Thursday, August 28, 2014

Belajar untuk ikhlas

Assalamua'laikum Wbt

Sedang si penulis asyik membaca blog, tiba-tiba terdengar satu suara  sumbang berbaur dongki...

" den memang tak pueh hati botul la dongan si dio tu... ado ko patut dipuji org lain. Den ni ponat buek kojo!"

Dan tiba-tiba, si penulis pun dengan penuh semangat yang membara di tambah api-api yang dicucuk oleh syaitan-syaitan kiri dan kanan pun bangun..

" a'ah....asyik dok puji si kawan dia. Walhal program die ,kita yang banyak bagi komitmen !"

"botul-botul..den sotuju bonar la tu... Lopaih ni kito xyah la join lai...."

Dan mendengar kata-kata si penulis itu, syaitan-syaitan pun bersorak kegembiraan. Ada yang melompat-lompat, ada yang berguling-guling dan ada yang terkontut-kontut...Yeah ! Die dah berjaya mengoda anak cucu Adam. Anak cucu Adam dah mengumpat ! Dengki ! dan yang paling dasyat  tak ikhlas. Tak ikhlas buat kerja. Buat kerja bukan sebab amanah tapi sebab lain. Maleh den nak sobut. Buktinya, bila tak dipuji, habis sumo kojo diungkit! itu lah manusia. Bukan sehari..malah berhari-hari di ungkit lai... 

Astagfirullah 'hal azim. Masya Allah... 


Setelah penuh dengan dosa, si penulis pun bangun, mengambil beg tangannya sambil langkah longlai menuju ke surau demi mengepam susu buat si anak tersayang. Ditangannya dipegang sebuah majalah bertajuk "Solusi". Hasrat dihati ingin mencari hidayah Allah agar dapat mati sebagai Husnul Khotimah. Namun si penulis sokmo tertewas dengan syaiton yang direjam. 

Sesudah sampai disurau, si penulis pun mula menbaca majalah tersebut. Selak punya selak, terjumpa sebuah kisah sahabat Rasul SAW iaitu Khalid Al-Walid. 

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang Panglima Perang yang sangat hebat dalam medan peperangan. Pada suatu hari, beliau telah dipecat dari jawatan Panglima Perang. Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan masih berjuang di medan perang dengan bersungguh-sungguh dan bermati matian. Semua orang peliks. Bila ditanya mengapakah beliau masih berjuang bermati matian walaupun beliau telah dipecat, maka beliau menjawab...
beliau  pergi berperang bukan untuk dunia, tetapi untuk akhirat, bukannya mengharapkan pangkat di dunia.Segala yang dilakukan kerana Allah SWT"


Pang!! Penulis rasa seperti ditembak hidup-hidup. Syukur pada Allah sebab Allah masih sayangkan si penulis. Terima kasih Allah atas hidayahMu. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa si penulis... tapi bagaimana dosa si penulis dengan orang yang diumpat. Huhuh 

Kita sangat-sangat mudah buat dosa kering. Semua kerja kita bukan kerna Allah tapi kerana manusia walaupun dibibir kita sebut kerana Allah. Buktinye bila kita tidak dipuji, kita marah, kita panas hati. Berdoalah pada Allah agar kita diberi keikhlasan untuk bekerja dan bekerja kerana Allah. Bukan pangkat dunia yang kita dambakan tapi keredhaan Allah yang kita harapkan. Syurga Allah yang kita harapkan. Moga si penulis dapat meninggalkan dunia ini dalam Husnul Khatimah. Penulis amat berharap sesiapa yang membaca cetusan ini, doakan si penulis mati dalam husnul Khotimah. 




"sekadar berkongsi sebagai dakwah kerana Allah. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Semoga penulisan ini menjadi jambatan untuk ke syurga"




No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...