Skip to main content

APRIL FOOL : BARAT ke KEPARAT

 APRIL FOOL !!!!
dushhh !!! klo ada sape-sape kawan-kawan @ anak-anak @ jiran-jiran anda yang menyambut APRIL FOOL 
JGN SEGAN SILU, SILA KETUK KEPALA DIA...

tu la... anak-anak muda skrang, tanpa usul periksa main sambut je APRIL FOOL !!
yang sudah terang-terang budaya KRISTIAN 
asal 1 APRIL je...semua akan sebut APRIL FOOL !!!


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

(H.R. Muslim)

 Apakah  April Fool


April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. 

 Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.



Sejarah awal Sepanyol

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis.. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.



SEJARAH KEJATUHAN ISLAM DI SEPANYOL

Pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya iaitu 

1. Mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol.
2.  Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an.
3.  Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. 

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim
diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). 

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…