Tuesday, November 25, 2014

Bila Harga Barang Makin Naik

Assalamua'laikum wbt


Syukur alhamdulillah pagi-pagi lagi ramai orang beratur kat mesin ATM. Gaji dah masuk. Tapi ada yang gaji cuma singgah je. Taktau bape lama akan bertahan dalam akaun. Mungkin lepas ditransfer tolak sana, tolak sini, baki tinggal Rm30. Huhu Rendah sungguh nilai duit. Itu la yang berlaku setiap bulan. Kerja dari pagi sampai petang tapi hujung bulan duit tak cukup jugak. Masuk gaji pun kejap je. Habis semua bayar hutang-hutang. Kalau fikir memang nak buat part time. Tambah gaji. Harga barang makin naik. Bila Minyak naik, semua barang lain naik! Dulu tomyam semangkuk RM 5. Sekrang tomyam semangkuk RM7.00. Dulu makan malam kat kedai nasi putih 2 pinggan, ayam goreng kunyit 1, tomyam 1, telur dadar dan milo ais 2 ..baru around RM 15. Sekrang Rm20.00. Sedihnya! Macamana la makcik-makcik kat kampung. Dulu2 boleh duduk rumah jaga anak2. Hanya si suami sahaja bekerja. Tapi sekrang semua makcik-makcik terpaksa menyingsing lengan keluar bekerja. Ada yang jadi cleaner! Ada yang jual kuih tepi jalan. Dan yang muda sikit jadi pengasuh kanak-kanak. (tapi tolongla ye asuh anak kami dengan baik2..amanah tu)... Ada sorang makcik cleaner kat tempat aku kerja ni dah tua dah. Baju memang lusuh je. Kadang-kadang aku tengok dia duduk. Bila aku tegur dia..dia kata "acik sakit lutut..rehat jap"... Ya Allah kesiannya aku tengok. Dah la tua, sakit lutut plak. Pastu kena kerja, sapu sampah, cuci toilet, cuci longkang dan macam-macam lagi. Sedih-sedih! Ya Allah murahkan rezki mereka.

Kalau fikir nak cari duit memang takkan puas. Last-last aku rasa baiklah kita kejar akhirat jer. Tu lagi baik. Walau duit sikit, walau rumah kecik tapi hati tenang. Tengok anak membesar depan mata. Kalau fikir pasal duit sampai minggu depan pun tak habis. SUsah hati. Asyik fikir mana nak cari duit. So, sesape yang jadi bos..up sikit lah gaji pekerja. Anggapkan ia sedekah or amal jariah. Allah akan balas budi baik kita. Amin... 

Berlumbalah kita bersedekah. Carilah kekayaan diakhirat! 

Firman Allah di dalam al-Quran al-karim:

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Surah al-Munafiqun: 10)

1 comment:

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...