Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Kerana Allah...

Beberapa minggu lepas, aku ngn sahabat mengikuti satu bengkel bank soalan. Pengalaman pertama membuat soalan. Kami dibahagikan mengikut kumpulan. Dalam satu kumpulan lebih kurang 10 orang dan kami bertanggungjawab untuk menyediakan 3 set soalan untuk satu LA. 
So, bermulalah tugas kami memerah otak bekerjasama menyiapkan soalan. Actually setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator. Memang dia sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Dan boleh dikatakan dia agak expert dalam bidang elektrik n banyak ilmu.
Dalam kesibukkan menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan, tambahan pulak bercampur ngn ramai org, byk watak kita boleh tengok. Dan haruslah yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Sebenarnya apa tujuan kita wat kerja. Adakah sebab Allah atau ia amanah utk kita? atau kita wat sbb kita nk pujian org. Klo sebab pujian org..memang itulah yg kita dapat. Tapi kita bekerja kerana Allah, jadi kerja itu adalah amanah. Bile buat kerja..buatlah kerana Allah sebab y…

Bersedekah...

Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Tundukkan pandangan

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)

Dugaan.....

Ya Allah, permudahkan urusan kami. Amin
Allah swt berfirman : “Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28] Bulan ni je dah 2 berita sedih yang aku terima. Dua sahabat aku keguguran. Subhanallah. Memang sedih. Tapi itu dah ketentuan Allah. Pasti ada hikmah. Senang mulut berbicara tapi berat bagi orang menanggung. Terutama jika ia adalah permata sulung yang diharap dan dinanti-nantikan. Tapi siapalah kita nak melawan takdir Ilahi. Pasti ada hikmah.  Yang pastinya, masa ni la kita akan ingat Allah banyak2. Bangun solat tahajud. Dan berdoa banyak-banyak. Dan masa ni jugaklah kita mengadu pada Allah. 

Tapi jika Allah uji kita dengan kegembiraan, kebahagian, kekayaan... adakah kita akan sujud pada Allah? Adakah kita akan bersyukur? atau kita lupa langsung kepada Allah. 
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan…

Hikmah Berselawat

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.
Nabi Muhammad SAW masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.
“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.
Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”
Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang bakhil.”
Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”
“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad SAW.