Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Kerana Allah...

Beberapa minggu lepas, aku ngn sahabat mengikuti satu bengkel bank soalan. Pengalaman pertama membuat soalan. Kami dibahagikan mengikut kumpulan. Dalam satu kumpulan lebih kurang 10 orang dan kami bertanggungjawab untuk menyediakan 3 set soalan untuk satu LA. 

So, bermulalah tugas kami memerah otak bekerjasama menyiapkan soalan. Actually setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator. Memang dia sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Dan boleh dikatakan dia agak expert dalam bidang elektrik n banyak ilmu.

Dalam kesibukkan menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan, tambahan pulak bercampur ngn ramai org, byk watak kita boleh tengok. Dan haruslah yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Sebenarnya apa tujuan kita wat kerja. Adakah sebab Allah atau ia amanah utk kita? atau kita wat sbb kita nk pujian org. Klo sebab pujian org..memang itulah yg kita dapat. Tapi kita bekerja kerana Allah, jadi kerja itu adalah amanah. Bile buat kerja..buatlah kerana Allah sebab yg kita perlukan dalam hidup ini adalah keberkatan dari Allah, bukan manusia. Sebab tujuan hidup kita untuk Allah...dunia ni hanya perjalanan untuk kita ke sana. Bukan selama-lamanya.

Memang ada sesetengah org wat kerja dan mengharapkan pujian org lain. Hinggakan hasil kerja kumpulan dikatakan diri sendiri buat sorang. Emm.... mmg org akan puji, kita rajin, pandai... n mungkin nampak org len tak wat keja. Tapi apa yg kte dapat?  Bukankan setiap kerja yg wat adalah untuk Allah. untuk dapat keredhaan Nya. itu yg penting kn. Tapi klo nk pujian manusia..mmg kita dapat tapi sampai bile kn....hidup ni takkan habis.... 
sama macam kita kejar duit....hari-hari sibuk kerja...pagi, petang, siang malam.. tapi sampai bile nk hidup macam ni. Duit memang takkan cukup selagi kita tak bersyukur.

Cubalah bersyukur dengan apa yang ada. In sya Allah, bahagia tu akan jadi milik kita. Kita akan rasa cukup dengan apa yg ada.... 

Bukankan rezeki itu dari Allah...

Thursday, August 29, 2013

JANGAN MENGUMPAT

Janganlah mengumpat ! 



“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam lagi:Mengumpat ialah:“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan:
“Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermaknna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

Kadang-kadang tanpa sedar kita sentiasa mengumpat. Apabila kita ternampak seseorang yang berpakaian seksi, terus kita bercakap sesama sendiri " ish teruknya dia tu, seksi!"
Wahai kawan-kawan ku itupun sudah dinamakan mengumpat. Sepatutnya kita berkata " Ya Allah, berilah hidayah pada dia agar dia menutup aurat dengan sempurna".
itulah sepatutnya.

Tapi kita selalu buat sebaliknya. Bila nampak orang buat maksiat, buat dosa, kita dengan mudah akan mengumpat orang tu dan berasa kita lebih baik dari dia. Walhal dosa mengumpat lebih besar dari dosa zina ! Dan tanpa kita sedar mungkin satu hari nanti kita mungkin lebih teruk dari orang tersebut atau kita buat benda yang sama dgnnya.

Oleh itu, jika ternampak atau terdengar perkara yg bukan-bukan...maka berdoalah supaya si pelaku itu mendapat hidayah Allah.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan semua yg baca coretan blog ni...

Tuesday, December 04, 2012

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Emmm sampai hari ini dan ke saat ini aku selalu dan masih bertanya pada suami aku kenapa membaca tu jambatan ilmu?
kenapa bangsa berjaya tu adalah bangsa membaca? 
sampai sekarang aku masih belum dapat jawapan yang memuaskan hati...

ayat pertama Al-Quran yang Allah turunkan ialah Iq'ra 
iaitu 'Bacalah'

So, nampak sangat pentingnya membaca tu. Tapi untuk apa. 

