Wednesday, January 07, 2015

Malaikai bersama orang-orang yang sabar

Assalamua'laikum wbt


Ha...cakap memang senang. Tapi untuk laksana belum tentu semua orang mampu. Dan percayalah setiap yang berlaku pada diri kita, Allah dah tetapkan. Dan setiap ketetapan Allah, itu adalah yang terbaik. 

Kadang-kadang di organisasi kita, ada yang lebih layak dilantik menjadi ketua, tapi peliks bos pilih si fulan si fulan yang jadi ketua. Di pandangan mata kasar kita, ada org lain lagi layak.

Tapi itulah ketentuan Ilahi. Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada kebaikan si fulan yang kita tak tahu. 

Dalam meting, memang ramai yang suka bersuara. Alhamdulillah sebab ramai suka bagi pendapat. Tapi sayangnya, kadang-kadang kata-kata kita seakan-akan rasa kita yang terbaik. Tuding jari pada orang atau kadangkala tanpa sedar ayat-ayat manis kita menjatuhkan kengkawan sendiri. 

Em...bukankah lebih baik diam. Bercakap bila perlu. Masa zaman Rasulullah SAW, ada satu kisah dimana ada seorang lelaki mencaci orang lain...

...............................

Dari Abu Hurairah r.a. .meriwayatkan bahawa, satu ketika seorang lelaki sedang mencerca Saidina Abu Bakar r.a. sedang Nabi saw duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Saidina Abu Bakar r.a. dan Nabi saw terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi saw tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a. menjawab cacian itu. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi saw bangun, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a. menyusul Nabi saw di belakang dan berkata, “Ya Rasulullah saw, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampak marah dan bangun”.
Nabi saw menjawab, “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihak kamu, tetapi apabila kamu menjawab semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan, oleh kerana itu aku meninggalkan kamu”. (Hadis Riwayat Ahmad)

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. 
(Surah Al-Anfal, ayat : 46)

1 comment:

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...