Thursday, November 27, 2014

Pesanan Dari Seorang Ustaz





1. Orang yang tak solat akan mempunyai banyak masalah, tidak tenang, cepat marah dan susah nak terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI.


GiveAway By Jihad mujahidah

Assalamua'laikum wbt

untuk kali pertamanya blog Jihad Mujahidah ingin menganjurkan satu GiveAway untuk pembaca blog Jihad Mujahidah. Tempoh giveaway ni seminggu jer (27/11/14 sehingga 4/12/2014)

GiveAway ni mudah je.

Syarat-syarat:

1. Follow Blog Jihad Mujahidah
2. Senaraikan blog Jihad Mujadhidah (http://akusukatulisblog.blogspot.com) ke dalam bloglist anda.
3. jangan lupa tinggalkan link di ruangan komen entry ni. 


Special Gift untuk Pemenang: 
1. 3 Blog menarik akan dipilih untuk direview.
2. 4 Blog akan tersenarai dalam bloglist selama 1 bulan


Jom Join reramai....sambil luaskan kenalan & tingkatkan traffik ke blog... Stay Tuned

Tuesday, November 25, 2014

Bila Harga Barang Makin Naik

Assalamua'laikum wbt


Syukur alhamdulillah pagi-pagi lagi ramai orang beratur kat mesin ATM. Gaji dah masuk. Tapi ada yang gaji cuma singgah je. Taktau bape lama akan bertahan dalam akaun. Mungkin lepas ditransfer tolak sana, tolak sini, baki tinggal Rm30. Huhu Rendah sungguh nilai duit. Itu la yang berlaku setiap bulan. Kerja dari pagi sampai petang tapi hujung bulan duit tak cukup jugak. Masuk gaji pun kejap je. Habis semua bayar hutang-hutang. Kalau fikir memang nak buat part time. Tambah gaji. Harga barang makin naik. Bila Minyak naik, semua barang lain naik! Dulu tomyam semangkuk RM 5. Sekrang tomyam semangkuk RM7.00. Dulu makan malam kat kedai nasi putih 2 pinggan, ayam goreng kunyit 1, tomyam 1, telur dadar dan milo ais 2 ..baru around RM 15. Sekrang Rm20.00. Sedihnya! Macamana la makcik-makcik kat kampung. Dulu2 boleh duduk rumah jaga anak2. Hanya si suami sahaja bekerja. Tapi sekrang semua makcik-makcik terpaksa menyingsing lengan keluar bekerja. Ada yang jadi cleaner! Ada yang jual kuih tepi jalan. Dan yang muda sikit jadi pengasuh kanak-kanak. (tapi tolongla ye asuh anak kami dengan baik2..amanah tu)... Ada sorang makcik cleaner kat tempat aku kerja ni dah tua dah. Baju memang lusuh je. Kadang-kadang aku tengok dia duduk. Bila aku tegur dia..dia kata "acik sakit lutut..rehat jap"... Ya Allah kesiannya aku tengok. Dah la tua, sakit lutut plak. Pastu kena kerja, sapu sampah, cuci toilet, cuci longkang dan macam-macam lagi. Sedih-sedih! Ya Allah murahkan rezki mereka.

Kalau fikir nak cari duit memang takkan puas. Last-last aku rasa baiklah kita kejar akhirat jer. Tu lagi baik. Walau duit sikit, walau rumah kecik tapi hati tenang. Tengok anak membesar depan mata. Kalau fikir pasal duit sampai minggu depan pun tak habis. SUsah hati. Asyik fikir mana nak cari duit. So, sesape yang jadi bos..up sikit lah gaji pekerja. Anggapkan ia sedekah or amal jariah. Allah akan balas budi baik kita. Amin... 

Berlumbalah kita bersedekah. Carilah kekayaan diakhirat! 

