Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOL : BARAT ke KEPARAT

 APRIL FOOL !!!!
dushhh !!! klo ada sape-sape kawan-kawan @ anak-anak @ jiran-jiran anda yang menyambut APRIL FOOL 
JGN SEGAN SILU, SILA KETUK KEPALA DIA...

tu la... anak-anak muda skrang, tanpa usul periksa main sambut je APRIL FOOL !!
yang sudah terang-terang budaya KRISTIAN 
asal 1 APRIL je...semua akan sebut APRIL FOOL !!!


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

(H.R. Muslim)

 Apakah  April Fool


April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. 

 Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.



Sejarah awal Sepanyol

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis.. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.



SEJARAH KEJATUHAN ISLAM DI SEPANYOL

Pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya iaitu 

1. Mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol.
2.  Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an.
3.  Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. 

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim
diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). 

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

berat NAIK

Smlm masa belek-belek blog cik kenanga, terbaca post yang dia dah trun 0.5 KG...
wah !!! Tahniah !! walaupun cket tp bukan senang tuk trun berat badan..nak naik cepat la...
petik jari jer...!!!
dan balik rumah petang smlm...aku pun timbang berat badan
58KG
Pergghhhh terkezut badak aku !!! 

Last timbang bulan 12 last year....time tuh berat aku baru 53 KG...
hanya 3 bulan, berat dah naik 5 kilo....

pasni aku dh kena start diet...huhu... sblm berat mencecah 60KG...
tp BOLEH KE BUAT ???

huhuhu...
dulu time bujang...pejam mata je boleh wat..
sbb...
malas masak + malas kuar mkn sorang-sorang !
skrang...
klo diet pun...masak tetap kena wat...huhu
dan klo dah masak confirm aku akan makan skali
mana tahan, tengok roomate makan..huhuhu



KEPUTUSAN UNDIAN SUKAN OLIMPIK 2012 & PIALA DUNIA 2014

Berdasarkan keputusan Undian

Bagi peringkat kelayakan Olimpik :
 MALAYSIA akan bertemu LEBANON.  

Bagi peringkat Piala Dunia : 
MALAYSIA akan bertemu CHINESE TAIPEI 
  
Berdasarkan ranking FIFA mungkin MALAYSIA berpeluang tuk menang sbb klo ikut Ranking
MALAYSIA  138
LEBANON 167
TAIPEI 147


yeah !!!
ini adalah post pertama aku mengenai bola..kui kui kui
minat ke aku ngn BOLA nie ?
kui kui kui 
makan BOLA, tido BOLA, mandi BOLA...
bini pun BOLA ker ???  jawab jgn x jawab ?
mungkin dr 100 % cuma 0.5 % aku minat BOLA...kui kui kui
ok la dah meningkat dari 0% ke 0.5 %
seblum kawen 0 %
after kawen 0.5 %
(alamak main statistik lak)

camne leh naik lak ?
jawapannya : selepas MALAYSIA menang PIALA AFF arituh...
cube klo kalah..confirm tahap tak minat bertambah-tambah..
kui kui kui
biase la lumrah manusia 
dan dari situ aku kenal pemain-pemain BOLA sepak 
yang kini semakin glemer..
bertambah-tambah naik saham diorang
nsb baik aku dah kahwen..kui kui 
 idlan talaha n khairul fahmi a.k.a apek....
kui kui ... 
tu je pun yg den konal...
 yg len hampesss


tapi paperpun
antara tengok BOLA di stadium ngn rumah...
lg best tgk di rumah..kui kui
sbb dan asbabnya
bule tgk sambil baring kui kui..
& confirm akan nampak BOLA tuh masuk gol...siap ada replay..

cuba klo tgk kat stdium...
asal BOLA nak sampai kat gol je...confirm sume org akan berdiri... huhuhu tensionnya!!
tak nampak pun BOLA..
yang nampak..badan org dok berdiri...
jadi..confirm xkan nampak BOLA..huhu
REPLAY confirm la xdo...
(based on my experince..kui kui)
sbb aku penah g tgk kelate lwn dok n.sembilan...
huhuhu



Tuesday, March 29, 2011

Wahai orang sombong mana mahu simpan muka?


Peringatan ini buat diriku yang lupa,
Jika ia bermanfaat pada pembaca,
Bolehlah menghayatinya,
Supaya kita sama-sama tidak lupa.

