Thursday, September 18, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 17 : Perkara yang Dirindui


Assalamua'laikum wbt

didik anak

Bila umur dah masuk 30-an, banyak perkara yang dirindukan. Sebab kehidupan sekarang dah tak sama dengan kehidupan masa jiwa remaja dulu. 

# Saat bersama mak 
Saat bersama mak adalah kenangan terindah dalam hidup. Mak cuma satu je didunia. Tiada galang gantinya. Bila la nak balik kampung tengok mak. Dulu mak yang susah payah jaga kami adik beradik. Huhuhu Pengorbanan ibu yang tiada tandingnya. Demi anak, mak sanggup tak makan. Demi anak, mak sanggup berjaga malam. huhu Semoga Allah merahmati & memberkati jasa dan pengorbanan seorang ibu. 

# Saat adik beradik
Saat & masa bersama mak ngn adik beradik adalah anugerah yang tak terhingga. Dulu tidur, tengok tv, makan semua bersama-sama. Adik beradik la tempat bergaduh, bergusti & bergurau senda. Sampaikan nak makan pun  berebut. Lepas tu nak mandi pun berebut. Siapa yang siap dulu. Panjat pokok sama-sama.  Naik basikal sama-sama. Mula-mula gelak-gelak, gurau-gurau pastu bergaduh. Masa zaman kecik-kecik, menu paling sedap dalam famly adalah ayam goreng. Sebab jarang jumpa. Semua dalam kenangan, rindunya. Huhu Rasa nak balik kampung. Masing-masing dah dok jauh. Nak jumpa susah sangat. Pape pun moga Allah sentiasa merapatkan ukhwah kita. 

# Saat belajar di sekolah
Kenangan yang tak leh dibeli. Masa masuk sekolah, jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Belajar mengenal ABC. Kena marah ngn cikgu sokmo. Sebab malas buat kerja rumah. 

# Saat di universiti
Paling best kat "u". Belajar memain jer. Dulu tak der fb. Masa tu tgh hot yahoo messenger ngn friendster. Pastu time-time nak exam berkampung kt library dari pagi sampai petang. Makan, tdo sume kat ctu. 

# Kenangan dengan kawan baik. 
Kadang-kadang teringat dekat kawan-kawan baik yang sangat baik. Diorang kawan baik, kawan gosip, kawan segala genap kawan. Moga kta jumpa lagi. 



No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...