31 Ogos 2014 tepat jam 00.00 pagi, bergemalah seluruh Malaysia dengan laungan MERDEKA ! MERDEKA!MERDEKA !
Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.Cinta teragung nan abadi yang kekal sejati. Di mana cinta tersemi, disitu jualah tempatku bersemadi. Dirgahayu negaraku Malaysia!
Tiada ungkapan terindah yang harus dilafazkan melainkan ALHAMDULLILLAH.
dan tiada kata-kata yang teragung yang perlu dilafazkan melainkan DOA
pada ILAHI semoga keamanan akan terus kekal menjadi milik kita semua.
Sebagai blogger yang berstatus rakyat malaysia tercinta, kita memainkan peranan besar dalam menggalas tugas sebagai pejuang generasi muda. Di sini lahirnya sebuah cinta membawa maksud yang sangat mendalam kerana disini, dibumi yang dipijak inilah lahirnya sebuah cinta. Cinta sejati yang menagih 1001 pengorbanan dan cinta inilah yang akan menyatukan kita semua tanpa mengira warna kulit, asal usul, bangsa dan bahasa. Pengorbanan yang diperlukan tidak semestinya mewajibkan kita mengalas atau memikul senjata. Tapi sebuah 10 jari jemari sudah cukup untuk kita menggalas tugas tersebut. 10 jari jemari tersebut sudah cukup untuk melahirkan sebuah cinta agung lagi sejati diseluruh rakyat malaysia dan 10 jari jemari tersebut juga mempu untuk menyatukan seluruh rakyat malaysia. Jari jemari itu adalah milik blogger-blogger Malaysia.
Blogger, melalui setiap nukilan atau post mampu mengajak jutaan rakyat malaysia mengutuskan secebis doa dan alfatihah untuk tragedi MH370 dan MH17. Nukilan seorang blogger sudah sebaris dengan media-media masa sehingga seluruh rakyat Malaysia mampu berkabung demi menghormati tragedi MH17.
Menerusi nukilan seorang blogger doa tidak putus-putus dihulurkan pada umat islam di Gaza.
Post ini adalah nukilan untuk menyertai semen blogger malaysia. Yang berminat boleh klik pada gambar di bawah.
Jalan menyusuri kemerdekaan penuh ranjau dan onak duri yang mengutip seribu satu pengorbanan. Namun sejarah mengajar kita liku-liku hidup demi mencari sebuah cinta.
😀
ReplyDeleteGood luck Irdina ^__^
ReplyDelete