Pernah masa aku jadi pensyarah kat ITP, ada sorang student tanya aku ?
"Cik, kenapa kami kena belajar semua ni? Klo keja ada ke benda-benda ni smua "
Masa tu aku mengajar sbjek Pengaturcaraan C++ utk budak-budak diploma Mekatronik. Sama macam aku masa dok U. Belajar macam-macam, teori litar la, peranti elektronik la, matematik la, statistik la, mcm-mcm lagi.
Tapi klo ikutkan satu benda pun tak diaplikasikan dalam hidup. Klo pegi makan kedai mamak pun, sekadar cukup tahu tambah tolak pun dah cukup. Bukan kena wat carta pai pun klo nk makan nasi lemak. Apatah lagi klo belaja C++. 
Klo bahasa inggeris mmg logik la sbb komunikasi ni penting. 

.....................................

Tapi sebenarnya klo aku tidak membaca, mungkin aku tak dapat masuk U. Ye la..dah tak baca buku, confirm exam tak lulus. Dan sebenarnya cara terbaik utk dapat jawapan kepada persoalan tu adalah dgn cara membaca jugak. Cuba ambik masa selak-selak buku, selak-selak blog. So, mmg byk input. Sebab ilmu bukan sekadar ilmu yang kite belajar di sekolah, di universiti tapi ilmu itu sangat luas. 
Untuk seorang wanita yang bergelar isteri, seorang wanita tu memerlukan ilmu memasak, ilmu mendidik anak dan juga ilmu utk mengurus rumah tangga. 
Dan sebagai wanita jugak, ilmu pengurusan kewangan jugak penting. Bape % utk simpanan dan bape % utk belanja.
Sume ilmu takkan dapat klo belajar kt U. sume kena baca. 

Tapi ada jugak ilmu yang dapat dari pengalaman. Mcm pergaulan. Maybe kite boleh baca buku cara nk bergaul. Tapi tanpa praktikal, ia adalah sangat mustahil utk jadi seorang kawan yg baik. Semua nya dari pengalaman.

Wednesday, November 28, 2012

ALLAH ada untuk makhluknya

Kadang-kadang banyak perkara yang kita tak rancang dan tak suka akan berlaku pada kita. 
Kadang-kadang sangat Susah dan berat untuk kita terima. 
Kadang-kadang banyak benda & perkara yang kita nak dan suka jarang kita dapat.  

Sesungguhnya Allah berfirman ;




Dan sebagai hamba Allah yang kerdil...
wajib kita bersyukur dengan kehendak Allah







Dan kita masih berkesempatan untuk berdoa dan memohon supaya Allah memudahkan segala urusan kita. Sesungguhnya Allah itu dekat.

Friday, November 23, 2012

Rahsia Surah Al Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudar
anya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, November 16, 2012

Jom Praktik

Jom praktik. Moga-moga Allah melimpahkan rahmatnya pada kita semua. AMIN

sumber : http://santaiminda.esq2u.com/wp-content/uploads/2011/11/jompraktik.jpg

7 SUNNAH RASULULLAH SAW



7 sunnah Rasul SAW yang perlu kita ketahui. Alangkah indahnya hidup kita klo kita dapat amalkannya dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan kita. InsyaAllah segala masalah-masalah hidup akan Allah permudahkan dan selesaikan. Kerna hidup kita hanya untuk Allah.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
:)
Sama-sama kita amalkan sunnah terutama yang paling atas tu iaitu solat tahajjud…hidup ini penuh dengan perjuangan….seorang pejuang mesti kuat….kekuatannya datang dari tahajjud…..kerana dekat dengan Allah…



Wednesday, November 07, 2012

AKU SANGAT KECIL HATI

Hati aku sangat kecil sebab tu aku selalu kecil hati. Dan semakin hari semakin kecil. Tapi kadang-kadang hati aku sangat besar. Besar bagaikan JOHAN dengan semangat dan jiwa yang kental. Tapi itu cuma kadang-kadang. Yang tak kadang-kadang tapi selalu tu adalah sangat kecil. 

