Monday, September 01, 2014

Tips Mendidik Anak Cara Rasulullah SAW

Assalamualaikum Wbt


Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.


Umur anak yg paling mencabar adalah ketika usia 2 thn lbh. Sama mcm umur ilham skrng. Sangat aktif dan lasak. Tapi tanpa ilham... aku n husband sangat sunyi. Ilham dan irdina adlah anugerah Allah yg tak ternilai.

Beberapa mgg lepas.. ilham hilang kejap kt pasar borong. Masa kiteorg sibuk nk pilih ikan,die pun sibuk nk pilih ikan. Siap amek plastik. Emm sbb xnak kecohkan keadaan..kiteorg pun layan kan. Tibe2 xsampai tiga minit die dh takde. Huhh memang aku n husband cuak gile. Berdebar debar dada. Jenuh cari satu pasar. Nasib baik jumpa. Die dok kt pintu masuk. Rupanya die xnampak kami. Terima kasih Ya Allah. Jgn la menda ni jadi lg... huhuh serik nk bawa g jln. Takut jd benda sama. Nauzubillah.

Hari ni plak... kiteorg hantar ana ke usim. Pendaftaran student baru... ilham mmg sgt happy. Maklumlah dpt pusing pusibg.(ayat ilham). Cuaca plak agak panas dan dahaga mmg sesangat la. Tetiba ilham g mintak air kt sape tah. Padahal abe dil br bg air kt die. Org tu plak beli air milo. Air feveret die Huhuhu Ya  Allah... sian ilham. Dahaga smpi tahap mintak ngn org. Tp mungkin ilham ingat aku kot sbb org tu pakai spek. Walau seaktif mana pun Ilham... klo nak sesuatu die akan mintak. Lg satu Ilham ni klo bawak g jalan... mmg die suke sangat. Die suke berlari pastu taknak kita pegang tangan die. Risau sesangat weh. Dunia skrng dh xselamat lg. Mcm mcm leh jadi. Yg plg risau kt pasaraya. Lindungilah anak anak ku Ya Allah. AMIN

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)


Dalam mendidik anak-anak, Rasulullah SAW telah menggarikan beberapa panduan. Sebagai mak ayah yang beragama Islam, wajarlah kita ikut. In sya Allah ada kebaikan dan yang paling penting dapat pahala. Hidupkan untuk mencari redha Allah. 


1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun 



Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan. 


Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. 

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa. 


2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun 

Ketika umur ini, mak ayah perlu menanamkan sikap disiplin kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud; 

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” 
Ketika umur ni, kita juga dah boleh menyuruh dan mendidik anak-anak membasuh pinggan, menyapu sampah dan  mengemop lantai. Lagi satu, bukan sekadar anak perempuan, tapi anak lelaki juga perlu kita didik untuk membuat kerja-kerja rumah. 

3) Umur anak 15 hingga 21 tahun 



Fasa ini adalah fasa anak-anak kita sedang remaja. Kalau diingatkan masa zaman dulu, time ni la kite suka sangat memberontak dan adakalanya kita suka mencuba benda baru. Pada tahap ini, sebaiknya mak ayah mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka. 



Pada fasa ini, mak ayah perlu banyakkan berborak dengan anak-anak mengenai kisah kehidupan mereka dan dari situ kita boleh menyelami perasaan dan keinginan anak-anak kita. 

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

4) Umur anak 21 tahun dan ke atas 

Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 

Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.


Sumber : harian metro

1 comment:

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...