Monday, June 27, 2011

Peristiwa Israk Dan Mikraj



  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.
   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.
   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.    Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.   Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

bluesss moodd

aduyai...bosannya arini...terasa sesangt monday blues....
rasa malas nak bekerja ! rasa nak jadi suri rumah....erksss
rasa nak keje sendrik lagik bagus....
bosannya...huhuhu tahap gaban !!!!

Saturday, June 25, 2011

KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK AKHIR -24 JUN 2011

At last, malam ni aku telah berjaya tengok MAHARAJA LAWAK AKHIR di serting...
Tahniah pada SEPAH yang menjadi JOHAN MAHARAJA LAWAK...

JOHAN : SEPAH
NAIB JOHAN : JOZAN
KETIGA : NABIL
KE-4: JAMBU


Friday, June 24, 2011

KEBERKATAN DALAM HIDUP

Apakah erti keberkatan dalam hidup?
Adakah harta yang banyak ?
atau hidup dalam keadaan tenang, gembira walaupun harta tiada.

Dari http://www.darussyifa.org

Antara tanda-tanda keberkatan dalam hidup ialah seperti berikut;


a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t
b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
 
 
Disini ada satu kisah yang ingin saya kongsikan dari laman web http://www.darussyifa.org  semoga jadi panduan & iktibar untuk kita semua. 

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Thursday, June 23, 2011

KARTUN UTUSAN MENGHINA ISLAM

NAUZUBILLAH
Kartun yang diterbitkan oleh UTUSAN yang menghina Islam
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. AMIN



(klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Tuesday, June 21, 2011

Dia Takdirku


" Nur tak setuju ! "bentak Nur sepenuh hati sambil mengesat airmata yang menitis laju dipipinya.
" Mak tak perlukan persetujuan Nur. Nur kena ikut apa saja keputusan keluarga " tegas ibunya dengan nada marah.
"Tapi mak ..."
"Tak ada tapi-tapi. Kau jangan nak jadi anak derhaka Nur. Keputusan mak muktamad. Mak dah terima pinangan keluarga Hakim. Lagi tiga bulan kau dengan Hakim akan dinikahkan" jerkah ibunya.

Nur hanya mampu tunduk dan menangis, mengalah pada takdir yang telah ditentukan untuknya. Mungkin sudah jodohnya dengan Hakim Hakimi, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Dan lelaki itu jugalah yang pernah menghancurkan hatinya dulu. Ketika hatinya sarat dengan perasaan cinta, sayang dan kasih pada Hakim Hakimi, lelaki itu telah meninggalkannya tanpa sebarang berita. Dia ibarat digantung tidak bertali. Dua tahun Hakim Hakimi menyepi tanpa berita dan seluruh pelusuk dunia Nur Nurin Najwa mencari dan menjejakinya tetapi tidak juga ditemui. Akhirnya cinta yang utuh terbina terkubur jua dan Nur Nurin Najwa pasrah dan lantas menerima cinta Amri yang sentiasa mengejarnya.

******************************************************************************
"Maafkan Nur, Am "
"Sudahlah Nur, tak ada apa yang nak dibincangkan lagi Nur " keluh Amri kesal. Impiannya untuk bersatu dengan Nur tidak kesampaian. 
"Nur tak bermaksud nak lukakan hati Am. Nur terpaksa akur dengan pilihan mak, Am. Maafkan Nur"
"Nur sanggup ke nak kahwin dengan lelaki yang pernah melukakan hati Nur? Mana janji-janji Nur dengan Am" 
"Am, Nur memang sayangkan Am. Tapi, Nur tak ada kekuatan".
"Sudahlah Nur, dari awal lagi Am tahu Nur memang tak pernah cintakan Am. Kalau Nur betul-betul cintakan Am, Nur ikut Am. Kita kahwin lari".
"Tapi Am, Nur tak sanggup nak lukakan hati mak Nur ", 
"Arghh sudah la Nur. Keputusan di tangan Nur " Amri terus berlalu meninggalkan Nur yang terpinga-pinga. Hatinya cukup membara bagai dirobek-robek. Cinta Nur ditagih sejak di Universiti lagi walaupun ketika itu Nur sedang dilamun cinta dengan Hakim. Macam-macam cara Amri lakukan untuk menagih cinta Nur tapi Nur tidak pernah mempedulikannya. Nur hanya memandang Hakim Hakimi sahabat baiknya. Dia hanya dijadikan sandaran untuk Nur dan Hakim menghangatkan cinta mereka. Dan dialah yang paling gembira apabila mengetahui Hakim Hakimi telah meninggalkan Nur tanpa sebarang khabar berita. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, Amri menaguk di air yang keruh. Dan sejak itu, Amri kembali menagih cinta Nur. Hatinya sangat berbunga riang apabila Nur membalas cintanya. Tapi baru tiga bulan menyemai benih cinta, Hakim Hakimi kembali meregut kebahagiannya dengan Nur.
"Am tunggu dulu ! Jangan tinggalkan Nur ", jerit Nur sambil mengejar Amri yang sudah mengatur langkah meninggalkannya.
"Nur, malam esok kita lari. Kita kahwin kat Thailand. Am ambik Nur kat tempat biasa pukul 12.00 malam " ujar Amri sambil merenung tajam ke dalam anak mata Nur.

****************************************************************************

Mata Nur Nurin Najwa berpisar-pisar memikirkan cadangan Amri. 
"Serius sungguh Amri nampaknya" bisik Nur dalam hati. Perlukah dia mengikut cadangan Amri, kahwin lari di Thailand. Sanggupkah dia memalukan keluarganya terutama ibunya. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ibunya bila mengetahui dia melarikan diri berkahwin di Thailand. Tapi sanggupkah dia menjadi isteri Hakim Hakimi ? Sudah dua tahun dia tak pernah berhubung dengan lelaki itu.
Teringat pula Nur kisah-kisah rumahtangga yang hancur berkecai apabila kahwin tanpa restu keluarga. Huhu, mengerikan. Nauzubillah.

Pada siapa Nur perlu meluahkan segalanya. Pada siapa Nur perlu meminta pendapat. 
"Astagfirullah'azim, sepatutnya aku meminta petunjuk dari Allah. Berdoa pada Allah.  Bukan mengharap pada manusia. Astaqfirullah'azim. Ampunkan aku Ya Allah kerana melupakanMu " rintih Nur.

Sejadah dibentangkan. Solat hajat dan Isthikharah ditunaikan. Nur mendongak dan mengadah tangan memanjatkan doa dengan penuh kusyuk. Pada Allah dipanjat segala-galanya, semoga Allah memberinya pertunjuk. Airmata Nur mengalir laju mengiringi doa dan rintihannya. 

**********************************************************************************

Nur melangkah laju menuju ke destinasi yang ditetapkan. Hatinya tekad dengan keputusan yang diambil. Dia yakin dengan petunjuk Ilahi. Pekat malam sedikit menyukarkan pergerakkanya. Kedinginan malam menusuk sehingga ke kalbu Nur. Nur memegang erat beg tangan yang dipegang. Bimbang-bimbang jika ada peragut yang sedang mencari mangsanya. Dari kejauhan Nur nampak susuk tubuh tegak yang sedang berdiri bersandar di sebatang pokok. Susuk tubuh itu tersenyum gembira melihat Nur melangkah ke arahnya.

"Am ingat Nur tak datang malam ni " ujar Am sambil tersenyum gembira.

Nur tersenyum mendengar sapaan Am.
" Cepat Nur, kita dah tak ada masa ni. Kawan Am tunggu di hujung jalan tu " ujar Am sambil tersenyum bangga melihat Nur yang akan jadi miliknya tak lama lagi.
"Am, maafkan Nur. Nur dah buat keputusan. Nur pilih Hakim Hakimi" ujar Nur resah sambil memandang ke tanah. Tidak berani untuk Nur bertentang mata dengan Amri yang bengis. Pastinya keputusan Nur akan mencalar keegoaan Am. 
"Nur! Apa yang Nur cakap ni? Nur sedar tak ? Nur nak kahwin dengan lelaki yang tak guna tu ! "sergah Amri sambil mengepal tangannya menahan marah dengan keputusan Nur.
"Maafkan Nur, Am. Nur tak sanggup nak melukakan hati mak Nur. " rintih Nur memohon simpati dari Am.

"Arghh, sudah la Nur. Nur memang tak pernah cintakan Am " rintih Am dengan kecewa.

"Am, Nur tak daya. Nur ..." belum sempat Nur menghabiskan kata-katanya, Amri mencelah.

"Nur kena ikut Am. Nur tak ada pilihan! " jerkah Amri sambil menarik tangan Nur dengan kasar dan mengheret ke sebuah kereta. 
"Am, please! Jangan buat Nur macam ni. Kita tak ada jodoh. Bukan ini caranya untuk selesaikan masalah " rayu Nur sambil memujuk Am dari bertindak ganas.
Amri mengheret Nur hingga ke kereta dengan kasar. Dia sudah tidak mengendahkan rintihan dan rayuan Nur. Hatinya sudah tekad. Nur mesti jadi miliknya seorang. 

"Ya Allah tolong aku", rintih Nur. Nur tidak menyangka Amri akan berubah seganas ini. Wajah Amri penuh dengan kemarahan. 

Tiba-tiba seorang lelaki datang menumbuk Amri dari belakang. Amri jatuh terjelepok di tanah. Amri kembali untuk bangun tapi tumbukan yang kuat dari belakang menyebabkan Amri terkulai tidak terdaya untuk bangun.

" Abang Adam " jerit Nur. 
" Amri, kau jangan cuba nak bawa Nur lari. Dia adik aku " sergah Adam kepada Amri. 
Adam segera membawa Nur pergi dari situ. Hatinya cukup kesal dengan tindakan Amri. Nasib baik lah ketika dia terserempak dengan teman serumah adiknya Mimi, Mimi memberitahu Nur keluar dari rumah jam 11.30 malam. Hatinya sudah tak sedap dan segera mencari di tempat yang diberitahu Mimi. Nasib baik dia sampai tepat pada masanya. Kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi. 

"Abang hantar Nur balik kampung malam jugak " ujar Adam kepada adiknya dengan nada serius.
"Tapi bang, esok Nur ada.... " Nur tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila dilihat abangnya berwajah serius. 

**********************************************************************************

"Nur dah siap ke? Pengantin lelaki dah nak sampai". ujar Mak Teh sambik menjenguk ke bilik pengantin.
"Dah siap dah ni. Jangan risau la " ujar Kak Tom, mak andam Nur.
"Senyum la sikit Nur, pengantin mana boleh masam-masam. Nanti pengantin lelaki lari " usik Mimi teman serumahnya.
Nur tersenyum pahit. Hatinya resah memikirkan kehidupannya selepas ini. Masih adakah cintanya untuk Hakim Hakimi dan masih adakah cinta Hakim Hakimi untuknya. Dalam hati Nur tekad, dia menerima perkahwinan ini ikhlas kerana Allah SWT dan untuk menggembirakan hati ibunya. Biarlah ibunya tersenyum gembira dengan perkahwinan ini, biarlah dia berkorban. 
"Nur sayangkan mak ", rintih Nur dalam hatinya. 

" Pengantin lelaki dah sampai ni. Cepat bawa Nur keluar " ujar Mak Teh dari luar. 
"Jom Nur" ujar Mimi sambil memimpin Nur.
Nur melangkah dengan perlahan sambil tunduk memandang lantai walau hatinya memanggil-manggil untuk melihat bakal suaminya, Hakim Hakimi. Semua mata-mata yang ada di situ memandangnya dengan penuh senyuman dan memuji-muji kecantikannya. Dan di hujung ruangtamu dia melihat sepasang mata bundar sedang memerhatikannya dengan senyuman manis. Mak ! 

************************************************************************************

"Aku terima nikahnya Nur Nurin Najwa Binti Hasan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai ".
Hanya dengan sekali lafaz Nur Nurin Najwa telah sah menjadi milik Hakim Hakimi Bin Abdullah. Airmata Nur menitis laju memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan rahmat dari Allah dan dapat memenuhi kehendak ibunya.  Hati Nur berdebar-debar apabila Hakim melangkah ke arahnya. 
Hakim mengucup dahi Nur dengan penuh kasih sayang. 
" Maafkan abang, sayang " bisik Hakim di telinga Nur.
Nur lantas terkejut dengan bisikan Hakim dan mencium tangan Hakim. Airmata kesyukuran gugur jua. 
"Terima kasih Nur sebab memenuhi permintaan mak. Mak yakin Nur akan bahagia dengan Hakim " ujar mak sambil memeluk Nur. Nur menangis dalam pelukan ibunya. 

*******************************************************************
Nur berpura-pura tidak perasan kehadiran Hakim di dalam bilik pengantin yang serba indah itu. 
" Nur, abang minta maaf sebab meninggalkan Nur " ujar Hakim sambil menarik Nur duduk di birai katil.
"Abang, Nur tiada kekuatan melawan takdir. Mungkin sudah jodoh kita. Nur dah maafkan abang dan  Nur sedia menerima abang sebagai suami Nur kerana Allah" ujar Nur tunduk memandang lantai.
Hakim lantas memeluk Nur ke dalam pelukannya. Hatinya bersyukur kerana di anugerah isteri Nur Nurin Najwa.

"Nur, percayalah Allah tak akan sia-siakan doa hambaNya. Abang tak pernah tinggalkan Nur. Abang cuma merantau mencari ilmu agama dan abang taknak kita berdua terjebak ke dalam lembah maksiat. Abang tak pernah putus-putus berdoa pada Allah, jika Nur jodoh abang, satukanlah abang dan Nur. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa abang " ujar Hakim sambil mencium dahi Nur dengan penuh kasih sayang.

"Tapi kenapa abang tinggalkan Nur dulu. Nur cukup terluka bang ", rintih Nur sayu.


"Maafkan abang sayang. Abang terlalu percayakan Am. Abang ingat dia jujur jadi sahabat abang. Am bagitau abang Nur sukakan orang lain. Malah Am tunjuk surat-surat Nur pada lelaki lain pada abang. Abang taknak jadi orang ketiga sebab tu abang bawa diri".


"Kenapa abang tak pernah tanya Nur sendiri?"


"Maafkan abang sayang. Sudahlah tu sekarang kita dah bersatu. Tak ada apa yang dapat pisahkan kita melain kuasa Allah. Dan abang tau Nur masih cinta dan sayangkan abang kan ?"

"Tapi abang, Nur dan Amri .. " 
"Psst...cukup. Abang taknak dengar apa-apa. Abang dah tahu semua." ujar Hakim sambil menutup bibir Nur dengan jari telunjukknya. 
"Walaupun abang tak pernah berhubung dengan Nur selama 2 tahun, tapi abang sentiasa tahu perkembangan Nur dari abang Adam dan mak ", jelas Hakim
"Dari abang Adam dan mak. Patut la mak dan abang Adam bersungguh-sungguh suruh Nur kahwin dengan abang". 
"Sayang, abang harap sayang bersabar ek. Tadi abang Adam beritahu Amri ditangkap polis sebab disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah dua hari lepas" ujar Hakim sambil menarik Nur ke dadanya.
"Ya Allah betul ke abang? Nur tak sangka Am buat macam tu. Sebab Nur ke?" ujar Nur sambil menitiskan airmata. 

"Sudahla tu sayang. Bukan salah sayang. Am yang pilih jalan tu " pujuk Hakim sambil mengusap manja rambut Nur.

********************************************************************************
Nur memejam mata rapat sambil memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Terasa nikmat Allah meresap ke dalam tubuhnya. Selama 28 tahun dia hidup seperti inilah kali pertama dia merasakan kedamaian nikmat Allah. Bertahajjud di hening malam yang sunyi berimamkan seorang suami soleh. Alhamdulillah tidak sia-sia segala penat lelahnya memohon petunjuk Allah melalui solat istikharah. 


Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda....

Ù…َا Ø®َابَ Ù…َÙ†ِ اسْتَØ®َارَÙ‡ُ Ùˆَلاَ تَدِÙ…َ Ù…َÙ†ِ اسْتَØ´َارَ Ùˆَلاَ عَالَ Ù…َÙ†ِ اقْتَصَدَ Ù€ الطبراني

Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana. 


DAUN KETUMBAR vs DAUN SUP

wAlaupun dah setaun bergelar tukang masak profesional utk perut En Suami, tapi sampai sekrang aku masih belum dapat bezakan antara daun ketumbar ngn daun sup....wahaaaa....teruknya seh..!!!
selama ini aku ingat daun sup = daun ketumbar. Rupanya tak sama beb....
n walaupun dah banyak gambar yg aku tengok n teliti beza daun ketumbar n daun sup tp serius realitinya aku masih xdapat bezakan huhuhuh......

to my beloved frenz...please bg tips camne nak bezakan :)

BERBUAT BAIK

Sebagai manusia, kita tak perlukan sebab untuk berbuat baik. Dan kita tak perlukan sebab untuk berbudi pada manusia. Dan kita kita juga tak perlu mengharapkan orang yang kita tolong akan membalas budi baik kita. Cukup sekadar Allah tahu niat kita. Jadi setiap apa yang kita buat ikhlaskan kerana Allah SWT supaya kita tak akan mengungkit segala kebaikan yang pernah kita buat pada orang. So, after this tak perlu lah timbul, "dulu time dia susah, aku yang tolong dia. Tapi skrang dia wat taktau je kat aku " Sebab kadang-kadang, kebaikan yang buat bukan di balas oleh orang tersebut tapi mungkin orang lain. Atau mungkin kita sedar atau tak, mungkin Allah telah permudahkan urusan kita atau melipat gandakan rezki kita. 

Dalam ayat seribu dinar, firman Allah SWT

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



Dalam ayat seribu dinar Allah berfirman bahawa jika kita bertaqwa kepada Allah, Allah akan mengadakan jalan keluar untuk kita. Pernah tak kita ditimpa masalah yang bertubi-tubi dan tiba-tiba ada orang datang tolong kita. Contoh paling mudah, satu hari ketika kita tengah drive tiba-tiba ada pakcik nak melintas jalan, so kita pun bagi pakcik tu melintas jalan. Dan pada satu hari diwaktu yg lain kita terperangkap dalam kesesakkan jalan raya dan tiba-tiba ada sebuah kereta bagi laluan utk kita. Pernah x ? Semua tu adalah pertolongan dari Allah yang kita tak sangka-sangka. 

Cuba kita fikir-fikirkan, kadang-kadang time kita sedang berjalan-jalan di rnr atau dimana-mana, tiba-tiba datang seorang pemintak sedekah atau klo di rnr akan ada kanak-kanak dari rumah anak yatim yg jual ubat la, kalendar la...dan dek kerana kesian kita akan bagi la seringgit atau dua ringgit. Di suatu hari yg lain, tiba-tiba ada satu bulan tu kita ni sangat sesak, al maklumlah gaji belum masuk. Tiba-tiba jugak kita terjumpa Rm 10 dalam poket baju ke or seluar ke. Pernah x? Tu la tanda rezki yang tak disangka dari Allah.... AMIN
 

Friday, June 17, 2011

TIPS MEMBINA KEYAKINAN DIRI


Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.

Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.

Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!

Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!

Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.

Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Diri!!

GOOGLE boleh tolong translate kat WEBPAGE

tahukah anda kegunaan translator GOOGLE.COM ?
selain dari menyerjemahkan perkataan, GOOGLE.COM boleh menterjermahkan laman web dengan mudah untuk apa-apa sahaja jenis bahasa dengan menggunakan peralatan perterjemah Google or Google Translator toolkit. 

So, if kte nak translate web dari bahasa melayu ke bahasa inggeris sangat mudah atau nak translate web china ke bahasa melayu....or anything...




Steps :


1. kat google.com, search Google Translator Toolkit
2. then the below page will appear...


3. then, click kat upload section. and the below page will appear.


4. You can choose any of the following



Local file : if you want to translate file from your document. 
Web Page : if you want to translate any webpage from internet


5. Example :


a. Choose Webpage...




b. at the 'Enter the URL of a file on the web ' , u just type the url address that u want to translate


c. at the ' What do you want to call it?', normally it will automatically named it when u click at that column


dfinally select the language you want to translate 
(from the origin language to the language of your choice)


That's all.


Example: the webpage that google translate from Malay to English




Example: the local file that google translate from Malay to English


Doa Yg Nabi saw Ajar Kpd Fatimah ra


Ya Haiyyu Ya Qayyum
Dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan
Baikilah seluruh urusanku
dan Janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada aku walaupun sekelip mata.
Amin

Doa Yg Nabi saw Ajar Kpd Fatimah ra



Ya Haiyyu Ya Qayyum
Dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan
Baikilah seluruh urusanku
dan Janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada aku walaupun sekelip mata.
Amin

Tuesday, June 14, 2011

21 days to a new habit or break habit


assalamua'laikum wbt

alhamdulillah hari ini kita masih bernafas di bumi Allah di bawah rahmat dan berkatnya. And hope today is better than yesterday for everyone. And alkisahnya apabila terbaca blog seorang sahabat lama kak ina mengenai 21 days to a new habit, Steven Atchision maka rupa-rupanya if we're trying to develop a new habit dalam diari kamus hidup kita sesangat la boleh. Tapi kena konsisten selama 21 hari. Lets say if we want to develop "semangat suka membaca" or in other words trying to build spirit reading dalam diri sendri, we just trying to do it for 21 days. Maybe before we are going to bed, kita spend masa at least 15 minit tuk baca anything. InsyaAllah klo berterusan until 21 days, habit ni akan kekal dalam diri. 

Macam tu jugak if we're trying to break our bad habit atau tabiat buruk or dalam erti kata bahasa kasarnya perangai burok kita ni. Tapi papepun mesti konsisten. 

So, habit apa yg kite boleh start 21 days? (tepuk dada tanya diri sendri)
***a few list for myself that I am in the middle of doing;
1. Bangun awal before 6.00 am
2. Baca anything at least 15 minutes b4 going 2 bed

Wednesday, June 08, 2011

" GIVEAWAY PERTAMA MIEMIEZS "






ni adalah contest yang dianjurkan oleh mimiezs ;)
so anyone yng interested nak join leh klik link kat bawah ni....simple jer !!!
join jangan x join

tag tuk

Tuesday, June 07, 2011

Kasih Suci Part 1


Pintu kayu yang sudah usang ditolak perlahan.Kriukkk….bunyi daun pintu apabila ditolak. Iman terhenti sejenak. Hatinya belum bersedia untuk meneruskan langkah kakinya masuk ke rumah usang itu.  Tapi dia sudah tidak ada hala tuju lagi kecuali rumah usang yang hanya tinggal masa sahaja untuk rebah ke bumi. Kalaulah dulu dia tidak mengikut kata hati, mungkin rumah usang ini sudah bertukar menjadi rumah batu. Sambil mengendong anak kecilnya, Iman menguatkan semangat melangkah perlahan melangkah ke dalam rumah tersebut. Nasib baik anaknya tidak banyak kerenah hari ni.

Kedengaran suara batukan kecil seorang lelaki tua jelas sekali dipendengarannya.
“Ayah !” jerit hati Iman. Tapi perkataan itu seolah-olah tersekat dikerongkong. Mulutnya sudah tidak layak untuk menyebut nama itu. Sudah tidak mampu lagi untuk disebut. Mungkin dosanya pada kedua-dua orang tuanya setinggi gunung Everest. Masihkah ada ruang untuknya dan anaknya di dalam rumah usang tersebut. Masihkah ada sekelumit kasih untuknya didalam hati  kedua-dua orang tuanya.

Tiba-tiba Iman terkejut apabila satu tangan menepuk bahunya dari belakang.
“ Ye nak, cari sapa “?
Langkah Iman terhenti, sapaan tersebut tidak disambut. Tubuhnya kaku, seluruh tubuhnya sejuk seakan-akan berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Iman langsung tidak menoleh ke arah wanita tua yang menyapanya. Sudah lama telinganya kehausan untuk mendengar suara tadi. Sudah lama juga dia rindu untuk memandang wajah tua itu dan memeluk erat tubuh tua itu.
Airmatanya merembes keluar.

“Anak cari siapa? Boleh makcik tolong “, tanya wanita tua itu berulang kali.  Dengan penuh debaran Iman menoleh dan lantas meluru memeluk ibunya.
“ Mak! Ampunkan Iman “, tangis Iman
“Ampunkan Iman, Mak. Iman berdosa pada mak dan ayah.” Segera Iman meletakkan anaknya dan memeluk kaki ibunya.
Mak Senah hanya diam tertunduk. Masih tergamam. Tiada lagi airmata di wajahnya. Dia hanya kaku melihat Iman bersama seorang anak kecil yang suci bersih tanpa sebarang dosa itu.
“argh, cucu aku”, rintih mak Senah dalam hati.

Anak kecil itu turut menangis seolah-olah mengerti apa yang berlaku. Menangis bersama-sama dengan Iman.
Iman terus meratap memohon ampun dari ibunya. Dari memeluk kaki sehingga lah mencium kaki ibunya. Biarlah, dia tak kesah. Yang diharapkan Cuma keampunan dari ibunya.
“Nah, ada apa bising-bising kat luar ni ? Apa yang berlaku? Sergah ayahnya yang baru muncul dari dalam.  
“Ayah, ampunkan Iman. Iman berdosa. Ampunkan Iman” rayu Iman sambil berlari memeluk kaki ayahnya.
Airmata ayahnya gugur jua membasahi pipi yang sudah berkedut dimamah usia.
“Iman anakku” lantas diraih Iman dan dipeluk sekuat hati. Biarlah egonya dibuang jauh-jauh. Airmatanya semakin laju merembes keluar. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh suatu ketika dahulu dipeluk erat. Seolah-olah melepaskan rindu yang sudah lama terbuku dihati. Rindunya pada Iman masih segar seperti embun pagi. Rindunya pada Iman hanya Allah sahaja yang tahu. Hatinya mengucap syukur ke hadrat Ilahi.
“Ni anak kamu ke”?
“Ye ayah, anak saya, Nur Ain balqis”.
“ Sayang, ni atuk. Sayang atuk “.

Pak Seman lantas memeluk dan mencium cucunya. Argh, teringat pada Iman masa kecil-kecil dulu. Seorang anak yang cukup disayangi dan sangat comel.
“ Dah la tu maknya, jangan la termenung jauh. Iman dah balikkan. Dulu awak jugak yang selalu rindukan dia sampai demam-demam” tegur Pak Seman pada isterinya.
Mak Senah langsung tidak mengendahkan teguran suaminya. Dia melangkah ke dalam rumah tanpa menghiraukan Nurul Iman dan cucunya yang sedang menangis. Rajuk Mak Senah masih ada, masih berdarah. Hatinya masih terluka walaupun jauh di sudut hatinya meronta-ronta untuk memeluk dan mencium anaknya sepenuh hati. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup membuang dia hanya kerana seorang lelaki yang baru dikenalinya. Hatinya cukup terguris apabila Iman sanggup membelakanginya bernikah dengan Amran di luar negara. Hati ibu mana yang tidak terguris. Iman lah satu-satu anaknya. Iman lah racun dan Iman jugalah penawarnya.
“Iman, bawak anak kamu ke dalam. Lagipun dah hampir senja ni”.
“ Baik, ayah. Jom sayang, ikut Ummi masuk rumah atuk ye” ujar Iman sambil sambil mengendong Nur Ain Balqis.
Langkah Nurul Iman terhenti melihat suasana rumahnya yang masih tidak berubah. Semuanya serupa seperti sebelum dia meninggalkan rumah dulu. Sebuah frame gambar masih utuh tergantung. Gambar ketika menyambut hari lahirnya yang ke 15 tahun. Dan sepanjang hayatnya, itulah kali pertama mak dan ayahnya meyambut hari lahirnya. Mungkin kerana kesesakan hidup, kehidupan mereka hanya ibarat kais pagi makan pagi. Malah hari lahir itu disambut kerana desakan Iman yang ingin mengikut jejak rakan-rakanya yang lain.
Kerusi malas  ayah masih sama, berada di sudut rumah. Di situlah mereka sekeluarga berkumpul, bergurau senda. Dan disitu jugalah dia menelaah pelajaran dengan ditemani oleh ibunya. Kadang-kadang ibunya sanggup bersengkang mata menemani Iman menyiapkan kerja sekolah sehingga ke pagi. Kadang-kadang Iman pelik, tidak letih kah ibunya. Awal-awal pagi ibunya akan bangun awal untuk membuat nasi lemak dan menjual dari rumah ke rumah. Kemudian ibunya akan membanting tulang membantu ayah di kebun. Kadang-kadang sampai petang baru balik dari kebun. Malam pula ibu akan tidur lewat menemaninya menyiapkan kerja sekolah.