Hati aku sangat kecil dengan sume yang ada disekeliling ku. Tapi bile baca petikan dari blog ni...aku rasa, sebagai manusia yang kerdil kite kena terima semua dengan redha....

Thans pada owner blog yang share menda ni. Nak baca lagi boleh klik sini

Rasa kena ketuk kepala. Walaupun hari-hari kite kecik ati ngn manusia-manusia di sekeliling kite, tapi kite kena ingat bahwa benda tu adalah peringatan dari Allah. Ia adalah teguran dari Allah untuk kite. Cuma disampaikan melalui manusia lain. 

So, yang selama ni kite dok bercerita dgn org len, konon-konon  berkongsi masalah ngn kwn tuk kurangkan stress. Hakikatnya menambahkan dosa bukan mengurangkan stress, sbb dh cerita keburukan orang len...huhuuhuh insaflah wahai diri.

So, selama ni jika ada org yang mengutuk kerja-kerja kita atau menegur cara kita, ingatlah bahawa semua tu adalah teguran dari Allah. Mungkin Allah nak tegur kita bahawa gaji yang kita dapat setiap bulan tidak setimpal dengan tugasan yang kita lakukan. Jika sebelum ni kita asyik marah bila ada orang hentam kita dalam meting sbb ingat kita xbuat kerja, walhal kita rasa kite dh berusaha untuk buat. Tapi ingatlah mungkin Allah bagi peringatan sbb usaha kita belum cukup dan maybe kite blum laksanakan tugas dan tanggungjawab dgn sempurna. 

so, akhir kata terimalah segalanya yang positif dan negatif sebagai peringatan Allah kepada kita kerana Allah sayang pada hamba-hambaNya.

Tuesday, November 06, 2012

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Good Luck pada adik-adik yang sedang menduduki SPM. Mesti cuak kan...Like me a few years ago.  And tak lupa pada adik iparku..farhana...semoga kejayaan menjadi milikmu. Semoga dapat 9A.... U can do it....

Belajar sudah...latihan sudah....now yg penting doa...n tawakal...so here i would like to share a few tips yg slalu cikgu-cikgu aku pesan ble nk jawab exam

1. Doa -doa...
    Doa kan senjata org-org islam. So, jangan lupa berdoa dan mohon ALLAH

2. Semayang hajat. 
    Sesibuk mana pun kite study, solat wajib n solat hajat jgn ditinggalkan. Lagi baik klo dapat buat tiap   malam.

3. Mintak maaf ngn mak ayah
    Paling penting jangan wat dosa ngn mak ayah. Klo dh terbuat tu, mintak maaf ngn mak ayah. Redha Allah kn terletak pada redha Mak Ayah.

4. Mintak mak & ayah doa kan kite
Bukan setakat kte yang berdoa, tapi mak ayah pun kena berdoa tuk anak-anak. Pengalaman saya, masa adik-adik nak exam, mak akan mengaji al-quran. Klo exam 2 jam, 2 jam la mak akan ngaji. Mudah-mudahan Allah permudahkan

5. Baca Yasin
Jgn lupa baca Yasin. Sbb Yasin adalah hati al-Quran.

6. Jgn Stay up pd mlm exam. Tido Awal
    klo esok nk exam, jgn malam ni plak rajin-rajin nak stay up. seblum ni xpernah stay up. tibe-tibe time exam baru nk stay up. tido awal. Tp aku pun pernah stay tp time final exam. tp bukan spm...tp masa kt u. Punye la study malam tu sampai tak tdo ( sblm ni xnak study)...tp tup-tup dalam exam xleh jawab gak...huhuhu nasib baik x ffail...

