Friday, December 20, 2013

Kongsi Yang Baik-Baik


Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang hamba Allah yang telah pun kembali ke rahmatullah. Semoga kisah ini dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Saya tidak pernah mengenali beliau ketika beliau masih hidup. Dan saya cuma tahu mengenai beliau setelah beliau meninggal dunia. Walaupun kini beliau telah tiada, tapi saya rasa saya telah lama mengenali beliau melalui lama web blog beliau. Beliau telah pun meninggal dunia dan terputus sudah segala amalan beliau  tapi blog beliau masih hidup dan melalui blog beliau, beliau telah berupaya merubah hidup seorang sahabat saya. Sahabat saya telah berubah menjadi lebih dekat dengan Allah setelah membaca blog beliau. Alhamdulillah beliau telah meninggalkan ilmu jariah yang menjadi amalan berpanjangan untuk beliau di sana.

Pada kita yang masih hidup ini, marilah kita menulis perkara-perkara yang baik. Perkara-peraka yang baik yang boleh menjadi dakwah kita kepada orang lain. Agar sesiapa yang membaca dapat memberi hidayah kepada mereka. Kongsilah apa sahaja yang baik-baik yang mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Dan semoga apa yang kita kongsi dapat menjadi magnet kepada orang lain yang dapat menarik orang lain kepada Allah SWT. In Sya Allah

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...