Assalamua'laikum Wbt
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar Ra’du: 28)
Sumber : google
Pernah tak korang buat check list@ senarai semak cam kat atas? Bila sebut check list, mesti klo pompuan terbayang senarai semak menu apa nak masak, senarai beli barang la..n bla..bla.. Kat ofis pun, ada yang akan buat senarai check list. Check list ni sangat penting untuk memastikan kita tidak tertinggal perkara-perkara penting yang ingin kita laksana. Dalam erti kata lain, bila adanya check list ni, in sya Allah semuanya akan perfect 200%.
Aku dulu dan sekrang adalah seorang ahli Shaklee. Dalam Shaklee ni ramai master-master melayu dan beragama Islam yang telah berjaya macam mama faiz. Dan kejayaan mereka bukan sahaja dari usaha kerja keras tapi juga hasil dari pertolongan Allah SWT melalui amalan kerohanian. Amalan kerohanian yang mendekatkan diri dengan Allah ye, bukan bomoh! (syirik tuh). Dan salah satu yang diorng buat adalah senarai semak ibadah.
Senarai semak ni bukan sekadar senarai semak biasa tp ia membantu kita untuk mendekatkan diri pada Allah. Nak berubah ke arah yang lebih baik memang perlukan usaha dan pengorbonan. Contohnya korang kena cari kawan-kawan yang baik. Tinggalkan habit-habit buruk. Pastu berazam nak wat solat lima waktu sehari semalam...
Ada sesetengah orang kata... "aku belum dapat hidayah!".. atau " belum sampai seru!"
Tapi macamana nk sampai seru kalau hangpa tak pi cari. Kalau hangpa nk makan pun kena pi cari. Takdaknya nasi tu nak mai sendri =). Jadinya salah satu usaha untuk kita menjadi insan bertaqwa adalah dengan cuba buat apa yang kita senaraikan or plan yang nk buat. Jika kita dah berjaya buat apa yang kita plan, kita boleh tick cam kat bawah tu. Check list kat bawah tu adalah untuk sebulan. Tapi kalau hang tak buat tak yah la tick. So lama-lama nnti kita boleh perasan sama ada kita ni banyak beribadah atau banyak ke laut.
Kenapa kena buat check list?
Nak buat atau tak terpulang. Tapi bila adanya senarai semak ni, kita akan lebih terdidik or berdisiplin untuk buat. Macam hangpa nak amek exam SPM. Mesti ada target yang kaw-kaw. Bila tanya bebudak yang nak amek SPM berapa target SPM. Mesti diorng jawab
" 16 A1..."
hah amek kau...
Setakat ni belum ada orang jawab " 1A cukup la" huhu.. sodih den dongar...Tapi kalau ada yang target camtu, kompon-kompon kono sobat ngn mak ayah.
So, bila target tinggi, in sya Allah usaha kita pun akan lebih.
Closed up
Nak lagi best, hangpa boleh tampal kt cermin. So, hari-hari boleh tengok. Boleh alert cket bak kata orang kampung den . Tak semestinya kena ikut yang ni sebijik-sebijik. Tapi ini adalah contoh =) Biar sikit, asal istiqomah. Untuk kita betul-betul jadi insan bertaqwa, kita sangat perlukan keazaman dan istiqamah. Istiqamah yang paling susah untuk dilakukan. Kita ni kejap buat, kejap lupa...pastu ada masa "nanti la aku buat". Last-last langsung tak buat. Sedar-sedar malaikat maut dah berada di depan kita.
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Robb kami ialah Allah", kemudian mereka tetap beristiqomah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita, mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan (di dunia)." (QS. Al-Ahqaaf: 13-14)
Kenapa perlunya Taqwa ?
Dari Abu Hurairah dia berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, maka beliau pun menjawab: “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan beliau juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka, maka beliau menjawab: “Mulut dan kemaluan.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1927, sahih gharib, Sunan Ibnu Majah, no. 4236)
senarai semak yang amat bagus :)
ReplyDelete