7. Lepas exam...xyah discus jawapan ngn kwn2.
Kenape yek? sbb takut2nye ilang fokus tuk exm seterusnye. Ye la...jawapan setiap org berbeza..pastu masing-masing kata jawapn diorg betul...so kite plak yg susah hati, takut jawab salah. Last-last xleh fokus tuk next exam. So, sebagai jalan selamat, xyah discuss2...menda yg lepas biar lepas.

Friday, November 25, 2011

Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut


dari pakar how to

Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? 
Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?
Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.
Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.
Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.


Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.


doa-elak-malas

Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.
Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.
Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.
Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

Thursday, October 27, 2011

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian

Pertama: Tahajjud, karana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.




Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karana masjid merupakan pusat kebarakahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”
sumber : myibrah.com

Tuesday, September 13, 2011

Bile Allah menjemput kita.

Tibe-tibe aku rasa sedih n menitis airmata bile terbaca facebook kawan lama aku...akma che omar.

Husband akma telah kembali ke rahmatullah or in other words telah kembali ke rahmatullah. Berat sungguh dugaan Allah pada Akma. Semoga Akma kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah. Sesungguhnya Allah sayang pada Akma & suaminya.

Walaupun aku xkenal suaminya, tapi aku dah lama kenal akma. Since 1998...sejak dari form 4. Sejak lepas SPM aku dah lama tak jumpa Akma. Tapi Allah punya kuasa, bulan 5 beberapa bulan yang lepas, kami telah berjumpa di kk kuala langat. Dia jadi lecturer kat sana. Dan aku masih ingat, sedang asyik kami berbual mengingati kisah2 dlu, die mengadu die masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah 3 tahun berkahwin. Aku cuma ckp suh dia bersabar n doa banyak-banyak pada Allah.

Dan tadi aku dapat tau berita sedih mengenai die. Semoga Akma kuat :D Dan doa aku semoga Allah memberikanya kekuatan.

dan rasa insaf plak sbb kite sendrik taktau bile kite akan mati.....huhuhu




Friday, July 01, 2011

Pesanan Rasulullah SAW

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, 

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: 

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani




Monday, June 27, 2011

Peristiwa Israk Dan Mikraj



  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.
   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.
   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.    Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.   Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Friday, June 24, 2011

KEBERKATAN DALAM HIDUP

Apakah erti keberkatan dalam hidup?
Adakah harta yang banyak ?
atau hidup dalam keadaan tenang, gembira walaupun harta tiada.

Dari http://www.darussyifa.org

Antara tanda-tanda keberkatan dalam hidup ialah seperti berikut;


a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t
b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
 
 
Disini ada satu kisah yang ingin saya kongsikan dari laman web http://www.darussyifa.org  semoga jadi panduan & iktibar untuk kita semua. 

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Tuesday, June 21, 2011

BERBUAT BAIK

Sebagai manusia, kita tak perlukan sebab untuk berbuat baik. Dan kita tak perlukan sebab untuk berbudi pada manusia. Dan kita kita juga tak perlu mengharapkan orang yang kita tolong akan membalas budi baik kita. Cukup sekadar Allah tahu niat kita. Jadi setiap apa yang kita buat ikhlaskan kerana Allah SWT supaya kita tak akan mengungkit segala kebaikan yang pernah kita buat pada orang. So, after this tak perlu lah timbul, "dulu time dia susah, aku yang tolong dia. Tapi skrang dia wat taktau je kat aku " Sebab kadang-kadang, kebaikan yang buat bukan di balas oleh orang tersebut tapi mungkin orang lain. Atau mungkin kita sedar atau tak, mungkin Allah telah permudahkan urusan kita atau melipat gandakan rezki kita. 

