Ayah saya meninggal dunia ketika saya berumur 17 tahun. Ketika itu saya sedang menuntut ilmu di sebuah sekolah berasrama di Manjung, Perak. Ketika ayah pergi, kami adik beradik masih kecil. Adik saya yang bongsu berumur 7 tahun, masih kecil dan kakak saya yang sulung berumur 19 tahun. Ibu saya pula hanya suri rumah sepenuh masa. Ketika itu kami agak susah sebab kami memerlukan banyak perbelanjaan untuk menampung persekolahan. Namun alhamdulillah kami panjatkan pada Ilahi sebab ayah ada meninggalkan duit simpanan untuk kegunaan kami sekeluarga.
Saya bukanlah seorang yang bijak pandai dari kecil. Tapi rezeki Allah pada kami adik beradik sangat murah. Ketika saya ingin mengambil SPM, adik lelaki saya pula akan menduduki PMR. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka kami mendapat result yang cemerlang dalam SPM dan PMR. Saya kemudian ditawarkan belajar di Matrikulasi yang terletak di Seremban. Dan syukur sekali lagi sebab Allah murahkan rezeki saya, saya di tawarkan belajar di bawah MARA yang mana, yuran dan makan ditanggung oleh Mara. Dan saya juga diberi duit poket. Oh...saya dah berjaya ringankan beban ibu saya sebab tak perlu bayar yuran pengajian dan makan minum saya.
Setelah setahun lebih di matrikulasi, saya telah berjaya menamatkan pengajian saya. Walaupun keputusan saya tidak secemerlang kawan-kawan yang lain, saya berjaya menempatkan diri di USM dalam bidang kejuruteraan. Dalam masa yang sama, adik saya juga telah berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam. Rezeki dari Allah untuk kami. Dan paling meluluhkan hati adalah kami berdua dapat biasiswa. Dan mak tak perlu susah payah nak tanggung yuran pengajian dan perbelanjaan kami berdua. Malah, hasil duit biasiswa tersebut saya dapat kirimkan pada mak dikampung. Walaupun mak kadang menolak duit tersebut, tapi saya tetap bagi sebab itu adalah untuk mak.
4 tahun kemudian saya berjaya graduate dari USM. Masa tu saya agak risau sebab kes penggangguran terlalu banyak di Malaysia. Risau jika saya termasuk dalam senarai tersebut. Setiap hari saya berdoa agar Allah permudahkan urusan saya, agar saya dipermudahkan mendapat kerja agar saya dapat membantu meringankan beban keluarga saya. Alhamdulillah, sebaik sahaja saya tamat di USM, saya telah mendapat pekerjaan di sebuah Kolej Swasta di Ipoh sebagai tenaga pengajar. Walaupun gaji saya tidak sebanyak mana, tapi cukup untuk saya kirim buat mak di kampung dan adik-adik saya yang masih belajar.
Semua yang berlaku adalah berkat dari doa ibu saya.
No comments:
Post a Comment