Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impianku seorang blogger

Assalamua'laikum Wbt

segmen

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih bernafas di pagi ni dan masih berpeluang untuk kita menambah pahala dan mencuci dosa-dosa yang masih tebal. Dan pagi-pagi ni bila jengah blog Ben Ashaari, ada segmen baru iaitu "impian aku seorang blogger". 

Latar belakang aku


Sedikit mengenai diri aku. Aku merupakan blogger part time dan full time sebagai seorang pensyarah IPTA. Dan yang penting aku seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Aku berasal dari Perak dan kini menetap di N.Sembilan. Sebenarnya aku dah lama berblogging since 2009; tapi aku memang jarang update.Mungkin belum dapat ilham dan hidayah untuk menulis.  Cuma akhir-akhir ni rasa nak serius berblogging. Banyak sebab yang membuatkan aku rasa nak serius dalam dunia blog aka dunia penulisan. Salah satunya ialah aku berharap penulisan aku akan menjadi sumber pahala yang berterusan walaupun aku mati. 


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Latar belakang blog...

Blog aku ni lebih berkaitan kepada umum. Banyak yang aku kongsikan mengenai catatan harian mengenai kehidupan aku, kisah-kisah Rasulullah SAW dan juga tips serta pengetahuan am & semasa. So far aku ada lebih kurang 500 post. Ahakk...Masih setahun jagung kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang len. = )  

Impian aku seorang blogger

Impian aku terhadap dunia berblogging tidak lah setinggi gunung Everest. Cukup sekadar aku dapat menyumbangkan ilmu dalam dunia penulisan. Aku sesangat berharap agar penulisan aku dapat membawa kebaikan kepada seluruh umat islam didunia. Aku tiada harta untuk diwakafkan sebagai bekalan akhirat, oleh itu aku amat berharap penulisan blog ini akan menjadi sedekah jariah & ilmu yang bermanafaat yang membantu aku di sana. 

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Kita semua adalah khalifah di bumi. Oleh itu jadilah khalifah yang sentiasa memuji dan menyucikan Allah SWT serta yang berdakwah di jalanNya.
blog

8 comments:

  1. Moga terus maju dalam bidang penulisan blog :)
    Singgah dari segmen yang sama. done follow, #61.
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhuwah Fillah ...Singgah sini dari segmen yg sama ..Happy blogging .. Dah Follow sini

    ReplyDelete
  3. ohh lecturer rupenye.. hihi.. salam kenal puan.. :) happy blogging :)

    http://www.adnan-daughter.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  4. salam kenal, semoga apa yang diimpikan menjadi realiti..

    www.mamaniza.com

    ReplyDelete
  5. Assalam,
    salam perkenalan..
    saya blogger baru..
    harap dapat berkenalan dan menyokong saya yer...
    jemput singgah yer :
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  6. Semoga impian menjadi kenyataan.. DayangDeno folo sini no 66! Jom ke blog deno? www.dayangdeno.com :)

    ReplyDelete
  7. Salam ukhwah fillah
    Ade singgah
    Jazakallahu khairan kathira

    http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  8. Salam prkrnalan..
    Teruskan pkongsian ilmu utk manafaat kita semua..
    Jemput ke blog saya..
    tellingstory11.blogspot.com

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...