Skip to main content

Rezeki yang tidak disangka-sangka


Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)


Rezeki yang melimpah ruah..itulah yang menjadi idaman semua manusia. Bila sebut je nama ' rezeki', yang terlintas dalam hati kita adalah duit. Duit adalah rezeki. 

Tapi hakikat sebenarnya, maksud rezeki tu itu sangat luas. Rezeki itu bukan sahaja duit. Kesihatan yang baik adalah rezeki. Anak-anak yang ramai, baik dan sihat juga rezeki. Rumah tangga yang bahagia juga rezeki. Cuba fikirkan betapa banyaknya rezeki dari Allah untuk kita. 

Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah."

Sedekah berupaya menolak bala. Dengan sedekah yang kita bagi, tanpa kita sedar, Allah telah menjauhkan malapetaka dari kita. Pernahkan terjadi ketika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba handset berbunyi dan kita yang selalu cuai, ambik handset. Dan tiba-tiba lampu merah. Kita brek mengejut. Alhamdulillah, nasib baik sempat brek. Kalau tak, mungkin kita dh langgar kereta hadapan. Nah..lihatlah, Allah dah selamatkan kita dari malapetaka. Bersyukurlah kepada Allah. 
Mungkin ketika anak kita sedang melintas jalan, tiba-tiba ada kereta laju. Dan pada masa itu, nasib baik ada orang lain cepat-cepat tarik anak kita ke tepi jalan. Alhamdulillah. Allah selamatkan kita dari malapetaka. Sedarkah kita? 

Bila sebut Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka... semua manusia berharap dapat duit bonus berkepuk-kepuk atau dapat duit dari sumber yang tidak disangka-sangka. Tapi perasan atau tidak, Allah sentiasa memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Cuma mungkin rezeki yang Allah bagi pada kita bukan dalam bentuk duit. Pernah tak, ketika kita sedang sarapan pagi dikedai, tiba-tiba kawan kita belanja. Ha...itulah rezeki dari Allah. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Pernah tak, suatu petang tiba-tiba jiran datang hantar sepiring kuih  atau seplastik buah rambutan. itu pun rezeki yang tidak disangka-sangka.
Pernah satu hari, saya teringin sangat nak makan durian. Tapi tak berkesempatan nak beli. Cuma dalam hati saya, saya cakap "in sya Allah, kalau ada rezeki saya untuk makan durian, in sya Allah ada". Dan kalau Allah kata ia bukan rezeki kita, usaha macamana pun, saya takkan dapat. Walaupun saya pergi beli durian, mungkin durian tu busuk, xboleh makan. huhuhu
Tapi kuasa Allah, ketika saya pergi rumah pengasuh untuk ambil anak saya, tiba-tiba pengasuh saya bagi saya 2 biji buah durian. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…