Marah tidak bertempat itu tanda takabbur,
Memotong cakap orang pun tanda takabbur,
Terlebih kecil hati dengan layanan tidak baik orang juga tanda takabbur,
Tiada kekuatan memaafkan orang juga takabbur.
Riak dengan kebaikan yang dilakukan juga takabbur
Memuji diri sendri itu juga tanda takabbur
Bangga diri juga takabbur
 

Memperlekeh idea orang memang takkabur,
Sakit hati takfasal-fasal pun takabbur,
Cakap macam bagus juga takabbur,
Enggan melayan orang selayaknya juga petanda takabbur,
Sukar memohon maaf juga takabbur,
Susah mengaku salah termasuk takabbur.
Apalagi menegakkan benang yang basah, terang-terang takabbur.

Ya Allah aku tidak tahu apa itu takabbur.

Tidak dapat menerima kesalahan sendiri termasuk takabbur,
Memperkecilkan usaha orang juga tanda takabbur,
Enggan berdoa juga takabbur,
Malas beribadah adalah kemuncak takabbur.

Perlukah berbangga dengan baju yang cantik?
Atau dengan wajah yang sangat menawan?
Atau dengan harta yang banyak?
Atau kerana ilmu yang banyak.?
Atau kerana pangkat yang tinggi?
Atau bacaan Quran kita yang sedap?
Atau kerana kita tidak berbuat salah seperti orang lain?
Atau komitednya kita dengan suatu perbuatan baik?
atau kerana pujian dan sanjungan manusia?
Perlukah begitu takabbur kerana perasan ‘taat’ pada perintah Allah?

Tahukah wahai diri,
Merendah diri kerana mahukan sanjungan orang termasuk tanda takabbur.
Bercakap dengan nada memerli kesalahan orang juga bibit takabbur.

Setiap manusia itu memikul saluran najis yang sarat.. Layakkah untuk bersikap takabbur?
Berjasa sangatkah kamu dengan menjadi orang yang ‘baik’?
Besar sangatkah pengorbanan kamu menegak agama Allah hingga perlu takabbur?
Apakah makna cantik dan elok itu jika ia hanya akan menjadi bahan bakar api neraka?

Apa itu takabbur wahai Tuhanku? Hingga ia merosakkan semua amal solehku.. Itulah penyakit hati yang disebarkan iblis laknatullah jika hamba itu tidak ikhlas keranaNya.

Takabbur berasal dari perkataan kabir. Ertinya besar. Jadi takabbur bermaksud besar diri. Punca menjadi besar diri kerana merasa diri itu lebih baik dari orang lain kerana pelbagai ‘nikmat dan kelebihan’ yang dirasakan miliknya.

Ya.. tidak semua buah cantik diluar bermakna tidak ditebuk ulat. Begitu juga amal soleh.. Tidak semua amal soleh yang nampak ‘soleh’ itu sebenarnya cantik dan tidak ditebuk takabbur.

SELAMAT TINGGAL

Monday, March 28, 2011

resipi donut

petang tadi try lagi satu resipi baru....resipi donut....lembut n gebu...


BAHAN-BAHANNYA :-)
 1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Gula halus untuk salut donat

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Sunday, March 27, 2011

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak


SEDAP NYE KEK TUH...COKLAT LG TUH...
TAPI YAKIN KE KITA BAHAWA KEK YANG KITA MAKAN BEBAS DARI ARAK ATAU WAIN ....


TIPS NI SAYA DAPAT DARI http://cheffarid.blogspot.com


1. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. 


2. Susah utk terangkan rasa masamnya. Jadi cara utk tahu bagaimana rasa masamnya try buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), tapi cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. 
***Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian



Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa



Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan



1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit


Bahan-bahan kuah


2 biji bawang putih dicincang halus
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan ( tak letak pun ok)
1 biji tomato dipotong dadu (kecil2)
1 biji bawnag besar dipotong dadu kecil-kecil
1/2 batang carrot dipotong dadu
2 kerat nenas di potong dadu( saya xder nenas..so x letak)
3 biji cili api dipotong dadu
1 biji cili hidup merah dipotong dadu
Daun ketumbar


Langkah (iKAN)


1. Ikan digaul rata dengan garam dan kunyit
2. Goreng ikan di dalam minyak hingga agak-agak garing


Langkah (KUAH)


1. Tumis bawang putih dlm minyak yang sedikit
2. bila dah kuning-kekuningan, masukkan bawang besar, cili, nenas(if ada) dan carrot
3. kacau rata hingga sebati
4. Masukkan tomato dan segala sos yang ada dan kacau rata
5. Masukkan garam dan gula
6. Masukkan daun ketumbar dan boleh angkat.
7. Tuangkan kuah di atas ikan..


Marvellous !!!

Roti + telur hancur + Daging burger hancur





Hari ni saya nak share resipi breakfast pagi tadi. Simple and Easy! Resipi ni saya dapat dari rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9  last week dalam segmen resipi sarapan kot.



Gambar ni sekadar hiasan..sbb x sempat nak snap dah kena ngap!!!

Resipi telur hancur dan daging burger yang boleh di makan dengan roti.

Resipi Telur Hancur 

2 biji telur yang di kacau
1/3 biji Bawang besar di potong dadu kecil
sedikit daun sup yang dipotong kecil-kecil
1/2 biji cili hidup yang dipotong kecil
Garam
Lada sulah

cara : 

Kacau kesemua bahan-bahan di atas dengan telur sehingga sebati.
Goreng dalam minyak yang cket dan kacau sehingga telur hancur dan sebati dengan bahan-bahan yang dimasukkan tadi
Apabila masak boleh angkat 

Resipi Daging buerger

2 ketul daging burger yang dihancurkan
2 ulas bawang putih yang dihancurkan 
1/2 biji bawang sederhana besar dan dipotong dadu
1/2 batang carrot yang kecil dan dipotong dadu
1 biji cili merah hidup dan dipotong dadu
daun sup dipotong kecil
2 sudu sos cili ( Kalo suka, boleh masukkan lebih)
sedikit air

cara : 
tumis bawang putih dalam kuali dengan minyak yang sedikit
apabila dah kuning-kuning cket dan naik bau, masukkan daging burger yang telah hancur
kacau beberapa minit
bile agak-agak dah hampir masak, masukkan sos cili dan kacau
masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali daun sup
kacau sebati
kalo agak kering boleh masukkan sedikit air 
kemudia masukkan daun sup
kacau rata sehingga agak-agak kering dan boleh angkat
( resipi ni tidak perlu masukkan garam sebab daging burger dah mmg ada perasa)


*** Telur dan daging hancur dimakan dengan roti gardiener...sangat sedap !!!
tak sempat nak snap gambar...jadi gambar dari internet sekadar hiasan




surat seorang IBU


Friday, March 25, 2011

aku seorang guru

 
TEMA : GENERASI MASA HADAPAN

Pejam celik pejam celik sudah hampir 4 tahun lebih saya telah berjaya memegang status sebagai seorang guru. Walaupun suatu ketika dulu, kerjaya guru ini merupakan pilihan saya yang kedua, tetapi ternyata saya telah jatuh cinta sentuhan pertama sebaik sahaja saya melibatkan diri dalam bidang ini. Azam saya cuma satu, untuk membantu membentuk generasi muda yang gemilang, terbilang dan berbilang-bilang hebatnya. 

Tapi mendidik anak-anak muda sekarang tak sama seperti di zaman kita dulu. Anak-anak sekarang adalah anak-anak cyber. Semua di hujung jari. Apa yang mereka kehendaki, semua boleh dapat. Petik jari jer, everything at fingertips.

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, kalau cikgu bagi kerja sekolah, kami akan sedaya upaya akan buat sebab takut cikgu marah! Takut cikgu denda !
Tapi anak-anak cyber sekarang bila tak siapkan kerja sekolah, relaks sahaja, Tiada perasaan takut pada cikgu. Bila ditanya kenapa tak siapkan kerja rumah,  alasan mudah diberikan.
" Saya tak sempat buat la cikgu "
"Saya terlupa cikgu"




Bila cikgu denda, mereka akan marah. Riak muka yang agak kurang ajar. Tapi cikgu nak pukul pun tak berani sebab kalau salah pukul, cikgu pula yang keluar surat khabar muka hadapan. Dituduh mendera pelajar sendiri. Belum lagi kisah guru diserang oleh ibu bapa pelajar terbabit. Silap-silap haribulan cikgu kena simbah dengan asid! Kalau zaman kita dulu, pelajar-pelajar terlalu hormatkan guru. Bukan setakat pelajar-pelajar tetapi ibubapa pun memandang mulia kerjaya seorang guru ! Kalau ada anak-anak mereka mengadu dimarah oleh guru, nescaya anak-anak yang kena pukul oleh mak ayah. Betapa tingginya martabat seorang guru suatu masa dahulu.




Pernah suatu hari, terdapat beberapa orang pelajar saya datang lewat ke kelas. Bukan lewat 10 minit tapi setengah jam. Saya memang pantang kalau pelajar datang lewat, sebab saya sendiri akan masuk tepat pada masanya kecuali kalau saya adahal kecemasan.
Guru : " Kenapa awak datang lambat"
Pelajar :" Kami bangun lambat cikgu"
Guru : " Bangun lambat ? Pukul berapa?"
Pelajar : " 8.30 pagi "
Guru :" Awak sembahyang subuh ke tak?"
Pelajar:" Tidak"




Terdiam saya mendengar! Tanpa ada sedikit pun perasaan malu, mereka kata tak sembahyang subuh di depan saya dan semua pelajar-pelajar lain. Macammana mereka nak datang kelas saya awal padahal kewajipan dengan Allah pun mereka abaikan.
Saya tanya semua pelajar dalam kelas siapa yang tak sembahyang subuh pagi tadi?
Tahu tak apa jawapan mereka ?
Dari 22 orang pelajar saya, 21 orang angkat tangan, tak sembahyang subuh !
Cuma seorang sahaja yang sembahyang subuh!
Tengoklah generasi zaman sekarang. Solat dipandang ringan. Inilah generasi muda zaman sekarang. Dan untuk pengetahuan semua 21 orang dari 22 orang pelajar saya adalah semua LELAKI. Lelaki yang bakal menjadi pemimpin. Mungkin pemimpin negara atau kalau bukan pemimpin negara, pasti mereka akan jadi pemimpin keluarga.




Itu baru pelajar lelaki, belum lagi pelajar wanita. Kalau di mana-mana institusi, pelajar perempuan jarang mendatangkan masalah disiplin. Acapkali pelajar perempuan akan datang ke kelas awal. Malah setiap tugasan atau assignment yang diberikan pasti disiapkan tepat pada masanya dan hasilnya sangat tip-top. Tetapi bukan bermaksud mereka tidak pernah buat hal ! Mereka diam-diam berisi.




 Pernah suatu masa dulu, Institusi kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen Janakuasa Elektrik di Paka, Terengganu. Sehari sebelum lawatan, kami telah mengadakan perjumpaan bersama-sama pelajar untuk memberikan taklimat ringkas mengenai lawatan tersebut. Ketika sesi taklimat berlangsung, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.
" Puan, saya ada soalan nak tanya?"
" Ye, apa soalan awak?" tanya sahabat saya
"Esok saya taknak pakai tudung! Boleh tak?" tanya pelajar tersebut.
Sahabat saya yang agak terkejut dengan pertanyaan pelajar tersebut terus menjawab
" Awak ingat awak Siti Nurhaliza ke, tak nak pakai tudung! Awak ingat kat Kolej saja ke yang ada Tuhan ! Semua wajib pakai tudung", tegas sahabat saya.
Saya lihat muka pelajar tersebut seperti tidak puas hati.  Kami guru-guru semua geleng kepala. Budak-budak akhir zaman ni pakai tudung disebabkan peraturan kolej. Kolej mewajibkan semua pelajar Muslim memakai  tudung. Tiada yang berkecuali ! Kalau tak wajib, saya jamin majoriti tak pakai tudung.




Teringat satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama dengan semua pembaca mengenai pelajar kami. Kisah ni berlaku pada bulan ramadhan tahun lepas bersamaan Hari Jumaat. Cumanya saya tak ingat berapa haribulan. Tapi yang pastinya bulan Ramadhan dan hari Jumaat. Kami mendapat aduan dari seorang pelajar lelaki yang mengatakan ada seorang pelajar perempuan masuk ke dalam rumah mereka dan tidur di bilik salah seorang rakan mereka. Bukan baru masuk beberapa jam, tapi sudah semalaman! Jadi, beberapa orang guru lelaki telah pergi menerjah ke rumah tersebut! Apa yang mereka nampak ? Pasangan lelaki dan perempuan a.k.a belangkas tersebut berada dalam satu selimut di waktu tengahari ! Yang paling menyedihkan mereka melakukan maksiat pada bulan Ramadhan ! Bulan suci. Bulan yang dinantikan oleh orang-orang beriman. Bulan mulia, bulan yang Allah turunkan rahmat dan semua syaitan diikat. Bukan itu sahaja, mereka melakukan maksiat pada hari jumaat. Hari Jumat, penghulu segala hari. Hari Nabi Adam dijadikan.! Kami hubungi mak ayah keluarga pelajar perempuan dan lelaki tersebut. Tapi apa yang menyedihkan kami, ibu pelajar perempuan tersebut seperti endah tidak endah. Dan dia meminta kami untuk melepaskan anaknya dan memohon agar kami tidak membawa kes ini ke peringkat yang lebih atas iaitu JAINS. Dengan selamba dia kata anak dia selalu ditangkap kerana terlibat dalam kes-kes seperti itu. Kami cuma terdiam. Kalau macam ni generasi muda sekarang, apa akan jadi pada pemimpin kita pada masa akan datang.  Mungkin ini lah yang dikatakan sebagai umat akhir zaman. Macammana kita hendak membentuk generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang kalau sekiranya ibubapa pun tidak memberi kerjasama yang sepatutnya. Dan sebagai guru kami sangat kecewa dengan tindakan ibupada pelajar terbabit dan yang paling menyedihkan, beliau menyalahkan kami. Katanya  kami yang tanggungjawab. Kami sepatutnya menjaga anak dia. Senangnya ibubapa zaman milenium melepaskan tanggungjawab pada seorang guru. Bukan mudah untuk kami, guru-guru yang hanya beberapa kerat untuk mengawal beratus-ratus pelajar.




Sebagai guru
 kami tidak minta dipuja
kami juga tidak minta untuk dipuji
kami juga tidak minta disanjung-sanjung
yang kami minta hanyalah
supaya anak-anak didik kami berjaya dunia & akhirat
supaya anak-anak didik kami menjadi manusia berguna
supaya anak-anak didik kami ingat pada Allah
supaya anak-anak didik kami menjadi insan yang cemerlang


kejayaan pelajar kami bermakna kejayaan kami !




Contest Nukilan Seorang Teman ini telah mendapat tajaan daripada Maratussolehah Muslim HouseMyChocs4uNisaChocAwan PagiAzwa Saini, dan Busana Impian Muslimah

GIVEAWAY NisaChoc & ZulFoto

selamat malam semua blogger
semoga sehat belaka dan bertambah-tambah sehat hendaknya 
dan juga semakin montel-montel hendaknya..kui kui kui

dalam kebosanan melayan tenet terjumpa satu laman web
Wah!!! ada peraduan menarik !!!
TAK PERLU TULIS PAPER ENTRY
HANYA PERLU WAT BEBERAPA STEP YANG SANGAT MUDAH !!!
PETIK JARI JER
bak kata mat salleh.... AT MY FINGER TIPS JER
PEJAM MATA CONFIRM TAK BOLEH BUAT...Kui kui kui


dan blogger-blogger yang bertuah yang di tagkan menda ni ialah


semoga coklat tuh menjadi milikku AMIN

cara Wardina melatih anak solat

Assalamua'laikum wbt semua ....dan selamat hari jumaat yang pastinya semua orang gembira pada hari jumaat ni sbb .... ESOK CUTI !!!! YEA !!!!... dan hari jumaat adalah penghulu segala hari kan... dan hari jumaat jugak adalah hari Nabi Adam dijadikan dan Hari jumaat juga Nabi Adam dikeluarkan dari syurga.... 
Dan jangan lupe !!! Hari Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat...Jadilah banyak-banyakkan lah ibadah di hari jumaat ni sbb doa akan dimakbulkan diantara dua khutbah. Jadi banyak-banyaklah berdoa dan yang paling penting JANGAN TINGGAL SOLAT JUMAAT.  

bile sebut pasal solat ni, semua orang tahu bahawasanya, solat itu tiang agama. Dan wajib utk kite semua umat islam. Kita yang dah beesar panjang ni mmg tau lah solat tu wajib cuma atas diri kita nak buat ke x buat. huuhuh... harap-harap semua yang baca blog ni akan segeralah menunaikan solat bile dah masuk waktu ek...

Dan sebenarnya sy nak share cara bagaimana Wardina mendidik anak-anaknya solat. Mungkin yang baik dan elok boleh kita praktikkan tuk anak-anak kita. 

Semoga semua mendapat manfaat..













bERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...