Assalamualaikum wbt
Dah mkn semua... menu kami hari ni adalah ikan patin masak tempoyak. Memang marvellous...ni resepi nye yg sy ambil dr blog akakni. Mmg jadi...sy bagi 5 bintang. Walaupun first time masak..tapi mmg jadi. Time kasih ye..
Resepi ikan patin masak tempoyak versi asli temerloh
Sumber aziejaya.blogspot.com
Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah -
Segenggam cili padi merah
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam
Cara cara
1. Blend cili merah, cili padi dan kunyit hidup dan tempoyak. Tapi jangan sampai terlalu hancur.
2. Masukkan bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
3. Apabila kuah sudah agak pekat.. masukkan ikan dan daun kesum.
4. Apabila dh mendidih... blh angkat dan hidang...
#sekiranya tempoyak kurang masam;blh tambah asam keping
#cili padi boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing .
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment