Wednesday, August 27, 2014

Teknik mendidik anak : pujian dan tingkahlaku

Assalamualaikum wbt

Dulu ilham ada satu tabiat peliks iaitu selepas dia minum susu sampai habis, dia akan baling botol dia. Kalau dia minum atas katil, botol tu dia akan baling ke bawah katil. Mana2 yang dia rasa nak baling. Suka hati tangan dia je nak baling ke mana-mana. Hati ibu mana la tak geram sebab lepas tu si ibu nak kena search mana la si anak campak botol. Mula-mula aku selalu biarkan je dia baling, tapi bila lama-lama rasa macam panas gak. So, tiap kali dia baling botol aku marah dia. Tapi teknik tu langsung tak berkesan. Ilham wat muka selamber macam takder pape.

Lepas tu aku teringat satu teknik yang pernah aku baca iaitu  memberi penjelasan pada dia dan tunjukkan contoh serta berikan pujian. Setiap kali dia lepas minum susu, aku akan cakap

" ilham jangan baling, tak baik. Ilham letak kat sini"

mula-mula dia cuma dengar tapi tak ikut. Dia baling jugak. Tapi aku teruskan jugak usaha tuh. Tapi kali ni aku tak cakap je. Aku tunjukkan contoh. Bila dia habis je minum susu, time die nak baling tu, terus aku ambil botol tuh dan letak dekat tepi dia dan terus cakap

"ilham, botol tak baik baling, ilham letak kat sini"

setiap kali lepas die minum susu, aku akan buat macam tu. Selepas dua tiga kali aku buat macamtu, akhirnya aku nampak perubahan positif. Tiap kali lepas minum susu, dia akan bagi botol tu kat aku. Alhamdulillah. Tiap kali die bagi botol tu, aku puji dia.

" Time kasih. Pandai ilham".
Dan ilham akan jawab " Ilham andai" (andai = pandai)

Dan sekrang, perubahan yang lagi positif, ilham akan letak sendiri botol die. Dah tak baling lagi. 

Kadang-kadang, kemarahan bukanlah menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah. Dan kita selalu ingat anak-anak kecil tak faham apa yang kita cakap. Tapi sebenarnya anak-anak kita akan belajar dari percakapan dan tingkahlaku kita.

Semoga Allah memberkati perkongsian ini dan memberkatinya. Amin 


No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...