Semalam dikejutkan dengan jerebu yang makin tebal kat bahau. Seblum ni cuma kt johor. Johor yang dh kritikal. Allahuakbar! Dan seharian semalam kami berkurung dalam rumah. Risaukan kesihatan anak aku, Muhammad Ilham. Ya Allah berilah kesihatan yang terbaik utk Ilham. Sungguh kesihatan itu satu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Dah seminggu lebih aku selsema. Dan 2,3 hari ni aku demam. Rasa pening. Dan dua tiga hari ni jugak sakit keliling mata. Nak kemas rumah tak larat...tak semangat. Akhirnya pegi klinik. Dr Thong kata, selesema aku dah truk. Mukus dah teruk bahagian mata kanan. Memang pun, nak tunduk sakit. Kepala sakit. So bile dah sakit ni, nak buat kerja xdapat la. masak ala kadar. Nak sembahyang pun susah. Xleh sujud n rukuk lama-lama. Memang x kusyuk. Nak ngaji Qur'an jauh sekali. Inilah nikmat kesihatan yang sering kita lupa.
Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” (Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308)
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

No comments:
Post a Comment