Nabi Muhammad s.a.w. selalu berpesan kepada umatnya agar menjaga kesihatan sebagai langkah mencegah penyakit, supaya kita dapat membuat amal kebajikan yang sebanyak-banyaknya. Berikut adalah amalan yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan penyakit @wabak...
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik tuk kita agar mudah untuk kita beribadah kepadaNya.. Amin
1. Sentiasa berWuduk. Banyak iklan dan nasihat harini disarankan basuh tangan sebanyak kali yang boleh trutama ketika sebelum makan. Dan sebenarnya Rasulullah SAW telah lama menekankan hal ini melalui berwudhu'. Berwudhu lima kali sehari lebih dari sekadar basuh tangan. Dalam wuduk, kita diajar basuh tangan hingga kesiku, muka, kepala, telinga dan kaki hingga buku lali
2. Solat dan zikir menguatkan hati dan jiwa.Bila hati dan jiwa kuat, maka tubuh akan kuat
3. Sedekah mengelakkan mala petaka selain menyuburkan harta dan diri.
4. Solat jamaah (Jumaat dan lima waktu) tidak akan menyebabkan virus itu merebak walaupun kita berkumpul serta duduk berdiri dalam keadaan amat rapat (tidak sah solat jamaah jika sof tidak rapat)...
5. Baca al-Quran kerana itulah doa yang paling hebat! Bukankah al-Quran itu kalimah2 Allah? Apakah ada kalimah lebih baik dari al-Quran? Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.
7. Disamping semua itu, kita boleh amalkan madu asli.
Nabi s.a.w bersabda maksudnya "Sesiapa menjilat madu tiap pagi maka ia selamat dari racun dan sihir...
"InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.
Sumber : http://mjbz14.blogspot.com/2009/08/sebagai-seorang-islam-saya-yakin.html
No comments:
Post a Comment