Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan nafas dan nikmat kepada kita.
Pada suatu hari, ketika matahari terang menyuluh sang bumi, perut terasa sangat berkeroncong. Berlagu-lagu minta diisikan sesuap nasi. Lantas kunci kereta dicapai dan kereta bergerak menuju ke gerai-gerai makan mencari sesuatu mengisi perut. Setiba di gerai makan, kelihatan agak lengang. Mungkin semua orang masih sibuk bekerja. Lalu pinggan diambil, nasi diceduk dan lauk disenduk. Si manusia memakan dengan penuh seleranya.
Erk... alhamdulillah dah kenyang. rezeki dari Allah. Tetiba, saat hendak membayar makanan, saku di raba. Saku kiri, saku kanan.. semua kosong. Dompet tertinggal. Si pekedai memandang tajam kepada si manusia.
Dan hati si manusia penuh debaran dan bergelodak " macamana nak bayar nih ? "
Muka yang jernih bertukar merah padam. Speechless.
Tetiba si manusia ternampak seseorang yang dikenalinya. Hatinya lega. Ofismate!
Lantas kakinya bergerak pantas menuju ke sahabatnya.
"Man, aku terlupa bawa duit! Boleh aku pinjam duit?"
"Boleh! Nanti aku bayarkan. Dun worry bro", ujar man tersengih-sengih.
Oleh kerana terlampau lega, si manusia berkali kali mengucapkan terima kasih walaupun man belum pun bayar harga sepinggan nasi yang dimakan oleh manusia tersebut. Dan selepas man membayar makanan tersebut, si manusia masih mengucapkaan terima kasih berkali-kali. Terharu sungguh. Rasa terhutang budi.
-------------------------------------------------
Kawan-kawan... begitulah kita. Kadang kala kita terlalu berterima kasih kepada manusia. Tapi kita kurang berterima kasih kepada Allah. Dengan sedikit pertolongan dari manusia, kita berterima kasih seolah-olah dialah segalanya. Tapi kita lupa pertolongan Allah, rezeki dari Allah. Kerja, rumahtangga, anak-anak..semua tu adalah rezeki dari Allah. Ucaplah alhamdulillah. Sebutlah nama Allah.
No comments:
Post a Comment