Cabaran 30 Hari : Day19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Assalamua'laikum wbt

Oh...kalau bab resepi kegemaran, memang banyak. Sebab aku memang sejak azali suka makan. Semua suka asalkan halal. Tolak kayu dan batu je. Tapi yang aku rasa paling best adalah tomyam. Sebabnya tomyam ni sangat-sangat mudah nak masak. Kalau balik dari kerja, rasa kelam kabut dan tak sempat nak masak yang gempak-gempak, tomyam lah yang jadi pilihan. Mudah, simple & sedap. Pastu yang tak tahan tu, kalau g makan kat kedai pun...mesti order tomyam gak. Huhuhu Oleh sebab terlampau suka akan tomyam, dah banyak resepi yang saya try. Dan sini saya nak share resepi tomyam yang sedap. Hasil gabungan semua resepi tomyam yang saya try. Sangat sedap. Yang penting seimbangkan semua rasa. baru terangkat. 

resepi tomyam

Resepi tomyam (untuk 2 orang makan) 

Bahan-bahan:
Dua sudu perencah tomyam thai
10 batang serai diketuk
1 inci lengkuas (dipotong nipis @ketuk)
Daun limau purut (dicarik-carik)
3 biji buah tomato (sebiji di blend dan 2 biji dipotong)
sebatang carrot (dipotong ikut suka)
cili padi (ikut kepedasan)
Air limau nipis
Daun ketumbar
Bunga kubis
ayam
sotong
udang

Cara-cara: 
1. Panaskan dua sudu minyak masak. Tumis bawang putih dan serai.
2. Apabila dah naik bau, masukkan air, lengkuas ,daun limau purut dan perencah.
3. Blend sebiji tomato sehingga hancur. Dan masukkan ke dalam tomyam.
4. Masukkan ayam, carrot, bunga kobis dan sayur-sayur lain yang anda suka. Biarkan hingga mendidih.
5. Bila dah hampir masak baru, masukkan garam, cili padi yang diketuk, air limau nipis, buah tomato, sotong dan udang.
6. Bila dah masak, hidangkan dan taburkan daun ketumbar...

# Untuk rasa tomyam yang sedap, perlu guna serai yang banyak.
# Lengkuas terpulang pada kesukaan. Tapi dikedai memang diorng akan letak lengkuas. Memang sedap.
#cili padi ikut kehendak pedas masing-masing
# tomato diblend dan dicampur dengan kuah bertujuan untuk memekatkan kuah dan memberi rasa yang umph. 
# daun ketumbar akan memberi bau yang wangi pada tomyam. 
# sotong & udang dimasukkan last sekali supaya sotong dan udang tidak kecut dan ia dapat mengekalkan rasa udang & sotong. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis