.

11. MAK ANDAM

Sebenarnya Mak Andam pun memain kan peranan penting dalam Majlis sebab mak andam la yang akan make upkan wajah kita. Kecuali klo kita ni tahap supermarket punya terer make up. Pilih la mak andam yang betul-betul ok. Tak semestinya yang make up tebal tu cantik klo dah sampai dia make-upkan muka kita jadi cam Opera Cina ;) nak buat ape kn!


12. RESTU KELUARGA

Antara 12 perkara ni, RESTU KELUARGA yang paling penting. Sebab restu keluarga yang menentukan kebahagian kita, Percaya tak ? Sebab redha Allah terletak pada redha ibubapa. Klo kite tengok banyak kes-kes yang kahwen lari or kahwen tanpa restu, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta pun akan runtuh. Dan satu perkara yang perlu kita ingat, apabila kita berkahwen dengan pasangan kite bermakna kita berkahwen dengan keluarga dia jugak. So baik buruk keluarga die kita kena terima. 


Saya rasa itu serba sedikit yang saya nak share berdasarkan pengalaman saya sendri. Mungkin ada yang kurang. Tapi itu lah serba sedikit yang perlu ada sebagai persedian Perkahwinan. Dan pada sesiapa yang ada tips utk ditambah boleh tulis di komen ek ;) Kritikan or penambahbaikan anda amat diperlukan. 

Sunday, March 06, 2011

blog cerita chinta kita: Dua isteri serentak minta cerai

blog cerita chinta kita: Dua isteri serentak minta cerai: "HABIBAH (bukan nama sebenar) menyambut dengan senyuman ketika bertemu dengan penulis. Wajahnya tampak tenang dan sedikit ceria, berbanding l..."

Friday, January 21, 2011

fasa-fasa dalam peerkahwinan

baru-baru saya terbaca dalam sebuah buku yang bertajuk 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah SAW' yang ditulis oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof......
Menurutnya dalam kajian yang dilakukan oleh kajian Dr Harviller fasa-fasa dalam perkahwinan

1) Fasa pertama
 fasa ini adalah fasa permulaan atau awalan dalam perkahwinan kita. Dalam fasa ini kehidupan kita sebagai suami isteri penuh dengan janji manis dan fantasi cinta. Terasa sangat indah hidup ini., semuanya lengkap dan unik kerana mempunyai pasangan hidup yang sempurna....Ye la...masa dah kahwen la kite boleh buat macam-macam perkara baru bersama org tersayang terutama perkara-perkara yang dilarang ketika belum berkahwen.....
Malah saya pernah terdengar seorang sahabat saya yang baru seminggu mendirikan rumahtangga berkata ..... " kalo aku tahu seronoknya berkahwin, dari 10 tahun lepas aku dah kahwen".....begitulah gambaran bertapa indahnya perkahwinan pada fasa pertama.

2) Fasa Kedua
Apabila masuk fasa kedua, pasangan suami isteri akan mula mengenali dan melihat realiti pada diri pasangan masing....Klo fasa pertama kita nampak semuanya indah belaka....tetapi dalam fasa kedua ni baru kite nampak tabiat-tabiat buruk pasangan kita.....Jangan terkejut klo pasangan kita jenis suke kentut bersepah, tidak pengemas, dan macam-macam lagi....Ketika inilah sebenarnya cinta kite teruji...samaada kita sanggup terima segala tabiat buruk pasangan.... Malah ramaii yang kecundang kerana melihat cacat cela pada pasangan. Tetapi mereka yang dapat melalui fasa ini dengan baik akan menemui keindahan dalam alam berumah tangga yang berassaskan realiti bukan fantasi.

3) Fasa Ketiga
Menurut kajian, fasa ketiga adalah berkaitan dengan permasalahan seks bersama pasangan....pasangan akan mula rasa ketidakpuasan bersama, bosan bersama serta macam-macam lagi....tidak berkeingginan utk bersama pasangan.

4) fASA keempat
Fasa keempat adalah fasa menuai iaitu berlakunya jalinan semula cinta. Dalam fasa ini, wujud la cinta sejati setelah melalui pelbagai onak dan duri  bersama....




Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...