Sunday, September 07, 2014

cabaran 30 Hari | Hari 7 : sejauh mana penting pendidikan kepada anda

Assalamulaikum wbt
solat jemaah

Aku rasa topik hari ni paling best sebab sesuai ngn jiwa karat aku. Berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang pelajar selama 16 thn dan pendidik selama 8 tahun... aku rasa pendidikan tu amat amat lah penting. Tak kisah la pendidikan kat rumah atau sekolah. Tak kisah dari mana kita bermula.. yg penting dimana kita berakhir.

Kebyakkan pelajar yg aku jumpa yg agak bersifat kurang tata tertib ni, majoriti dari broken family. Kesian tau. Dah la family camtu, pastu kureng pandai. Budi bahsa pun kureng. Sian. Walaupun kami cuba bagi yg terbaik,try bagi kaunseling, tanya masalah tapi attitude diorg still sama. Maybe sbb diorg dh besar. Sbb tu org kata klo nak melentur buluh biar dari rebungnya.

Tapi tak semua camtu, ada yg sgt baik. Ada sorang pelajar aku ni nama dia rahman. Die tak brape nk kacak. Klo tengok die,mesti korang tau die susah. Baju pun lusuh je. Klo kita, dh tak pakai dh baju lusuh cmtu. Huhu Tapi die sgt rajin tlg lecturer. Kiteorg mmg xsampai hati ngn die. Rasa nk nangis bile teringat kt die. Hehe dh grade dh die. Tapi akhlak dan budi die sampai skrng disebut sebut. Moga dia berjaya dlm hidup.

Dan kadang kadang kesian kt mak ayah. Ada mak ayah nk sangat anak die sambubg blajar lepas spm. Tapi anak tak nak blajar dh. Last last anak die masuk jugak belajar tapi cam nak tak nak la. Kejap dtg kelas... kejap tak dtg. Huhu bila anak dh kena surat amaran... mak ayah la dtg merayu supaya anak die blh smbg blaja. Kesian mak ayah.

Huhu... rasa sedih pla. Huhu... so blogger yg dh jadi or bakal jadi mak dan ayah.. didik lah anak sebaik yg mungkin. Berilah pendidikan yang terbaik untk diorng. Dari pemerhatian kitorg.. kebanyakkan mak ayah lebih mengutamakan pendidikan akademik dari agama. Kecik kecik dah anta sekolah cina. Bila ditanya sebab apa..  sebab nk anak pandai cam cina. Pandai math dan inggeris. Tapi pendidikan agama diabaikan. Memang la bila besar anak tu pandai english n math tapi agama dia abaikan. Solat ntah kemana. Halal haram tak kesah. Mak ayah pun die dah tak respect. Dosa pahala die taktau. Klo mak ayah pun x respect,guru guru lagi la. Die pandang sebelah mata je.

So,kita sebagai mak ayah jgn lupa bg pendidikan agama yg secukupnya. Biarlah agama seiring dengan akademik. Anak anak tu ibarat kain putih, kitalah yang mencoraknya. Tak salah hantar anak ke sekolah cina or tamil, yg penting pendidikan agama pun kita tekankan. Biar die tahu beza baik dan buruk,dosa dan pahala.

Rasulullah saw telah bersabda:
Ajarkanlah anak-anak kamu itu tiga perkara :Mencintai Nabi kamu,mencintai kaum keluarganya serta membaca al- Quran.(Riwayat Ad-Dailami).

Saya suka mengambil pendekatan dari Saidina Ali karamallahu wajhah katanya:"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya".

Sedikit tips @ perkongsian dalam mendidik anak-anak :

1.Sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak
2. Solat berjemaah bersama anak-anak
3. Pantau pergaulan anak-anak

Boleh rujuk sini untuk tips mendidik anak cara Rasulullah SAW


4 comments:

  1. sangat setuju dengan apa yang diluahkan...mila ada seorang anak baru umur 7 tahun.. tapi pengaruh tv dan game telah mempengaruhi dia kerana mila sentiasa sibuk..dia agak nakal, mila sangat risau sebab tak ada banyak masa nak didik dia.. mila hantar dia di sekolah agama, tapi masih belum ada banyak perubahan.. apapun didikan awal dari rumah adalah yang terbaik.. corak kehidupan kita juga banyak menpengaruhi hidup mereka..so..pembelajaran melalui tauladan adalah yang kita perlukan..zaman rasulullah, sifat dan prilaku banginda yang menarik orang masuk islam.. tapi sekarang.. huhu..sedih tak boleh nak cerita...

    ReplyDelete
  2. betul, didik ikut zaman di mana kita berada, Salam dari pcl www.nazlee.com

    ReplyDelete
  3. didiklah anak selari dengan kehendak agama dan zamannya.

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...