“ Mak, Iman janji nanti bila Iman dah besar , bila Iman dah Berjaya Iman akan jadi Pensyarah. Lepas tu Iman akan buat rumah besar untuk mak dan ayah. Masa tu mak dan ayah tak payah kerja dah. Cuma rehat je di rumah”
Mak Senah hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya. Tangannya tidak henti-henti  mengusap-usap kepala Iman dengan penuh kasih saying.
“Iman, mak tak perlukan semua tu, Cuma mak nak Iman belajar bersungguh-sungguh dah jadi orang berguna nak. Cukup la sekadar Iman tak lupakan mak dan ayah”
“ Ala mana boleh Iman lupakan mak dan ayah. Iman dah tak der sesiapa dah selain mak dan ayah. Iman sayang sangat  mak dan ayah”. Ujar Iman lantas memeluk ibunya.
Lamunan Nurul Iman terhenti apabila mendengar tangisan anaknya.

“Iman, bawak anak kamu masuk bilik. Dah penat agaknya Balqis ni.”

Iman masih teragak-agak. Tidak tahu bilik mana yang harus dituju. Adakah biliknya masih bilik yang sama atau telah dijadikan bilik lain.
Pak Seman seakan-akan dapat membaca fikiran anaknya. Masakan tidak, dulu dialah tempat anaknya bercerita. Dialah tempat anaknya meluahkan segalanya. Cuma selepas apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu telah memisahkan mereka. Walaupun, hatinya sudah cukup terluka dan terhiris dengan tindakan Iman tetapi sayang dan kasihnya pada Iman masih utuh. Tak pernah luntur walau sedetik biarpun Iman telah membuangnya dari kamusnya. Setiap hari dia tak pernah lupa untuk memohon pertolongan Allah agar melembutkan hati Iman untuk pulang ke kampong. Sekurang-kurangnya biarlah dia dapat menatap wajah Iman sebelum dia menutup mata.

“ Bilik Iman masih sama. Ayah dan mak tak pernah ubah apa-apa sebab kami yakin Iman akan kembali kepada kami” ujar ayahnya sayu. Airmatanya sekali lagi tumpah. Namun jauh dalam sudut hati dia amat bersyukur Iman telah kembali ke sisinya.
“ terima kasih ayah”. Iman melangkah kea rah bilik bersama-sama anaknya.
“ argh, semuanya masih sama seperti dulu. Tak berubah langsung. Katilnya terletak elok ditempat asal. Begitu juga almari bajunya. Malah tilamnya telah siap bercadar dengan warna kesukaannya. Tiada sedikit habuk pun di dalam biliknya. Bersih dan cantik. Di tepi-tepi dinding biliknya masih terdapat nota-nota yang ditampal suatu ketika dulu. Malah gambar artis pujaannya masih elok terpampang di dinding. Seingatnya dulu ayahnya cukup marah bila dia menampal gambar artis tersebut didinding. Kata ayahnya nanti malaikat tak masuk bilik. Yang paling menyedihkan, calendar yang tergantung dalam biliknya adalah calendar 10 tahun lalu. Walaupun warnanya sudah kekuningan tetapi dia masih ingat, Calendar itulah yang dihadiahkan oleh cikgunya kerana dia menolong membersihkan bilik guru. Dan dikalendar tersebutlah Iman mencatit segala tarikh-tarikh penting.  Iman masih ingat, dia pernah memberitahu dengan ibunya bahawa dia sangat sayangkan calendar tu seperti dia sayangkan cikgu Nor. Cikgu Nor jugalah yang banyak membantu dia dan keluarganya.

“Iman, setiap hari mak kamu akan membersihkan bilik kamu ni. Seminggu sekali mak akan tukar cadar dan sarung bantal kamu. Walaupun ayah melarang, tetapi mak tetap buat juga. Mak terlalu rindukan  Iman. Dan apabila mak rindukan Iman, mak akan masuk bilik Iman dan peluk cium baju-baju Iman. Mak akan menangis sepuas-puasnya di bilik Iman. Mak cukup marah kalau ada sesiapa yang masuk ke bilik Iman tanpa kebenaran mak” ujar ayah sambil mengesat airmata.
Iman tersedu-sedu menangis.  Begitu besar pengorbanan ibunya. Dan begitu besar jugalah dosa dia pada ibunya. Sanggup membelakangi mak dan ayahnya semata-mata ingin berkahwin dengan Amran. Mungkin ini lah balasannya. Bahagia yang dikejar tetapi derita yang dikecapinya.
“Ya Allah ampunkan ku”, rintih Iman sendu.
“Andai dapat diundur masa, akanku korbankan segala-galanya demi Ibu dan ayah tersayang”.
Dalam sendu tangis, Iman menidurkan anaknya yang telah keletihan.
“ Ayah, mak masih marahkan Iman ke?
“ Mak bukan marahkan Iman, tapi mak masih sedih apa yang berlaku. Mungkin mak tak sangka Iman akan balik. Kejap lagi baiklah mak tu. Jangan risau” pujuk ayah.

…………………………. ................................................................................................................

Hati Mak Senah berdebar-debar apabila mendengar derap kaki melangkah menuju ke dapur. Bunyi lantai kayu berkeriuk apabila dipijak seolah-olah menambah getaran dijantungnya. Anak yang dirindui selama ini telah pulang ke pangkuannya, Nurul Iman. Dia tahu itu pasti derapan kaki Nurul Iman. 

Mak Senah berpura-pura tidak perasan akan kehadiran Iman. Dia menyibukkan diri membuat kerja-kerja dapur . Selepas memasak, mak Senah segera membasuh pinggan. Kemudian mak Senah mengelap dapur dan meja. Entah kali ke berapa dia mengelap dapur dan meja pun dia tak pasti. Yang pastinya dia cuba mengelak dari berdepan dengan Iman.  Masih marahkah dia dengan Iman ? Entahlah, dia sendiri pun tidak pasti. Cuma dia tidak sanggup bertentang mata dengan Iman. Pastinya airmatanya akan melimpah ruah seperti sewaktu Iman memilih untuk kahwin tanpa restunya dulu. Hasratnya untuk melihat Iman bersanding atas pelamin terkubur begitu sahaja. Tapi bukan sebab itu yang melukakan hatinya. Tapi sikap Iman yang membelakangkannya.

...........................................................................................................................……………..

Iman tahu ibunya cuba mengelak dari bertentang mata dengannya. Walaupun begitu, Iman dapat lihat jelas wajah ibunya yang sudah dimamah usia. Terdapat banyak kedutan diwajah ibunya tidak seperti sepuluh tahun yang lepas, masih tegang dan cantik. Tapi ibunya sudah tidak segelap dulu, mungkin ibu sudah tidak lagi berjemur dibawah panas terik mentari demi mencari sesuap nasi. Yang paling menyedihkan, wajah ibunya sangat cengkung dan badan ibu sangat kurus. Tapi wajah ibunya cukup jernih sehingga menenangkan hati sesiapa yang memandangnya. Kecantikan ibu masih jelas walau sudah dimamah usia
“argh, mungkin ibu terlalu merindui aku. Mungkin ibu terlalu sedih dengan perbuatan aku.”, keluh hati Nurul Iman
“Mak, ampunkan Iman mak. Iman sayangkan mak.Iman rindukan mak” tangis Iman sambil meluru memeluk ibunya.

Mak Senah hanya diam membisu membiarkan Iman memeluknya. Dia sudah tidak dapat mengelak dari bertentangan dengan Iman lagi. Tapi hatinya seolah-olah sudah kosong. Tiada lagi airmata untuk ditangiskan.
“Mak, iman sujud pada kaki mak. Ampunkan Iman”. Rintih Iman lantas melirih memeluk dan mencium kaki ibunya. Tanpa mempedulikan kehadiran bapanya, Iman sujud pada kaki ibunya memohon ampun dengan tangisan yang penuh syahdu.
“ Ampunkan Iman mak. Iman banyak berdosa dengan mak”.

Akhirnya hati mak senah lembut juga. Airmatanya merembes keluar. Tangisannya berlagu pilu. Kini, anak yang dinanti-nantikan selama sepuluh tahun telah pulang. Anak yang dirindui setengah mati telah pulang. Allah telah memakbulkan doanya. Allah telah mendengar rintihan hatinya. Allah masih menyanyanginya. Terima Kasih Allah. Segala puji hanya untukMu Ya Allah.

Lantas mak Senah duduk merangkul tubuh Iman dan dipeluk erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Dicium anaknya berkali-kali, bertubi-tubi. Pak Seman turut menangis sendu. Keluarganya telah kembali bersatu. Itulah doa yang tidak pernah putus setiap kali selepas menunai solat.  Iman kembali membawa cahaya dalam hidup dia dan isterinya. Hatinya berbunga riang apabila Mak Senah sudah kembali mengukir senyuman. Senyuman yang telah lama mati. Senyuman yang sangat dirindui sejak sepuluh tahun yang lalu. 

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...