Wednesday, September 10, 2014

Doakan yang baik-baik

Assalamualaikum wbt

Isnin dan Selasa lepas aku agak buzy. Macam-macam benda nak handle. Huhu. Mungkin banyak sangat buat keje last minute. Setelah bercuti mengajar lebih kurang 4 bulan, isnin baru ni aku start mengajar balik. 4 bulan tuh ..dari bulan 5 sampai bulan 8. Sem ni aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek aplikasi komputer. Heheh lari sikit dari bidang. Tapi aku ok je. Bagi paper subjek, aku terima and redha je. Dah nama pun pendidik, mestilah boleh serba serbi. Huhh yo la tu.  Buek-buek pandai ado la.

Sem ni aku kena ngajar program baru iaitu SMKP. Ape tu? SMKP ni adalah sijil modular kebangsaan persediaan khas untuk pelajar-pelajar yang tak lulus SPM. Program special untuk diorng supaya diorng boleh masuk ke peringkat sijil tanpa perlu mengambil semula spm. Macam-macam peluang belajar ada. Cuma atas kita je nak sambung belajar ke tak. Harap-harap aku berjaya la mendidik diorng demi masa depan yang gemilang. Chewah... 

So far nampak diorng sume ok. Tapi berdasarkan pengalaman aku yang seciput ni " don't judge a book by its cover". Apa-apa pun kita doa kan yang terbaik untuk diorng. Sekurang-kurangnya diorng ada kesedaran untuk sambung belajar. Dan doakan aku dapat mengajar diorng jadi insan berjaya yang bertaqwa. 


Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid-murid(pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap-tiap huruf yang dipelajari dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk tiap langkah satu kota di syurga, dan tiap ia berjalan dimintakan ampunan oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka".
(Hadith riwayat Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)

Akhir kata " tak penting dimana kita bermula, yang penting dimana kita berakhir".

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...