Tuesday, June 21, 2011

Dia Takdirku


" Nur tak setuju ! "bentak Nur sepenuh hati sambil mengesat airmata yang menitis laju dipipinya.
" Mak tak perlukan persetujuan Nur. Nur kena ikut apa saja keputusan keluarga " tegas ibunya dengan nada marah.
"Tapi mak ..."
"Tak ada tapi-tapi. Kau jangan nak jadi anak derhaka Nur. Keputusan mak muktamad. Mak dah terima pinangan keluarga Hakim. Lagi tiga bulan kau dengan Hakim akan dinikahkan" jerkah ibunya.

Nur hanya mampu tunduk dan menangis, mengalah pada takdir yang telah ditentukan untuknya. Mungkin sudah jodohnya dengan Hakim Hakimi, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Dan lelaki itu jugalah yang pernah menghancurkan hatinya dulu. Ketika hatinya sarat dengan perasaan cinta, sayang dan kasih pada Hakim Hakimi, lelaki itu telah meninggalkannya tanpa sebarang berita. Dia ibarat digantung tidak bertali. Dua tahun Hakim Hakimi menyepi tanpa berita dan seluruh pelusuk dunia Nur Nurin Najwa mencari dan menjejakinya tetapi tidak juga ditemui. Akhirnya cinta yang utuh terbina terkubur jua dan Nur Nurin Najwa pasrah dan lantas menerima cinta Amri yang sentiasa mengejarnya.

******************************************************************************
"Maafkan Nur, Am "
"Sudahlah Nur, tak ada apa yang nak dibincangkan lagi Nur " keluh Amri kesal. Impiannya untuk bersatu dengan Nur tidak kesampaian. 
"Nur tak bermaksud nak lukakan hati Am. Nur terpaksa akur dengan pilihan mak, Am. Maafkan Nur"
"Nur sanggup ke nak kahwin dengan lelaki yang pernah melukakan hati Nur? Mana janji-janji Nur dengan Am" 
"Am, Nur memang sayangkan Am. Tapi, Nur tak ada kekuatan".
"Sudahlah Nur, dari awal lagi Am tahu Nur memang tak pernah cintakan Am. Kalau Nur betul-betul cintakan Am, Nur ikut Am. Kita kahwin lari".
"Tapi Am, Nur tak sanggup nak lukakan hati mak Nur ", 
"Arghh sudah la Nur. Keputusan di tangan Nur " Amri terus berlalu meninggalkan Nur yang terpinga-pinga. Hatinya cukup membara bagai dirobek-robek. Cinta Nur ditagih sejak di Universiti lagi walaupun ketika itu Nur sedang dilamun cinta dengan Hakim. Macam-macam cara Amri lakukan untuk menagih cinta Nur tapi Nur tidak pernah mempedulikannya. Nur hanya memandang Hakim Hakimi sahabat baiknya. Dia hanya dijadikan sandaran untuk Nur dan Hakim menghangatkan cinta mereka. Dan dialah yang paling gembira apabila mengetahui Hakim Hakimi telah meninggalkan Nur tanpa sebarang khabar berita. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, Amri menaguk di air yang keruh. Dan sejak itu, Amri kembali menagih cinta Nur. Hatinya sangat berbunga riang apabila Nur membalas cintanya. Tapi baru tiga bulan menyemai benih cinta, Hakim Hakimi kembali meregut kebahagiannya dengan Nur.
"Am tunggu dulu ! Jangan tinggalkan Nur ", jerit Nur sambil mengejar Amri yang sudah mengatur langkah meninggalkannya.
"Nur, malam esok kita lari. Kita kahwin kat Thailand. Am ambik Nur kat tempat biasa pukul 12.00 malam " ujar Amri sambil merenung tajam ke dalam anak mata Nur.

****************************************************************************

Mata Nur Nurin Najwa berpisar-pisar memikirkan cadangan Amri. 
"Serius sungguh Amri nampaknya" bisik Nur dalam hati. Perlukah dia mengikut cadangan Amri, kahwin lari di Thailand. Sanggupkah dia memalukan keluarganya terutama ibunya. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ibunya bila mengetahui dia melarikan diri berkahwin di Thailand. Tapi sanggupkah dia menjadi isteri Hakim Hakimi ? Sudah dua tahun dia tak pernah berhubung dengan lelaki itu.
Teringat pula Nur kisah-kisah rumahtangga yang hancur berkecai apabila kahwin tanpa restu keluarga. Huhu, mengerikan. Nauzubillah.

Pada siapa Nur perlu meluahkan segalanya. Pada siapa Nur perlu meminta pendapat. 
"Astagfirullah'azim, sepatutnya aku meminta petunjuk dari Allah. Berdoa pada Allah.  Bukan mengharap pada manusia. Astaqfirullah'azim. Ampunkan aku Ya Allah kerana melupakanMu " rintih Nur.

Sejadah dibentangkan. Solat hajat dan Isthikharah ditunaikan. Nur mendongak dan mengadah tangan memanjatkan doa dengan penuh kusyuk. Pada Allah dipanjat segala-galanya, semoga Allah memberinya pertunjuk. Airmata Nur mengalir laju mengiringi doa dan rintihannya. 

**********************************************************************************

Nur melangkah laju menuju ke destinasi yang ditetapkan. Hatinya tekad dengan keputusan yang diambil. Dia yakin dengan petunjuk Ilahi. Pekat malam sedikit menyukarkan pergerakkanya. Kedinginan malam menusuk sehingga ke kalbu Nur. Nur memegang erat beg tangan yang dipegang. Bimbang-bimbang jika ada peragut yang sedang mencari mangsanya. Dari kejauhan Nur nampak susuk tubuh tegak yang sedang berdiri bersandar di sebatang pokok. Susuk tubuh itu tersenyum gembira melihat Nur melangkah ke arahnya.

"Am ingat Nur tak datang malam ni " ujar Am sambil tersenyum gembira.

Nur tersenyum mendengar sapaan Am.
" Cepat Nur, kita dah tak ada masa ni. Kawan Am tunggu di hujung jalan tu " ujar Am sambil tersenyum bangga melihat Nur yang akan jadi miliknya tak lama lagi.
"Am, maafkan Nur. Nur dah buat keputusan. Nur pilih Hakim Hakimi" ujar Nur resah sambil memandang ke tanah. Tidak berani untuk Nur bertentang mata dengan Amri yang bengis. Pastinya keputusan Nur akan mencalar keegoaan Am. 
"Nur! Apa yang Nur cakap ni? Nur sedar tak ? Nur nak kahwin dengan lelaki yang tak guna tu ! "sergah Amri sambil mengepal tangannya menahan marah dengan keputusan Nur.
"Maafkan Nur, Am. Nur tak sanggup nak melukakan hati mak Nur. " rintih Nur memohon simpati dari Am.

"Arghh, sudah la Nur. Nur memang tak pernah cintakan Am " rintih Am dengan kecewa.

"Am, Nur tak daya. Nur ..." belum sempat Nur menghabiskan kata-katanya, Amri mencelah.

"Nur kena ikut Am. Nur tak ada pilihan! " jerkah Amri sambil menarik tangan Nur dengan kasar dan mengheret ke sebuah kereta. 
"Am, please! Jangan buat Nur macam ni. Kita tak ada jodoh. Bukan ini caranya untuk selesaikan masalah " rayu Nur sambil memujuk Am dari bertindak ganas.
Amri mengheret Nur hingga ke kereta dengan kasar. Dia sudah tidak mengendahkan rintihan dan rayuan Nur. Hatinya sudah tekad. Nur mesti jadi miliknya seorang. 

"Ya Allah tolong aku", rintih Nur. Nur tidak menyangka Amri akan berubah seganas ini. Wajah Amri penuh dengan kemarahan. 

Tiba-tiba seorang lelaki datang menumbuk Amri dari belakang. Amri jatuh terjelepok di tanah. Amri kembali untuk bangun tapi tumbukan yang kuat dari belakang menyebabkan Amri terkulai tidak terdaya untuk bangun.

" Abang Adam " jerit Nur. 
" Amri, kau jangan cuba nak bawa Nur lari. Dia adik aku " sergah Adam kepada Amri. 
Adam segera membawa Nur pergi dari situ. Hatinya cukup kesal dengan tindakan Amri. Nasib baik lah ketika dia terserempak dengan teman serumah adiknya Mimi, Mimi memberitahu Nur keluar dari rumah jam 11.30 malam. Hatinya sudah tak sedap dan segera mencari di tempat yang diberitahu Mimi. Nasib baik dia sampai tepat pada masanya. Kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi. 

"Abang hantar Nur balik kampung malam jugak " ujar Adam kepada adiknya dengan nada serius.
"Tapi bang, esok Nur ada.... " Nur tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila dilihat abangnya berwajah serius. 

**********************************************************************************

"Nur dah siap ke? Pengantin lelaki dah nak sampai". ujar Mak Teh sambik menjenguk ke bilik pengantin.
"Dah siap dah ni. Jangan risau la " ujar Kak Tom, mak andam Nur.
"Senyum la sikit Nur, pengantin mana boleh masam-masam. Nanti pengantin lelaki lari " usik Mimi teman serumahnya.
Nur tersenyum pahit. Hatinya resah memikirkan kehidupannya selepas ini. Masih adakah cintanya untuk Hakim Hakimi dan masih adakah cinta Hakim Hakimi untuknya. Dalam hati Nur tekad, dia menerima perkahwinan ini ikhlas kerana Allah SWT dan untuk menggembirakan hati ibunya. Biarlah ibunya tersenyum gembira dengan perkahwinan ini, biarlah dia berkorban. 
"Nur sayangkan mak ", rintih Nur dalam hatinya. 

" Pengantin lelaki dah sampai ni. Cepat bawa Nur keluar " ujar Mak Teh dari luar. 
"Jom Nur" ujar Mimi sambil memimpin Nur.
Nur melangkah dengan perlahan sambil tunduk memandang lantai walau hatinya memanggil-manggil untuk melihat bakal suaminya, Hakim Hakimi. Semua mata-mata yang ada di situ memandangnya dengan penuh senyuman dan memuji-muji kecantikannya. Dan di hujung ruangtamu dia melihat sepasang mata bundar sedang memerhatikannya dengan senyuman manis. Mak ! 

************************************************************************************

"Aku terima nikahnya Nur Nurin Najwa Binti Hasan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai ".
Hanya dengan sekali lafaz Nur Nurin Najwa telah sah menjadi milik Hakim Hakimi Bin Abdullah. Airmata Nur menitis laju memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan rahmat dari Allah dan dapat memenuhi kehendak ibunya.  Hati Nur berdebar-debar apabila Hakim melangkah ke arahnya. 
Hakim mengucup dahi Nur dengan penuh kasih sayang. 
" Maafkan abang, sayang " bisik Hakim di telinga Nur.
Nur lantas terkejut dengan bisikan Hakim dan mencium tangan Hakim. Airmata kesyukuran gugur jua. 
"Terima kasih Nur sebab memenuhi permintaan mak. Mak yakin Nur akan bahagia dengan Hakim " ujar mak sambil memeluk Nur. Nur menangis dalam pelukan ibunya. 

*******************************************************************
Nur berpura-pura tidak perasan kehadiran Hakim di dalam bilik pengantin yang serba indah itu. 
" Nur, abang minta maaf sebab meninggalkan Nur " ujar Hakim sambil menarik Nur duduk di birai katil.
"Abang, Nur tiada kekuatan melawan takdir. Mungkin sudah jodoh kita. Nur dah maafkan abang dan  Nur sedia menerima abang sebagai suami Nur kerana Allah" ujar Nur tunduk memandang lantai.
Hakim lantas memeluk Nur ke dalam pelukannya. Hatinya bersyukur kerana di anugerah isteri Nur Nurin Najwa.

"Nur, percayalah Allah tak akan sia-siakan doa hambaNya. Abang tak pernah tinggalkan Nur. Abang cuma merantau mencari ilmu agama dan abang taknak kita berdua terjebak ke dalam lembah maksiat. Abang tak pernah putus-putus berdoa pada Allah, jika Nur jodoh abang, satukanlah abang dan Nur. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa abang " ujar Hakim sambil mencium dahi Nur dengan penuh kasih sayang.

"Tapi kenapa abang tinggalkan Nur dulu. Nur cukup terluka bang ", rintih Nur sayu.


"Maafkan abang sayang. Abang terlalu percayakan Am. Abang ingat dia jujur jadi sahabat abang. Am bagitau abang Nur sukakan orang lain. Malah Am tunjuk surat-surat Nur pada lelaki lain pada abang. Abang taknak jadi orang ketiga sebab tu abang bawa diri".


"Kenapa abang tak pernah tanya Nur sendiri?"


"Maafkan abang sayang. Sudahlah tu sekarang kita dah bersatu. Tak ada apa yang dapat pisahkan kita melain kuasa Allah. Dan abang tau Nur masih cinta dan sayangkan abang kan ?"

"Tapi abang, Nur dan Amri .. " 
"Psst...cukup. Abang taknak dengar apa-apa. Abang dah tahu semua." ujar Hakim sambil menutup bibir Nur dengan jari telunjukknya. 
"Walaupun abang tak pernah berhubung dengan Nur selama 2 tahun, tapi abang sentiasa tahu perkembangan Nur dari abang Adam dan mak ", jelas Hakim
"Dari abang Adam dan mak. Patut la mak dan abang Adam bersungguh-sungguh suruh Nur kahwin dengan abang". 
"Sayang, abang harap sayang bersabar ek. Tadi abang Adam beritahu Amri ditangkap polis sebab disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah dua hari lepas" ujar Hakim sambil menarik Nur ke dadanya.
"Ya Allah betul ke abang? Nur tak sangka Am buat macam tu. Sebab Nur ke?" ujar Nur sambil menitiskan airmata. 

"Sudahla tu sayang. Bukan salah sayang. Am yang pilih jalan tu " pujuk Hakim sambil mengusap manja rambut Nur.

********************************************************************************
Nur memejam mata rapat sambil memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Terasa nikmat Allah meresap ke dalam tubuhnya. Selama 28 tahun dia hidup seperti inilah kali pertama dia merasakan kedamaian nikmat Allah. Bertahajjud di hening malam yang sunyi berimamkan seorang suami soleh. Alhamdulillah tidak sia-sia segala penat lelahnya memohon petunjuk Allah melalui solat istikharah. 


Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda....

مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَهُ وَلاَ تَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ ـ الطبراني

Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana. 


No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...