Monday, November 24, 2014

Bila Ajal Menjemput

Assalamua'laikum wbt


Alhamdulillah, Allah masih bagi berkesempatan menulis blog. Menaip sepatah dua kata sebagai ingatan untuk diri sendiri dan juga perkongsian untuk semua sahabat-shabat. Pagi tadi di ofis, bermulanya monday blues. Hari pertama start kerja after dua hari cuti hujung minggu. Emm pagi-pagi dah kesian kt anak-anak kena hantar rumah pengasuh. Paling kesian dekat anak sulong. Menangis-nangis tak pergi. Kalau ikut naluri keibuaan memang rasa jaga je anak kt rumah. Tapi ekonomi tak mengizinkn. Allahuakbar! Risau pun ye jugak takut pengasuh ganaz ngn anak-anak. Hanya doa kpd Allah, agar Allah dapat jaga  & lindungi anak-anak. Insya Allah. Allah sebaik-baik sandaran!

Diofis, selepas punch kad, hari kerja dimulakan dengan acara bacaan Yassin. Alhamdulillah. Rasa tenang dan damai. Semoga rahmat Allah melimpah ruah. Kemudian, sang pengerusi majlis mengumumkan kematian ibu mertua sahabat aku. Terkezut sebab tak dengar khabar berita. Tut -tut meninggal.

Betul la...kematian takkan lewat walau sesaat dan takkan tercepat walau sesaat. Cumanya bersediakah kita? Aku rasa aku belum cukup amalan! Kalau ditimbang-timbang dengan dosa, lebih banyak dosa dari amalan. cUma mengharap rahmat Allah mengampunkan dsa-dosa kita. Amin

Kalau dah jasad terbujur kaku, tiada apa lagi yang boleh kita buat. Dah tak boleh solat! Tak boleh Ngaji! Tak boleh Berzikir! Hanya mengharap doa anak-anak soleh. Itupun kalau ada anak yang soleh ? Kalau tak der anak soleh, banyak-banyaklah berwakaf. Banyakkanlah berwakaf. Sebab itu lah sumber pahala kita di akhirat nanti. Mana tau apa yang kta sedekah semasa didunia dapat menampung ktia di akhirat. Wakaf la Al-Qur'an, Sejadah, bina masjid/surau dan macam-macam lagi. 

Bila difikir fikirkan untung jugak jadi cikgu @ pensyarah ni. Boleh sampaikan ilmu yang bermanafaat pada anak-anak murid. Lagi untung kalau jadi ustaz or ustazah. Selagi mana kita mengajar agama kepada seseorang dan selagi mana orang guna apa yg kta ajar..selagi tu la pahala mengalir. Untung sesangatkan jadi cikgu. 

Bila masih muda ni perbanyakkanlah solat, zikir & sedekah. Kumpullah duit untuk pergi haji. Sbb kita pun taktau bila kita akan mati. Tapi kalau umur panjang pun, mungkin time tu nak berdiri solat pun dah tak mampu. Apatah lagi nak puasa. 

Oleh itu, jom banyakkan puasa sunat, solat-solat sunat & baca al-qur'an. Yang wajib jgn lupa. Moga-moga Allah bagi rahmat pada kita untuk ke syurgaNya.


2 comments:

  1. insha Allah,,,terima kasih atas ingatan...

    ReplyDelete
  2. jadi blogger pun boleh dapat pahala... sampaikan apa sahaja yg bermanfaat kpd pmbaca lain,,, jika mereka buat amalan dan kebaikan tu.. insha Allah kita juga peroleh saham kebaikannya...

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...