Firman Allah di dalam al-Quran al-karim:

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Surah al-Munafiqun: 10)

Monday, November 24, 2014

Bila Ajal Menjemput

Assalamua'laikum wbt


Alhamdulillah, Allah masih bagi berkesempatan menulis blog. Menaip sepatah dua kata sebagai ingatan untuk diri sendiri dan juga perkongsian untuk semua sahabat-shabat. Pagi tadi di ofis, bermulanya monday blues. Hari pertama start kerja after dua hari cuti hujung minggu. Emm pagi-pagi dah kesian kt anak-anak kena hantar rumah pengasuh. Paling kesian dekat anak sulong. Menangis-nangis tak pergi. Kalau ikut naluri keibuaan memang rasa jaga je anak kt rumah. Tapi ekonomi tak mengizinkn. Allahuakbar! Risau pun ye jugak takut pengasuh ganaz ngn anak-anak. Hanya doa kpd Allah, agar Allah dapat jaga  & lindungi anak-anak. Insya Allah. Allah sebaik-baik sandaran!

Diofis, selepas punch kad, hari kerja dimulakan dengan acara bacaan Yassin. Alhamdulillah. Rasa tenang dan damai. Semoga rahmat Allah melimpah ruah. Kemudian, sang pengerusi majlis mengumumkan kematian ibu mertua sahabat aku. Terkezut sebab tak dengar khabar berita. Tut -tut meninggal.

Betul la...kematian takkan lewat walau sesaat dan takkan tercepat walau sesaat. Cumanya bersediakah kita? Aku rasa aku belum cukup amalan! Kalau ditimbang-timbang dengan dosa, lebih banyak dosa dari amalan. cUma mengharap rahmat Allah mengampunkan dsa-dosa kita. Amin

Kalau dah jasad terbujur kaku, tiada apa lagi yang boleh kita buat. Dah tak boleh solat! Tak boleh Ngaji! Tak boleh Berzikir! Hanya mengharap doa anak-anak soleh. Itupun kalau ada anak yang soleh ? Kalau tak der anak soleh, banyak-banyaklah berwakaf. Banyakkanlah berwakaf. Sebab itu lah sumber pahala kita di akhirat nanti. Mana tau apa yang kta sedekah semasa didunia dapat menampung ktia di akhirat. Wakaf la Al-Qur'an, Sejadah, bina masjid/surau dan macam-macam lagi. 

Bila difikir fikirkan untung jugak jadi cikgu @ pensyarah ni. Boleh sampaikan ilmu yang bermanafaat pada anak-anak murid. Lagi untung kalau jadi ustaz or ustazah. Selagi mana kita mengajar agama kepada seseorang dan selagi mana orang guna apa yg kta ajar..selagi tu la pahala mengalir. Untung sesangatkan jadi cikgu. 

Bila masih muda ni perbanyakkanlah solat, zikir & sedekah. Kumpullah duit untuk pergi haji. Sbb kita pun taktau bila kita akan mati. Tapi kalau umur panjang pun, mungkin time tu nak berdiri solat pun dah tak mampu. Apatah lagi nak puasa. 

Oleh itu, jom banyakkan puasa sunat, solat-solat sunat & baca al-qur'an. Yang wajib jgn lupa. Moga-moga Allah bagi rahmat pada kita untuk ke syurgaNya.


Friday, November 21, 2014

Orang Yang Beruntung Dunia & Akhirat

Assalamua'laikum wbt


Sedutan dari Program Muhasabah Diri (TV Al-Hijrah)

* Orang-orang yang beruntung di dunia & akhirat ialah:

   1. Sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang kita jumpa sama ada kenal atau tidak          iaitu mendoakan kesejahteraan mereka. 
   2. Memberi makan @ sedekah kepada mereka yang memerlukan.
   3. Bangun ditengah malam saat semua orang sedang tidur


*Tanda Allah kasihkan hambaNya ialah Allah akan sibukkan hambaNya (iaitu kita) dengan urusan akhirat *

Thursday, November 20, 2014

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Padang Masyar

Assalamua'laikum wbt




Semoga kita termasuk di dalam golongan yang mendapat naungan Allah di padang Mahsyar kelak. Amin.

Tuesday, November 18, 2014

Mencari Hidayah


Hidayah adalah milik Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang dipilihNya untuk diberi hidayah. Bersyukurlah sekiranya kita adalah salah seorang manusia yang terpilih untuk mendapat hidayah dari Allah.

Sekiranya hidayah belum sampai, ia bukanlah sebab dan asbad untuk kita terus hidup bergelumang dengan dosa. Dari saat mata dibuka sehinggalah mata kembali terpejam, setiap saat, setiap detik hidup penuh dosa. 

Sangatlah wajib bagi kita untuk mencari hidayah Allah. Kerana mati itu pasti. Kerana mati itu datang tanpa diduga. Paksalah diri untuk berubah. Jangan bagi alasan "tunggu sehingga hati benar-benar ikhlas baru hendak berubah" atau "belum sampai seru!" . Paksa diri untuk berubah!

Banyak caranya & usaha yang boleh kita lakukan dalam mencari hidayah Allah.Antaranya :

1. Mendekatkan diri dengan rumah Allah. Selalulah & paksalah diri mengunjungi masjid-masjid Allah. Tunaikanlah solat berjemaah. Jangan tunggu esok..dan esok. Dibimbangi esok malaikat maut  sedang siap menunggu kita.

2. Banyakkan berdoa. Merayulah dan mintalah hidayah dengan Allah. Sedangkan dengan manusia kita sanggup merayu, meminta tanpa rasa malu. Maka mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar Allah beri hidayah, petunjuk & taufik untuk kita berubah. Menangislah semahunya dengan Allah. Moga-moga Allah memberi hidayah & petunjukNya kepada kita.

3. Banyakkan berzikir. Masa lapang memang kita lebih suka @ prefer bukak facebook, check instagram, whatsup dan macam-macam lagi. Lawan diri &nafsu. Peruntukkan lebih kurang 15 minit untuk berzikir setiap hari. Buat catatan dan checklisst.
    
     Istigfar 100 x
    laa haula wa laa quwwata illa billah  100x 
    subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar 100 x
    selawat 100 x
    Lailahaillallah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) 

    Surah Al-Ikhlas 100 x


In Sya Allah, saya yakin dengan usaha kita. In sya Allah setiap doa kita akan dimakbulkan. 


La haula wala quwwata illa billah


Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang mengucapkan la hau la wala qu wata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)

10 Surah mencegah 10 Perkara

Saturday, November 15, 2014

Amal Yang Paling Utama


Ada 3 amal yang paling utama diamalkan iaitu :
1. Solat diawal waktu
2. Berbakti kepada kedua ibubapa
3. Berjihad di jalan Allah

Friday, November 14, 2014

LUASKAN REZEKI DENGAN SEDEKAH

Assalamua'laikum wbt & Salam Jumaat yang pernuh berkah



Sempena hari jumaat yang penuh berakah ni... jom kita kembangkan lagi sedekah kepada semua orang yang memerlukan. Sedekah tidak semestinya kena tunggu kaya. Sedekah tidak semestinya tunggu waktu lapang baru nak bagi. Sedekahlah even sepuluh sen. Allah tidak pandang pada nilai tapi Allah pandang pada nilai keikhlasan hambanya. Mudah-mudahan sedekah kita yang sedikit dapat membantu memudahkan urusan kita di akhirat. 

Kat bawah ni adalah senarai tempat yang boleh kita wakafkan sedikit duit. Tak kesah berapa pun nak sedekah...RM 1 pun ok. Yang penting Allah berkati. Selagi masa masih ada, sedekah la banyak-banyak kerana akan tiba suatu masa nanti tiada lagi sedekah atau zakat yang wajib dikeluarkan. Seperti firman Alla SWT:

Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.”(Surah al-Baqarah, ayat 254)

(senarai ini adalah dari fb : mudahnya menjemput rezeki) 

1. Asrama anak-anak yatim darul Taqwa


2. Madrasah Darul Muntaz


3. Wakaf pembinaan Surau Nurul Iman Bukit Saujana


4. Madrasah Muhammadiah


Thursday, November 13, 2014

TIPS AJAIB MENCARI REZEKI KETIKA SESAK


aSSALAMMUALAIKUM WBT

alhamdulillah masih berkesempatan meng-update blog untuk share sedikit ilmu untuk dikongsikan dengan semua umat islam.  Adakalanya dalam hidup kita, kita akan mengalami kesempitan duit. Sempit sangat-sangat. Poket kering! Pokai! Sampai minum kat kedai pun order air kosong. 50 sen pun berkira. Time tu kalau ada sesiapa yang tetiba belanja makan or minum..rasa nak peluk je orang tuh. Jumpa duit rm5 pun, memang bersyukur sesangat. Itulah nikmat yang tak terhingga. Nikmat Allah yang tidak dapat didustakan. 

