Friday, September 19, 2014

Aiskrim Goreng

Assalamua'laikum wbt


gambar : ihsan google

Aku nak cerita pasal aiskrim goreng. Tapi ntah berapa kali taip dan berapa kali dah tekan space bar & delete. Huhu Balik keje petang semalam, tengok atas meja ada roti gardenier dan juga aiskrim. So, terbuatlah aiskrim goreng. Aku pernah buat sekali aiskrim goreng ni dlu. Memang jadi dan memangg sedap. Exspecially tuk orang yang suka makan aiskrim. 

Resepi dia dari blog periuktanah ni. Bila sebut aiskrim goreng tengah-tengahri ni,boleh terbayang betapa nikmatnya hidup ini. Ranggup diluar, Sejuk di dalam. Untuk buat aiskrim goreng ni senang je. Bahan yang diperlukan cuma aiskrim dan roti. 

Bahan-bahan
Aiskrim (jenama pape pun boleh, yang penting halal)
Roti Sandwich 

Cara @ teknik
1. Ambil sekeping roti sandwich. Lepas tu, letak 1@ 2 sudu aiskrim di atasnya. Kemudian, 
    ambil sekeping roti lain dan telangkup atas aiskrim tersebut.
2. Tekapkan roti tersebut, dengan gelas atau cawan plastik berbentuk bulat. 
3. Tekan keliling roti menggunakan dua jari agar bahagian tepi tidak terbuka. Boleh jugak 
    basahkan sedikit dengan air supaya roti melekat dengan elok
4. Bila dh siap, simpan dalam tupperware dan bekukan dalam 3 ke 4 jam atau semalaman.

Untuk menggoreng : 
Panaskan minyak yang banyak. Kemudian goreng ketika minyak panas dalam 2 ke 3 minit sahaja. Kemudian angkat dan ngap. Sedap anggat. Ranggup diluar, sejuk didalam. 

2 comments:

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...