Assalamualaikum wbt
Di suatu petang yang hening, sedang awan diselimuti debu-debu dan jerebu yang tebal, satu mesyuarat ringkas telah diadakan di sebuah institusi pendidikan. Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan aktiviti sambutan kemerdekaan "Di sini lahirnya sebuah cinta" . Mesyuarat yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah yang amat komited dengan semangat berkobar-kobar untuk mengibarkan jalur gemilang dipengerusikan oleh seorang jejaka idaman Kampung Durian Runtuh.
Mesyuarat pun berlangsung macam mesyuarat jabatan kerajaan..bla..bla..bla... Tiba-tiba, ada satu suara aneh yang agak kurang gerun...
" Saya suka dengan Pn Kamilah dari Program Pertanian sebab beliau bersemangat melatih pelajar-pelajar tahun lepas "
Semua ahli mesyuarat mencari-cari dan memandang ke arah pemilik suara yang aneh dan gerun tersebut. Oh..suara pengerusi rupanya...Wahahah
Beliau telah mengeluarkan kenyataan lebih kurang begitu lah. Pujian salah seorang AJK program merdeka last year. Konon die sangat komited dan bersemangat. Sume ahli mesyuarat terdiam. Beberapa orang saling menjeling antara satu sama lain. Maka, syaitan pun mula menghidupkan api-api dengki dan khianat dalam diri dan hati umat manusia yang masuk meting tak baca doa.
"Ish..apsal bukan aku kena puji "
"Eleh.. macam bagus je ".
"Lamanya meting ni..bila nk habis "
Lebih kurang sejam kemudian, mesyuarat pun ditangguhkan dan semua pensyarah-pensyarah bergegas balik ke bilik masing-masing. Hahh semua pensyarah berjalan dengan sangat pantas dan laju. Masa itu emas!! Ada yang balik ke bilik sebab nak buat kerja-kerja menyemak tugasan pelajar dan menyiapkan FRP. Ada pula sebahagian yang lain bergegas masuk ke kereta, hidupkan enjin dan terus berdesup keluar dari Kolej sebab nak pergi promosi untuk ambilan pelajar minggu depan. Wah ! Pengarah dan KJKK sangat bangga dengan prestasi pensyarah sebab semuanya sangat komited dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas sehingga menitis airmata kelakian pengarah. Huhuhu
Rupa-rupanya setelah disiasat luar dan dalam rupa-rupanya...........
Pensyarah yang bergegas balik ke bilik, trus on pc dan bukak facebook. Ohh.. bukan buat frp dan bukan menyemak tugasan pelajar.
Manakala pensyarah yang bergegas berdesup keluar menaiki kereta bukan pergi promosi. Rupa-rupanya pergi minum di kedai kopi Pak Amid nun. Sambil minum, sambil mengumpat pengerusi meting tadi tuh, sambil bakar nyamuk dengan rokok sebatang di jari. Huhuhu
Maka, menangislah pengarah dan seisi KJ kerana terharu dengan pensyarah-pensyarahnya yang sangat komited dan dedikasi.
No comments:
Post a Comment