Thursday, November 29, 2012

TESTIMONIAL ESP



kredit to siti liyana mohamaad yusuff

Jika berminat hubungi

fb :Norazah Binti Abdullah
Emel : norazah_abdullah@yahoo.com
No. Tel : 0135843084

Masalah Penyusuan - Reverse Cycling


Rasanya, hari ni dah dekat dua minggu kot ilham xnak minum susu kat umah pengasuh. Slalu aku akan hanta susu 12 oz kt umah pengasuh. Dan selalunya ilham akan minum paling kurang 10oz. Tapi sejak dua menjak ni, ilham xnak minum susu. Huhuh susah hati la mama , sayang. 
Bila ilham dah xminum susu ni, motivasi aku tuk mengepam susu pun menurun. Asal pam susu 3x sehari tp la ni dh menurun ke 2x sehari. 

Skang aku hanta kat pengasuh 5oz je sehari.Tu pun ilham xnak minum. Pengasuh ilham kata...ilham dh xnak susu ibu kot. Dia nak susu tepuung. Oh no!!!!... Emm...tapi x logik, sebab ilham masih minum susu direct dengan aku dari petang sampai pagi esok. Mmg pas amek dr rumah pengasuh, ilham akan minum susu macam lapar sesangat. Huhu..So, kesimpulannya dia bukan xnak susu ibu. cuma dia taknk minum susu melalui botol. Sebab aku test bagi air masak melalui botol pun dia xnak minum... See...Heheheh

Lepas g soal selidik ngn kwn2 ofis dan belek-belek kat tenet rupa-rupanya ilham melalui fasa Reverse Cycling. Dimana Reverse Cycling berlaku pada kanak-kanak yang telah diperkenalkan solid food. So,ilham kan dh 8 bulan. dah start makan nasi.


Apakah itu Reverse Cycling?

Reverse cycling dalam penyusuan ialah keadaan di mana bayi lebih kerap meyusu di sebelah malam berbanding siang. 
Dalam Kes aku ni, Ilham mmg kurang minum siang hari. Tapi minum sangat banyak pd mlm hari dan setiap malam ilham akan bangun 8-9 kali utk minum susu.



Punca Terjadinya Reverse Cyling? 

Ianya adalah keadaan biasa yang boleh berlaku kepada mana2 bayi. Ini berlaku kerana corak penyusuan normal bayi terganggu atas sebab-sebab tertentu. Antaranya,
  1. bayi sukar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika menyusu kerana terlalu aktif
  2. ibu terlalu sibuk di waktu siang sehinggakan kurang menyusukan bayinya
  3. ibu bekerja di siang hari 
 Ketiga-tiga senario ini kadangkala bertindih di antara satu sama lain.

Untuk senario pertama dan kedua, bayi akan lebih kerap menyusu di waktu malam kerana dia perlu menggantikan tempoh penyusuannya yang pendek, terhad ataupun tertinggal pada siang hari. Pada waktu malam, suasana yang sunyi terutama jika ibu menyusu di bilik tidur dengan lampu yang malap akan memberikan ketenangan supaya ibu dan bayi dapat menggantikan masa berkualiti yang sangat diperlukan. 

Bagi senario ketiga pula, bayi dalam kategori ini akan meminum susu perahan ibu sekadar mengalas perut dan akan menunggu ibunya pulang ke rumah supaya dia boleh menggantikan waktu penyusuannya pada siang hari.

Wednesday, November 28, 2012

ALLAH ada untuk makhluknya

Kadang-kadang banyak perkara yang kita tak rancang dan tak suka akan berlaku pada kita. 
Kadang-kadang sangat Susah dan berat untuk kita terima. 
Kadang-kadang banyak benda & perkara yang kita nak dan suka jarang kita dapat.  

Sesungguhnya Allah berfirman ;




Dan sebagai hamba Allah yang kerdil...
wajib kita bersyukur dengan kehendak Allah







Dan kita masih berkesempatan untuk berdoa dan memohon supaya Allah memudahkan segala urusan kita. Sesungguhnya Allah itu dekat.

Tuesday, November 27, 2012

ISTILAH DALAM SUSU IBU


ISTILAH YANG DIGUNAPAKAI DALAM SUSU IBU

  • EBM - Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM - Susu yang baru diperah
  • Chilled EBM - Susu yang dah perah dan telah disejukkan didalam peti ais ( tp bukan ditempat beku)
  • Frozen EBM - susu yang disimpan ditempat beku

 

CARA MENYIMPAN SUSU IBU

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Last week saya dapat kol dari kakak ipar ofismate. Seorang wanita yang berusia akhir 30-an dan baru-baru ni dianugerahkan cahaya mata ke tiga.. Huhh pelik jugak tetibe kol..rupa-rupanya..

Puan M : " Salam, azah...akak nak tanya azah masih fully breastfeed anak kan?"
Haku     : " a'ah kak. nape ye?"

Puan M : " Akak nak tanya...macam ne ye nak simpan susu perahan? Berapa lama boleh tahan?"
Haku (dgn nada excited) :" Akak nak menyusu sepenuhnya ke? "
(alhamdulillah...syukur dlm hati. Walaupun die baru nak bermula anak ketiga tp semangat die, aku kagum)

Haku :"Bagus-bagus kak. Byk kebaikan susu badan ni. Yg paling penting n mudah adalah jimat. Xyah kuar duit beli susu . Sebenarnya susu...... 

So, cni aku nak share tips penyimpanan susu ibu yang betul based on my little experience. Harap-harap boleh membantu sesape yang sedang mencari info pasal susu ibu. 

Rujuk pada gambar di atas
  • Pada suhu bilik, susu akan tahan selama 4 jam. 
  • Deep Frezer, susu akan tahan sehingga 6 bulan.
  • Untuk bahagian refrigerator ( bukan tempat beku) susu akan tahan 3-5 hari bergantung pada suhu.
  • Untuk bahagian freezer, susu boleh tahan sehingga 3 bulan. 

Sebenarnya bukan senang untuk maintain menyusukan anak selama dua tahun sebab banyak faktor yang akan menduga kita. Dan faktor yang paling membunuh motivasi seseorang ibu untuk menyusu sepenuhnya adalah orang-orang yang terdekat dengan kita. Sangat bertuah seorang isteri jika si suami dan keluarga tersayang memberi semangat dan motivasi kepada isteri utk menyusukan anak sepenuhnya. Susu ibu banyak memberi kebaikan pada bayi berbanding susu formula.

Monday, November 26, 2012

TUKAR LAMAN SOSIAL JADI WANG


DIET


PROMOSI ALFAFA

alhamdulillah syukur pada Ilahi sbb di atas limpah dan kurnianya, saya masih menyusukan Ilham sepenuhnya (fully breastfeeding). Dah almost 9 month. Dulu macam tak yakin je dapat susukan ilham sampai 9 bulan. Tapi alhamdulillah saya berjaya dengan izin Allah. 

 Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. 

Kejayaan saya dibantu oleh produk SHAKLEE. Masa mula-mula saya amek set percubaan SHAKLEE, yang terdiri daripada ESP, Alfafa dan vitamin-vitamin cam B-kompleks, Vit-C dan Vit-E. 
Camne saya boleh try?
Pujukan kwn2 yang jual?
No...No... takde sesape pun yang pujuk. Alasan dan musababnya ialah sebab susu saya sangat merudum. Sekali pam cuma leh dapat 1 oz je. So dalam sehari saya boleh dpt 10 oz. Walhal anak saya minum 14-16 oz sehari. Susah hati sangat time tuh. Allah je yg tau. Sebab mase mengandung lagik saya dah tekad nak fully breastfeed anak saya.
so, apa yg saya wat?
So, amek risiko berani mati. Saya beli Shaklee. alhamdulillah ia sangat membantu saya. 


 Tujuan saya bukan nk promote but just wanna to share kebaikan/kelebihan yang perasan since sy menggunakan ESP & Alfafa ni. 
First skali, anak saya cepat kenyang. Klo dlu anak saya akan minum susu lama. But now die dah tak bergayut lama. Maybe susu saya lebih banyak power. :)
Second, susu saya lebih pekat n marvellous than before.
thirdly, at the same time, saya dah x mengalami masalah kulit kering. Klo dlu kulit muka saya sangat kering, sekarang rasa lembap je.


Disebabkan, saya rasa banyak kelebihan SHAKLEE ni, so dengan hati terbuka saya telah mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah. For those yang really interested nak tau pasal alfafa n ESP just contact me. Saya cuma ingin share kelebihan produk yang saya gunakan. Sekarang ni alfafa tengah promosi. Buy 6 free 1. so, mmg xrugi beli tuk sape2 yg nk try.

and for those yang nak beli produk SHAKLEE boleh gunakan ID saya or contact me directly.

Norazah Binti Abdullah
No. iD 909161

SHAKLEE

Kenapa saya memilih SHAKLEE?


SHAKLEE merupakan salah satu pembekal yang menawarkan produk kesihatan untuk semua peringkat umur. 

Kenapa saya memerlukan supplement? 
  1. Tubuh kita ni perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang badan kita dapat daripada makanan yang diambil. Cth : Vit E dan Vit C yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah subur. Sekarang ni kan banyak guna racun perosak, racun serangga utk lindungi hasil tanaman kita. Bahan-bahan ni juga boleh mempengaruhi kualiti buah dan sayuran yang ditanam
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vit C dan enzim pula mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. (Saya pernah melihat di satu kedai ni, penjual memotong buah tembikai sambil menghisap rokok dan asap rokok tu betul2 kena pd tembikai tu. Ini yang kita nampak, yang kita tak nampak??)
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh kita
  5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan
  6. Gaya hidup dengan 'trend' masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan

Friday, November 23, 2012

AHLI SAH SHAKLEE


PERHATIAN !!!

Mengumumkan atas perkenan dan izin Yang Maha Esa, saya adalah ahli SHAKLEE yang sah. No ID saya ialah 909161. 
Sesiapa yang ingin membeli produk SHAKLEE boleh menghubungi saya. InsyaAllah saya akan bagi special price. Atau jika malu atau segan untuk berhubung dengan saya, boleh guna NO ID saya untuk membeli barang secara direct dengan SHAKLEE. Saya tidak kesah. Terima Kasih.

Rahsia Surah Al Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudar
anya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, November 22, 2012

TIPS MENABUNG

jimat

Tahukah anda menabung sangat penting untuk masa depan ???

Semua mesti tau kn. Cuma antara simpan atau tak simpan. Sebenarnya haku ingin berkongsi pengalaman yang sejemput ni tuk semua makhluk Allah dimuka bumi. Cuma sekarang tengah tercari-cari idea camne nk tulis yek.... Susah rupanya nk jadi penulis ni. Huhuhu

Dipendekkan cerita dan semua sedia maklum bahawasanya duit simpanan sangat penting demi masa depan diri sendri dan keluarga terchinta!!! Dan Dulu haku adalah antara manusia dimuka bumi ini yang takde duit simpanan langsung dan juga tidak ada tabung.. huhuhu...
Mula-mula kerja, tekad nak simpan at least RM 100 sbullan dalam bank. Tapi bile dapat gaji jer simpan ke mana, duit pun ntah ke mana. Sedar-sedar duit dah habis sblum sempat simpan. Padahal keje gomen ni tiap2 taun ada increment.
Tapi lepas menginsafi diri, haku beli sebuah buku yang sangat bagus dan sangat tidak membazir utk laburkan duit iaitu






































So, hasilnya dapatla haku mengumpulkn wang-wang emas dalam bank...dan hasilnya sangat positif. So atas niat yang murni lagi suci tanpa was-was, haku ingin berkongsi tips permulaan utk menyimpan duit. Semoga bermanafaat tuk semua.

Tips untuk melatih diri menabung...

1. Jangan ! Jangan ! Jangan belanjakan duit syiling anda. 
Simpan segala syiling yang ada dapat ke dalam tabung. Belanja hanya duit kertas sahaja. Cuba amalkan. InsyaAllah anda akan nampak hasil yang berlipat ganda.
Saya tak pernah belanjakan duit syiling even 10 sen. Duit lebih bfast, lunch sume saya simpan dlm tabung. Yang ajaibnya dalam beberapa bulan duit tabung dah boleh penuh ngn syiling. Klo dlu amek beberapa taun nak penuh.

2. Buat  potongan gaji sekurang-kurang 10% dari gaji anda pada setiap bulan.
Apabila kita membuat potongan gaji ke akaun lain, secara automatiknya wang gaji yang kite dapat setiap bulan umpama gaji. Sebab kita dah tak kan nampak gaji yang dipotong ke akaun len. Perasan atau tak, even gaji kita telah dipotong tapi perbelanjaan


Tuesday, November 20, 2012

KEKEJAMAN ISRAEL

Kekejaman israel terhadap palestin terutama kanak-kanak.



LAWATAN PLKN


Dah lama nak post pasal PLKN ni... tapi disebabkan kesibukan yang x berapa sibuk....maka asyik la tertangguhnya. Ditambah plak dengan xder idea untuk meng Update blog. Tapi hari ni haku akan cuba untuk update jugak ceter pasal PLKN ni. 

Al Kisahnya...program tuk di jalankan ari sabtu weh...so dengan keterpaksaan haku kena overtime la time tu n hantar ilham kat rumah pengasuh. Sian Sayang Mama...

n dikala semua staf pakai baju santai-santai, haku dengan waraqnya pakai baju kurung beb...huhu Rasa cam ustazah plak. Ustazah Norolizah pun pakai baju santai. 

 Bagi hadiah kat budak-budak PLKN yg dapat jawab soalan kuiz.

 inilah budak-budak PLKN yang sunguh-sungguh ramai .

Sedang bagi talk pasal program Elektrik a.k.a promosi elektrik

DERMA UNTUK PALESTIN

LET'S CHARITY FOR PALESTINE EVEN RM 1...
MAY ALLAH BLESS US

Friday, November 16, 2012

Jom Praktik

Jom praktik. Moga-moga Allah melimpahkan rahmatnya pada kita semua. AMIN

sumber : http://santaiminda.esq2u.com/wp-content/uploads/2011/11/jompraktik.jpg

7 SUNNAH RASULULLAH SAW



7 sunnah Rasul SAW yang perlu kita ketahui. Alangkah indahnya hidup kita klo kita dapat amalkannya dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan kita. InsyaAllah segala masalah-masalah hidup akan Allah permudahkan dan selesaikan. Kerna hidup kita hanya untuk Allah.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
:)
Sama-sama kita amalkan sunnah terutama yang paling atas tu iaitu solat tahajjud…hidup ini penuh dengan perjuangan….seorang pejuang mesti kuat….kekuatannya datang dari tahajjud…..kerana dekat dengan Allah…



Friday, November 09, 2012

VITAMIN C

Dua hari lepas saya dah mula rasa sakit tekak. Huhuhu dalam keadaan cuaca tak menentu.Kejap panas kejap sejuk... so, sakit tekak pulak menyerang. Tambahan plak asyik minum ais. Asal g kedai je mesti order ais..hhuhu so apa lagi, bergembiralah penyakit sakit tekak sbb berjaya menyerang kerongkong ku...Then esok paginya semakin teruk, walaupun minum air bertong-tong tapi sakit tekak x ilang.

Memang sejak dr dlu, klo saya sakit tekak mesti akan amek masa berhari-hari even dh minum macam-macam air. Tapi kali sangat ajaib. Sbbnya saya terlintas nak amek vitamin C. Saya mmg banyak terbaca bile badan kite tak sehat, kite digalakkan untuk amek vitamin C. Tapi saya tak pernah try.

So, smlm sy amek vitamin C 1000mg. Actually just nak try. Tak fikir pun pape khasiat. Selepas 2 jam makan vitamin C, alhamdulillah tekak saya trus rasa hilang sakit. Memang sangat ajaib. Kagum sangat mase tu. Husband pun rasa terkejut. Sbb slalu even amek pil sakit keronkong, tp it will take a few days to fully recovered. Tapi bile saya amek vitamin C, alhamdulillah dalam 2 jam je memang tekak saya kembali  ok. Badan yang dari rasa nak demam n tak bermaya pun, jadi cergas dan cerdas. Mungkin ada yang tak percaya, tp ini memang kenyataan. Dengan izin Allah, alhamdulillah sy kembali cergas dan sehat malah badan rasa lebih bertenaga dari biasa

Saya bukan nak jual, just wanna share my marvellous experience..... n Thanks to bloggers yang banyak share pasal kebaikan vitamin C.

So, to those yang sehat & tak sehat kat luar sana, jangan segan-segan...ameklah vitamin C. Banyak sangat kebaikan vitamin C ni .... :D

Chaa Chin Chow

Wednesday, November 07, 2012

AKU SANGAT KECIL HATI

Hati aku sangat kecil sebab tu aku selalu kecil hati. Dan semakin hari semakin kecil. Tapi kadang-kadang hati aku sangat besar. Besar bagaikan JOHAN dengan semangat dan jiwa yang kental. Tapi itu cuma kadang-kadang. Yang tak kadang-kadang tapi selalu tu adalah sangat kecil. 

Hati aku sangat kecil dengan sume yang ada disekeliling ku. Tapi bile baca petikan dari blog ni...aku rasa, sebagai manusia yang kerdil kite kena terima semua dengan redha....

Thans pada owner blog yang share menda ni. Nak baca lagi boleh klik sini

Rasa kena ketuk kepala. Walaupun hari-hari kite kecik ati ngn manusia-manusia di sekeliling kite, tapi kite kena ingat bahwa benda tu adalah peringatan dari Allah. Ia adalah teguran dari Allah untuk kite. Cuma disampaikan melalui manusia lain. 

So, yang selama ni kite dok bercerita dgn org len, konon-konon  berkongsi masalah ngn kwn tuk kurangkan stress. Hakikatnya menambahkan dosa bukan mengurangkan stress, sbb dh cerita keburukan orang len...huhuuhuh insaflah wahai diri.

So, selama ni jika ada org yang mengutuk kerja-kerja kita atau menegur cara kita, ingatlah bahawa semua tu adalah teguran dari Allah. Mungkin Allah nak tegur kita bahawa gaji yang kita dapat setiap bulan tidak setimpal dengan tugasan yang kita lakukan. Jika sebelum ni kita asyik marah bila ada orang hentam kita dalam meting sbb ingat kita xbuat kerja, walhal kita rasa kite dh berusaha untuk buat. Tapi ingatlah mungkin Allah bagi peringatan sbb usaha kita belum cukup dan maybe kite blum laksanakan tugas dan tanggungjawab dgn sempurna. 

so, akhir kata terimalah segalanya yang positif dan negatif sebagai peringatan Allah kepada kita kerana Allah sayang pada hamba-hambaNya.

REZEKI

Tuesday, November 06, 2012

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

Tengok cermin...alamak awning tudung kedut la...huhuhuh...nampak xkemas la...COMOT !
dah la pompuan.... ni la hasil penjagaan tudung yang tak betul...jaga tudung yang ala kadar
so..camne nk jaga tudung bagi cun melecun...hasil pengalaman memakai tudung selama 20 taun.
Khas untuk tudung segera shj

1. JANGAN ! JANGAN! JANGAN! Sesekali basuh tudung dengan mesin basuh.
Kenape yek ? Sebab akan merosakkan awning anda. Sanggupkah anda memakai tudung macam ni?
Hodoh benarkn....walaupun tudung anda berharga ratus-ratus...tp klo dah cam gini ghupenya... bg free pun xnakn

2. Bila menjemur tudung...JANGAN jemur dibawah panas teruk.
Sebab pe yek.....sebabnya akan memudarkan warna fabrik tudung. Bukan tudung saje, baju-baju len pun termasuk jugak ye

3. Bila nak simpan tudung, cara yang terbaik adalah sangkut ngn hanger..
JANGAN-JANGAN sesekali longgok tudung anda. Sebab klo ada hamba Allah duduk atas awning tudung anda....huhhhh mmg xdpt diselamatkn. so jadilah cam no 1 tuh...

4. Elakkan basuh tudung dengan pakaian len.
Sebab kemungkinan pakaian lain akan turun warna..so habis la tudung anda yg berharga beratus2 ringgit



TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Good Luck pada adik-adik yang sedang menduduki SPM. Mesti cuak kan...Like me a few years ago.  And tak lupa pada adik iparku..farhana...semoga kejayaan menjadi milikmu. Semoga dapat 9A.... U can do it....

Belajar sudah...latihan sudah....now yg penting doa...n tawakal...so here i would like to share a few tips yg slalu cikgu-cikgu aku pesan ble nk jawab exam

1. Doa -doa...
    Doa kan senjata org-org islam. So, jangan lupa berdoa dan mohon ALLAH

2. Semayang hajat. 
    Sesibuk mana pun kite study, solat wajib n solat hajat jgn ditinggalkan. Lagi baik klo dapat buat tiap   malam.

3. Mintak maaf ngn mak ayah
    Paling penting jangan wat dosa ngn mak ayah. Klo dh terbuat tu, mintak maaf ngn mak ayah. Redha Allah kn terletak pada redha Mak Ayah.

4. Mintak mak & ayah doa kan kite
Bukan setakat kte yang berdoa, tapi mak ayah pun kena berdoa tuk anak-anak. Pengalaman saya, masa adik-adik nak exam, mak akan mengaji al-quran. Klo exam 2 jam, 2 jam la mak akan ngaji. Mudah-mudahan Allah permudahkan

5. Baca Yasin
Jgn lupa baca Yasin. Sbb Yasin adalah hati al-Quran.

6. Jgn Stay up pd mlm exam. Tido Awal
    klo esok nk exam, jgn malam ni plak rajin-rajin nak stay up. seblum ni xpernah stay up. tibe-tibe time exam baru nk stay up. tido awal. Tp aku pun pernah stay tp time final exam. tp bukan spm...tp masa kt u. Punye la study malam tu sampai tak tdo ( sblm ni xnak study)...tp tup-tup dalam exam xleh jawab gak...huhuhu nasib baik x ffail...

7. Lepas exam...xyah discus jawapan ngn kwn2.
Kenape yek? sbb takut2nye ilang fokus tuk exm seterusnye. Ye la...jawapan setiap org berbeza..pastu masing-masing kata jawapn diorg betul...so kite plak yg susah hati, takut jawab salah. Last-last xleh fokus tuk next exam. So, sebagai jalan selamat, xyah discuss2...menda yg lepas biar lepas.

Thursday, November 01, 2012

PROGRAM BULAN KEUSAHAWANAN KKJN

Sempena program bulan keusahawan yg akan berlangsung selama sebulan dr 22 oktober - 22 November

 TERIMA CEK RM8OO SHJ DR PENGARAH

SENYUM CKET

flyer yg didesign oleh tanganku sendirian berhad. Moga dpt menolong pelajar.

 ni die buku log yg didesign oleh aku tuk catit kehadiran n projek budak


Sangat Sibuk


Takutnyer tengok tajuk " Sangat Sibuk".... 
Yep..memang aku agak sibuk... Bukan Sesibuk Kerja Kilang ek...Tapi Sesibuk kerja gomen la..

Raya aji aku, suamiku dan my ensem boy (muhammad ilham) cuti sakan. Cuti seminggu. Balik kelantan n perak. walaupun penat yg sangat penat tp happy sbb dpt menggembirakan hati ibu & ibu mertua yang tersayang. Semoga ibu & ibu mertuaku sentiasa hepy n bahagia. Memang xingat langsung pasal keja...

selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya aidil adha.... semoga Allah sentiasa memberkati kita... 10 zulhijah kite sambut raya aidiladha...dimana yang mampu akan membuat korban tanda syukur pada Ilahi. tp tak sama ngn ngn raya puasa sebab aidiladha raya korban hanya sampai raya ke 4. Because korban hanya boleh dilakukan 4 hari sahaja iaitu 10,11,12 & 13 zulhijah sahaja.


Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...