Thursday, November 29, 2012

Masalah Penyusuan - Reverse Cycling


Rasanya, hari ni dah dekat dua minggu kot ilham xnak minum susu kat umah pengasuh. Slalu aku akan hanta susu 12 oz kt umah pengasuh. Dan selalunya ilham akan minum paling kurang 10oz. Tapi sejak dua menjak ni, ilham xnak minum susu. Huhuh susah hati la mama , sayang. 
Bila ilham dah xminum susu ni, motivasi aku tuk mengepam susu pun menurun. Asal pam susu 3x sehari tp la ni dh menurun ke 2x sehari. 

Skang aku hanta kat pengasuh 5oz je sehari.Tu pun ilham xnak minum. Pengasuh ilham kata...ilham dh xnak susu ibu kot. Dia nak susu tepuung. Oh no!!!!... Emm...tapi x logik, sebab ilham masih minum susu direct dengan aku dari petang sampai pagi esok. Mmg pas amek dr rumah pengasuh, ilham akan minum susu macam lapar sesangat. Huhu..So, kesimpulannya dia bukan xnak susu ibu. cuma dia taknk minum susu melalui botol. Sebab aku test bagi air masak melalui botol pun dia xnak minum... See...Heheheh

Lepas g soal selidik ngn kwn2 ofis dan belek-belek kat tenet rupa-rupanya ilham melalui fasa Reverse Cycling. Dimana Reverse Cycling berlaku pada kanak-kanak yang telah diperkenalkan solid food. So,ilham kan dh 8 bulan. dah start makan nasi.


Apakah itu Reverse Cycling?

Reverse cycling dalam penyusuan ialah keadaan di mana bayi lebih kerap meyusu di sebelah malam berbanding siang. 
Dalam Kes aku ni, Ilham mmg kurang minum siang hari. Tapi minum sangat banyak pd mlm hari dan setiap malam ilham akan bangun 8-9 kali utk minum susu.



Punca Terjadinya Reverse Cyling? 

Ianya adalah keadaan biasa yang boleh berlaku kepada mana2 bayi. Ini berlaku kerana corak penyusuan normal bayi terganggu atas sebab-sebab tertentu. Antaranya,
  1. bayi sukar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika menyusu kerana terlalu aktif
  2. ibu terlalu sibuk di waktu siang sehinggakan kurang menyusukan bayinya
  3. ibu bekerja di siang hari 
 Ketiga-tiga senario ini kadangkala bertindih di antara satu sama lain.

Untuk senario pertama dan kedua, bayi akan lebih kerap menyusu di waktu malam kerana dia perlu menggantikan tempoh penyusuannya yang pendek, terhad ataupun tertinggal pada siang hari. Pada waktu malam, suasana yang sunyi terutama jika ibu menyusu di bilik tidur dengan lampu yang malap akan memberikan ketenangan supaya ibu dan bayi dapat menggantikan masa berkualiti yang sangat diperlukan. 

Bagi senario ketiga pula, bayi dalam kategori ini akan meminum susu perahan ibu sekadar mengalas perut dan akan menunggu ibunya pulang ke rumah supaya dia boleh menggantikan waktu penyusuannya pada siang hari.

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...