Jangan pernah terlepas melakukan sekurang-kurangnya satu kebaikan setiap hari. Kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana boleh membantu kita di padang masyar nanti. Dan mungkin juga ia membawa kita ke syurga. Sbb kita belum tahu sama ada amal ibadah kita akan diterima Allah atau tidak.
Antara kebaikan yang boleh dilakukan setiap hari...
- Apabila kita pergi lunch, tiba-tiba ternampak sebuah kedai jual selipar. Beli sepasang selipar dan sedekah di masjid-masjid atau surau. Sepasang selipar baru dalam RM5 paling mahalkan...
- Apabila pergi solat di masjid atau surau, tetiba ada tahi cicak atau sampah sarap, apa salahnya ambil tisu buang tahi cicak tersebut atau kutip sampah dan buang dalam tong sampah.
- Apabila terjumpa kanak-kanak, apa salahnya hulurkan RM1. Bukankah Rasulullah SAW sukakan kanak-kanak.
- Apabila pergi kedai makan, kalau ada kucing, apa salahnya kita bagi secubit ikan atau sisa tulang ikan kepada kucing tersebut. Tapi jangan sampai mengotorkan kedai makan.
- Kalau ada kengkawan yang minta tlg belikan air or makanan, kalau ada duit lebih.. tak salah tlg byrkan.
- Kalau ada budjet lebih, spend kan RM2 beli kuih muih untuk pakcik or makcik cleaner kt ofis...
- Setiap pagi jangan lupa sedekahkan Al_fatihah kepada Rasulullah SAW dan kedua ibu bapa.
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment