Skip to main content

Roti + telur hancur + Daging burger hancur





Hari ni saya nak share resipi breakfast pagi tadi. Simple and Easy! Resipi ni saya dapat dari rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9  last week dalam segmen resipi sarapan kot.



Gambar ni sekadar hiasan..sbb x sempat nak snap dah kena ngap!!!

Resipi telur hancur dan daging burger yang boleh di makan dengan roti.

Resipi Telur Hancur 

2 biji telur yang di kacau
1/3 biji Bawang besar di potong dadu kecil
sedikit daun sup yang dipotong kecil-kecil
1/2 biji cili hidup yang dipotong kecil
Garam
Lada sulah

cara : 

Kacau kesemua bahan-bahan di atas dengan telur sehingga sebati.
Goreng dalam minyak yang cket dan kacau sehingga telur hancur dan sebati dengan bahan-bahan yang dimasukkan tadi
Apabila masak boleh angkat 

Resipi Daging buerger

2 ketul daging burger yang dihancurkan
2 ulas bawang putih yang dihancurkan 
1/2 biji bawang sederhana besar dan dipotong dadu
1/2 batang carrot yang kecil dan dipotong dadu
1 biji cili merah hidup dan dipotong dadu
daun sup dipotong kecil
2 sudu sos cili ( Kalo suka, boleh masukkan lebih)
sedikit air

cara : 
tumis bawang putih dalam kuali dengan minyak yang sedikit
apabila dah kuning-kuning cket dan naik bau, masukkan daging burger yang telah hancur
kacau beberapa minit
bile agak-agak dah hampir masak, masukkan sos cili dan kacau
masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali daun sup
kacau sebati
kalo agak kering boleh masukkan sedikit air 
kemudia masukkan daun sup
kacau rata sehingga agak-agak kering dan boleh angkat
( resipi ni tidak perlu masukkan garam sebab daging burger dah mmg ada perasa)


*** Telur dan daging hancur dimakan dengan roti gardiener...sangat sedap !!!
tak sempat nak snap gambar...jadi gambar dari internet sekadar hiasan




Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…