Sebelum       Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
           Semasa       Israk   (       Perjalanan dari       Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri       Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§             Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai       hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula       seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah       S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah"       yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga       gandaan yang lebih banyak.
§             Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W.       diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut       anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat       bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana       tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§             Sekumpulan orang yang sedang memecahkan       kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu       dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu       Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§             Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan       mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti       binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.       Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta       mereka.
§             Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang       memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.       Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan       lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§             Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan       dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§             Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia       tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:       Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang       lain.
§             Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan       bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting,       lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang       yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak       melakukannya.
§             Kaum yang mencakar muka dan dada mereka       dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging       manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§             Seekor lembu jantan yang besar keluar dari       lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:       Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah       terlambat.
§             Seorang perempuan dengan dulang yang penuh       dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:       Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat       Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§             Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan       dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.       Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§             Seorang perempuan bongkok tiga menahan       Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur       dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

  Semasa       Mikraj  (       Naik ke Hadhratul-Qudus       Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.          Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan       Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.       Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim       dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan       buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit       Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk       dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.         Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu       dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.          Langit Keenam: Naik tangga langit keenam.       Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah       mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda       sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit       Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu       dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur       dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S.       bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu       adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.       Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu   LA HAULA WALA QUWWATA ILLA       BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi       Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan       salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar       airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:    SUBHANALLAH,       WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR  dan        WA LA HAULA       WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca       setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".       Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail       masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini       betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga       Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan       dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai       keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai       arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya       berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.       Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh       manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar       yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat       neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga       Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.       Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan       Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur       'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya       tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga       Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat       Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya,       lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,       Rasul-Nya:
Allah S.W.T           :             Ya Muhammad.          Rasulullah              :             Labbaika.  
Allah S.W.T     :             Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami       perkenankan.         Rasulullah              :             Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai       Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata       dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat       melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak       Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin,       manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan       izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan       orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :             Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku       perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.       Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.       Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku       kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada       sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah       sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada       kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku       kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di       bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)       sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa       menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya       menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi       keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan       kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan       memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan       nilainya sebanyak 50 waktu juga.
          Selepas       Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab       Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,       Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang       diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting       untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi       meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.       Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang       penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa       mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

No comments:
Post a Comment