Assalamua'laikum wbt
Dodulu aku dok menanam azam manis untuk update blog setiap hari. Tapi nampaknya manis di bibir tapi pahit tinggal dijari. Sebab tu tak ter update huhuhu.
Dodulu masa zaman sekolah, ustaz aku slalu cerita apa itu orang munafik? Bila sebut orang munafik, aku dah berimaginasi iaitu seseorang manusia yang sangat jahat dan hampeh. Memang tak nak kawan la ngn die!
Suatu hari aku pernah dengar ceramah agama dari seorang ustaz ni.... Masa akhir zaman nanti, ketika dajjal dah keluar, semua orang munafik akan menjadi pengikut dajjal. Mereka akan datang dari segenap sudut dan penjuru.
Korang agak-agak adakah kita ni termasuk dalam golongan munafik ? Ya Allah mintak dijauhkan. Nauzubillah. Tapi korang tau tak apa ciri-ciri orang munafik ?
Ciri-ciri orang munafik ni ialah bila berjanji ia mungkir, bila bercakap ia menipu dan bila diberi amanah ia khianat. Korang agak-agak adakah kita ni termasuk dalam golongan munafik ?
Jom kita check @ muhasabah diri sendiri...adakah kita ada salah satu dari ciri-ciri di atas...
Aku amat perasan beberapa kejadian yang sering berlaku pada aku dan aku rasa pada semua orang... Kadang-kadang kita ni termasuk dalam golongan yang menipu! Agak kejam bahasa aku. Tp itu lah hakikatnya. Tipu dan tipu dan bohong dan kelentong jadi makan minum dalam hidup kita. Rasa tak sempurna kalau tak tipu. Kadang-kadang terpaksa menipu dalam hal kerja. Menipu bos, menipu orang bawah, menipu claim, menipu anak dirumah.
Macamane ek. Kadang-kadang kita terpaksa menipu. Tapi tipu itu berdosa. Bercakap benarlah walaupun pahit.
situasi 1: Kes tipu yang kadang-kadang kita tak sedar. Bila bercakap kita berbohong.
Penjual : dik.. ada 50 sen tak..
Aku : Tak der la kak....
(walhal dalam beg duit berlambak-lambak duit syiling. tapi disebabkan malas nak cari, kita tanpa segan silu cakap xder)..
Situasi 2:
telefon berbunyi ....
Pemanggil :" abu ada tak ?'"
si pengangkat telefon pandang abu... tetiba abu berbisik... "cakap aku xder"
(dengan kawan-kawan kita sekali terbabit menipu)
Bila disentuh bab amanah...lagi banyak. Dulu aku ingat amanah ni bekaitan dengan menteri-menteri je. tapi sebenarnya amanah ni bermula dari sekecil-kecil benda dan melibatkan semua makhluk Allah termasuk kita yang kerdil ni. Kita semua memegang amanah. Kalau kita seorang guru, kita memegang amanah untuk mengajar murid2. Kalau kita seorang akauntan, kita kena amanah bab-bab duit.
Ok ..iitu bab-bab or kes-kes besar. Tapi jgn lupa banyak kes-kes kecik yg slalu kite terlepas pandang.
situasi 1 :
kita bekerja dari jam 8.00 hingga 5.00 ptg. Kerja ofis! Kerja yng menggunakan elektrik, air, komputer dan alat tulis pejabat. So, kita memegang amanah 8 jam tu buat kerja ofis je. Tapi kita arini, time keja ofis buat kerja part time. Promote baju..promote tudung. Pastu guna printer ofis, kertas ofis ..print iklan kerja part kita. Amanah kah kita ?
dan lagi..lagi... kita terbawak balik pen...pensel...pemadam ke rumah. Tu ofis punye. bukan hak kita. lepas anak pakai tuk belajar...huhuh
di mana amanah kita ?
kita selalu berkira bila banyak kerja di pejabat...
kita selalu merungut bila kena buat macam-macam...
tapi bila bab gaji lambat masuk, kita marah
bila gaji tak naik kita melenting...
macamana duit kita tak cepat habis...sebab dalam rezeki kita kurangnya keberkatan.
Carilah keberkatan Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Hadith Riwayat Hakim).
No comments:
Post a Comment