Monday, June 24, 2013

Bersediakah kita?

Tujuan aku menulis coretan ini adalah untuk mengingatkan diri aku dan juga sesiapa yang terbaca tulisan ringkas ini... Semoga bermanafaat dan mengingatkan diri aku dan mereka yang sering terlupa.

Bile buka fb makin ramai orang berbisnes. Alhamdulillah sunnah Rasul SAW semakin dihidupkan. Makin ramai umat islam berniaga. Namun ramai juga yang mengiklankan NAK kaya Cepat? nak cantik ? nak Kurus ? Sume sibuk berbisnes. Dan ramai jugak sibuk mencari rumah lelong, saham bskl ..dan mcm-mcm lagi. Semua sedang sibuk mengumpulkan saham dan aset untuk hari-hari akan datang.

Tapi disebalik tu, adakah kita dah kumpulkan saham akhirat. Saham yang paling penting? Bekalan kita disana. Saham yang boleh membantu kita untuk masuk syurga.  Kalau difikirkan mengumpulkan saham akhirat lagi mudah dari mengumpulkan saham dunia. Sementara masa yang masih ada, sementara nyawa dikandung badan...sama-samalah kita kumpulkan saham akhirat. 

"Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri."

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...