Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang
“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak
akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.’
Surah Al-Isra’ Ayat 37
Perasan tak kita selalu cakap....
“Aku berjaya hari ini adalah hasil titik peluh aku”
“Aku dapat naik pangkat sebab aku berusaha bekerja bersungguh-sungguh.."
"Si Fulan banyak tolong aku..sebab tu aku berjaya"
" Kami dapat kontrak sebab bos yang bagi"...
Bila kita bercakap bahawasanya
kejayaan kita hari ini adalah hasil titik peluh dan usaha sendiri, itu tandanya
kita sombong dengan Allah. Kita berlagak dengan Allah. Sebab segala kejayaan
dan kekayaan adalah dari Allah, bukan dari usaha kita. Tapi semua itu adalah pertolongan Allah.
Kita berjaya dapat 10A dalam SPM sebab dengan
izin Allah. Kita berjaya dapat kontrak atau naik pangkat bukan sebab bos atau kelayakkan kita, tapi sebab Allah gerakkan hati bos untuk naikkan pangkat or bagi kontrak pada kita.
Percayalah...segala pertolongan orang pada kita adalah sebab Allah yang gerakkan hati dia untuk tolong kita. Oleh itu, ucapkan Alhamdulillah setiap kali mendapat kejayaan, setiap kali dapat rezeki. Jangan lupa sujud syukur.
No comments:
Post a Comment