Skip to main content

Kaum wanita ramai menjadi penghuni neraka...

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”(Muslim)
Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu.
Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.
Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.
Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…