Skip to main content

Mencari Hidayah


Hidayah adalah milik Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang dipilihNya untuk diberi hidayah. Bersyukurlah sekiranya kita adalah salah seorang manusia yang terpilih untuk mendapat hidayah dari Allah.

Sekiranya hidayah belum sampai, ia bukanlah sebab dan asbad untuk kita terus hidup bergelumang dengan dosa. Dari saat mata dibuka sehinggalah mata kembali terpejam, setiap saat, setiap detik hidup penuh dosa. 

Sangatlah wajib bagi kita untuk mencari hidayah Allah. Kerana mati itu pasti. Kerana mati itu datang tanpa diduga. Paksalah diri untuk berubah. Jangan bagi alasan "tunggu sehingga hati benar-benar ikhlas baru hendak berubah" atau "belum sampai seru!" . Paksa diri untuk berubah!

Banyak caranya & usaha yang boleh kita lakukan dalam mencari hidayah Allah.Antaranya :

1. Mendekatkan diri dengan rumah Allah. Selalulah & paksalah diri mengunjungi masjid-masjid Allah. Tunaikanlah solat berjemaah. Jangan tunggu esok..dan esok. Dibimbangi esok malaikat maut  sedang siap menunggu kita.

2. Banyakkan berdoa. Merayulah dan mintalah hidayah dengan Allah. Sedangkan dengan manusia kita sanggup merayu, meminta tanpa rasa malu. Maka mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar Allah beri hidayah, petunjuk & taufik untuk kita berubah. Menangislah semahunya dengan Allah. Moga-moga Allah memberi hidayah & petunjukNya kepada kita.

3. Banyakkan berzikir. Masa lapang memang kita lebih suka @ prefer bukak facebook, check instagram, whatsup dan macam-macam lagi. Lawan diri &nafsu. Peruntukkan lebih kurang 15 minit untuk berzikir setiap hari. Buat catatan dan checklisst.
    
     Istigfar 100 x
    laa haula wa laa quwwata illa billah  100x 
    subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar 100 x
    selawat 100 x
    Lailahaillallah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) 

    Surah Al-Ikhlas 100 x


In Sya Allah, saya yakin dengan usaha kita. In sya Allah setiap doa kita akan dimakbulkan. 


Comments

  1. betul..ibadah ni mula2 memang kena paksa, lama-lama ok

    ReplyDelete
  2. selawat la yg paling saya suka. lebih2 lagi masa naek bas k lrt k ktm...kebanyakkan org psg earphone. sy dlm hati berzikir...tenang hati..alhamdulillah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…