Dalam ayat seribu dinar, firman Allah SWT

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



Dalam ayat seribu dinar Allah berfirman bahawa jika kita bertaqwa kepada Allah, Allah akan mengadakan jalan keluar untuk kita. Pernah tak kita ditimpa masalah yang bertubi-tubi dan tiba-tiba ada orang datang tolong kita. Contoh paling mudah, satu hari ketika kita tengah drive tiba-tiba ada pakcik nak melintas jalan, so kita pun bagi pakcik tu melintas jalan. Dan pada satu hari diwaktu yg lain kita terperangkap dalam kesesakkan jalan raya dan tiba-tiba ada sebuah kereta bagi laluan utk kita. Pernah x ? Semua tu adalah pertolongan dari Allah yang kita tak sangka-sangka. 

Cuba kita fikir-fikirkan, kadang-kadang time kita sedang berjalan-jalan di rnr atau dimana-mana, tiba-tiba datang seorang pemintak sedekah atau klo di rnr akan ada kanak-kanak dari rumah anak yatim yg jual ubat la, kalendar la...dan dek kerana kesian kita akan bagi la seringgit atau dua ringgit. Di suatu hari yg lain, tiba-tiba ada satu bulan tu kita ni sangat sesak, al maklumlah gaji belum masuk. Tiba-tiba jugak kita terjumpa Rm 10 dalam poket baju ke or seluar ke. Pernah x? Tu la tanda rezki yang tak disangka dari Allah.... AMIN
 

Friday, June 17, 2011

TIPS MEMBINA KEYAKINAN DIRI


Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.

Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.

Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!

Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!

Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.

Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Diri!!

Thursday, April 28, 2011

jom baca buku kewangan


Sesiape yang suke baca buku kewangan sila angkat kaki mcm saya !!
Saya dengan berbesar hati dan limpa nak ucapkan TAHNIAH kepada mereka-mereka yang suke membaca buku KEWANGAN. Tak kisah la la tajuk apa pun buku tersebut yang penting buku KEWANGAN.
Kenapa saya nak ucap tahniah ?
Sebabnya anda sedang merancang KEWANGAN anda. 
Sebabnya anda mungkin sedang menuju untuk menjadi seorang JUTAWAN !!! Wah menarikkan...

Menurut Irfan Khairi 'Semua orang perlu merancang Kewangan masing-masing tak kiralah sama ada kaya atau miskin' . Dengan merancang kewangan sekurang-kurang kita tidak akan BELANJA MELEBIHI PENDAPATAN. Jadi sekurang-kurang kita dapat mengelakkan dari "cukup-cukup makan je setiap bulan"

Tips pelan perbelanjaan setiap bulan

1.  10 % dari gaji adalah untuk simpanan jangka panjang iaitu simpanan tetap.
2. 20% dari gaji adalah untuk simpanan kecemasan yang mungkin akan digunakan jika kita mengalami masalah kewangan seperti dibuang kerja atau sakit.
3. 60 % adalah untuk keperluan harian seperti bayar kereta, bil-bil, rumah, makan minum dan sebagainya.
4. 10% adalah untuk hiburan kita atau untuk membeli pape yang kita inginkan. 


Tuesday, April 26, 2011

Jom Audit Kewangan


Dari NOTA JUTAWAN, NOTA KEWANGAN tulisan Dr Irfan Khairi, untuk menjadi orang yang berjaya dalam menguruskan kewangan, kita mestilah sekurang-kurangnya mengambil masa satu jam seminggu untuk berhenti dan menyemak keadaan KEWANGAN sendiri. Dari situ kita akan tahu ke mana wang kita a.k.a duit gaji kita pergi. Ke mana kita dah gunakan gaji kita. Tak perlu untuk menunggu untuk tunggu hujung bulan baru nak check kewangan ;) 

So, apalagi jom start check kewangan mulai this week !!
So, bila setiap minggu kte buat semakan, saya yakin 100% lepas ni kite boleh meminizekn perbelanjaan kita dengan mengurangkan menda-menda yang tidak penting kan...

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...