Tuesday, November 27, 2012

CARA MENYIMPAN SUSU IBU

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Last week saya dapat kol dari kakak ipar ofismate. Seorang wanita yang berusia akhir 30-an dan baru-baru ni dianugerahkan cahaya mata ke tiga.. Huhh pelik jugak tetibe kol..rupa-rupanya..

Puan M : " Salam, azah...akak nak tanya azah masih fully breastfeed anak kan?"
Haku     : " a'ah kak. nape ye?"

Puan M : " Akak nak tanya...macam ne ye nak simpan susu perahan? Berapa lama boleh tahan?"
Haku (dgn nada excited) :" Akak nak menyusu sepenuhnya ke? "
(alhamdulillah...syukur dlm hati. Walaupun die baru nak bermula anak ketiga tp semangat die, aku kagum)

Haku :"Bagus-bagus kak. Byk kebaikan susu badan ni. Yg paling penting n mudah adalah jimat. Xyah kuar duit beli susu . Sebenarnya susu...... 

So, cni aku nak share tips penyimpanan susu ibu yang betul based on my little experience. Harap-harap boleh membantu sesape yang sedang mencari info pasal susu ibu. 

Rujuk pada gambar di atas
  • Pada suhu bilik, susu akan tahan selama 4 jam. 
  • Deep Frezer, susu akan tahan sehingga 6 bulan.
  • Untuk bahagian refrigerator ( bukan tempat beku) susu akan tahan 3-5 hari bergantung pada suhu.
  • Untuk bahagian freezer, susu boleh tahan sehingga 3 bulan. 

Sebenarnya bukan senang untuk maintain menyusukan anak selama dua tahun sebab banyak faktor yang akan menduga kita. Dan faktor yang paling membunuh motivasi seseorang ibu untuk menyusu sepenuhnya adalah orang-orang yang terdekat dengan kita. Sangat bertuah seorang isteri jika si suami dan keluarga tersayang memberi semangat dan motivasi kepada isteri utk menyusukan anak sepenuhnya. Susu ibu banyak memberi kebaikan pada bayi berbanding susu formula.

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...