Lately ni di fb "Mudahnya menjemput rezeki", telah share amalan untuk menjemput rezeki ketika kecemasan. Ingat, bukan mencari rezeki tapi menjemput rezeki. Jom reramai kita baca dan moga Allah jadikan ia sebagai amalan kita.  


( Amalan untuk kes - kes kecemasan tentang rezeki )


****************************

1) Bangun malam pada masa kebanyakan orang sedang nyenyak tidur. (sepertiga malam)

2) Lakukanlah solat-solat sunat seperti solat taubat & solat tahajjud.

3) Selepas  itu, bacalah surah al-Ikhlas 200 kali

- 20 kali yang pertama dimulakan dengan 'Audzubillahiminasyaitannirrajim + Bimillahirrahmanirrahim . Kemudian sambunglah dengan surah al-Ikhlas ( Quhuallahuahad...)

- 180 kali yang berikutnya mulakan terus dengan Bismillahirrahmanirrahim sahaja + surah al-ikhlas

4) Setelah selesai. Berdoalah banyak-banyak...

5) Insya-Allah , akan dibukakan 300 pintu rezeki....


Selamat beramal.... Jika ada yang telah mengamalkannya, kongsi lah dengan kami. Amin

Sedekah Subuh

Assalamua'laikum wbt

Hai semua...dah agak lama tak update blog. Memang agak sibuk
Kita bekerja kerana Allah. Bukan sebab bekerja kerana nak kaya. Kaya atau miskin semua Allah yang tentukan. Tapi nampaknya hari ni matlamat kita orang islam dah jauh tersasar. Kalau tanya masing-masing bekerja sebab nak cari duit. Walhal rezeki Allah yang beri. Sikit atau banyak..hanya Allah yang tentukan...

Sedikit perkongsian untuk semua.... Copy & paste dari Fb: Mudahnya menjemput rezeki...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps


sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerah
[8:00am, 11/9/2014] alifah mahir : kan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
Jom amalkan....

Monday, November 10, 2014

belajar untuk redha....

Assalamualaikum wbt....

Perkongsian dari tanyalah ustaz...
apabila kehilangan sesuatu yg amat kita sayang... kita perlu redha... redha kerna Allah. Dan berdoa agar Allah menggantikan dengan sesuatu yg lebih baik....


Sekiranya kita tidak bahagia...masalah ditempat kerja,sentiasa bergaduh dgn istri/suami, cuba check hubungan dgn mak ayah. Kadang kita berkira dgn mak ayah. Nk bg rm50 pun berkira. Nak jenguk mak kt kampung pun payah. Oleh itu ambillah masa mohon ampun dan maaf dgn mak ayah. Mungkin secara xsengaja kita terkasar bahasa dgn mak ayah. Sparekn duit at least rm50 tuk bg kat mak ayah. In sya Allah hidup akan berkat,rumah tangga bahagia dan murah rezki.....


Thursday, November 06, 2014

Bila Hati Tidak Ikhlas...

Assalamua'laikum wbt

Allah menjadikan kita semata mata untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, setiap nafas kita, setiap denyut nadi adalah kerana Allah. Setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Ikhlaskan diri kerana Allah SWT. Jangan mengharapkan pujian & sanjungan dari manusia. Biarlah kita tidak dikenali oleh manusia, asalkan di akhirat nanti Allah & Rasulullah SAW mengenali kita. Lakukanlah segala pekerjaan ikhlas kerana Allah. 

Saturday, November 01, 2014

gambar bayi che ta dan zain yang sangat comel

Assalamualaikum wbt...
alhamdulillah bertambah lg hamba Allah. Moga anaj che ta dan zain jadi hamba Allah yg soleh...

Comei sungguh anak che ta. Hebat sungguh ciptaan Allah










wanita yang disegani

Assalamualaikum wbt.....




Khas untuk wanita... jadilah kita wanita yg dihormati,disegani dan hamba yg taat pd Nya....

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...