Friday, May 06, 2011

AZAH : Cabaran 50 Buku : (2) Bulan Berbisik

AZAH : Cabaran 50 Buku : (2) Bulan Berbisik
Tajuk: Bulan Berbisik
Pengarang: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad
ISBN 978-983-124-316-9
Harga : RM 19.90
Cetakan : 2007
Muka surat: 493 muka


Bulan berbisik mengisahkan dua orang wanita yang luhur bernama Khadijah dan Wong Ai Len.Khadijah dan WOng Ai Leen merupakan dua watak yang berbeza dan dibesarkan ditempat dan suasana yang berbeza sehinggalah mereka ditemukan dalam situasi konflik kerana cinta pada seorang lelaki yang sama.

Khadijah dibesarkan dalam suasana kampung dan ditatang penuh dengan kasih sayang oleh ibu dan ayahnya. Khadijah membesar sebagai gadis yang penuh ciri ketimuran dan didikan agama yang sempurna sehinggakan dia tidak pernah membantah setiap apa yang dikatakan oleh ibu. Sehinggalah apabila ibu dan ayahnya menjodohkan khadijah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya iaitu Khaled Irfan


Wong Ai Leen adalah seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga cina. Walaubagaimanapun Wong Ai Leen telah berminat dengan islam sejak berumur 9 tahun dan beliau telah banyak belajar mengenai Islam dari Andak Rabiah. Keinginan WOng Ai Leen untuk memeluk Islam ditentang oleh ibunya dan ibunya bertindak melarikan Wong Ai Leen jauh dari Andak Rabiah. Walaubagaimanapun niat untuk WOng Ai Leen memeluk Islam tetap utuh sehingga apabila umurnya genap 21 tahun dia telah dengan rasminya memeluk Islam dan mendaftar nama sebagai Aima Adawiyah.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama dengan lelaki pilihan keluarga, Khadijah telah menghambakan dirinya untuk suami yang dicintai sepenuh hati. Segala hidup dan matinya adalah untuk suaminya walaupun keluarga mertua tidak menerimanya kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Khadijah diuji apabila suami yang dicintainya berubah dingin sehinggalah khadijah mendapat tahu bahawa suaminya sedang bercinta dengan wanita lain iaitu Aima Adawiyah.

Aima seorang gadis muallaf mendambakan seseorang untuk membimbingnya dalam Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Andak Rabiah. Dalam pencariannya, Aima telah bertemu dengan seorang pensyarahnya iaitu Khaled Irfan yang menghulurkan tangan untuk membimbing dan membentuknya menjadi seorang wanita Solehah. Perhubungan yang dilangsungkan antara Aima dan Khaled akhirnya menimbulkan bibit cinta, rindu dan sayang.

Khadijah pula semakin kecewa dengan rumahtangga dan akhirnya membawa di ke Mekah bagi mengubati duka lara hatinya. Di Mekah dia mendapat kembali segala kekuatan dan ketabahan yang dicarinya. Kini cintanya hanya pada Allah yang satu. Rindu dan Kasihnya hanya untuk Allah yang satu. Hidupnya didambakan hanya untuk Allah yang satu.

Khadijah kembali ke tanahair dengan hati yang redha dengan segala ketentuan Ilahi. Dia mengaturkan satu pertemuan ringkas antara dia, Khaled Irfan dan Aima. Dengan seikhlas hati, di depan Khaled Irfan, Khadijah melamar Aima untuk dijadikan isteri kedua Khaled Irfan. Aima bagaikan tersedar dari mimpi dan menolak lamaran tersebut.


Khadijah…
Jangan kau menangis perempuan…kerana lara itu
Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu

Aima…
Aku menangis ke lanjurku
Yang kucari cinta bermata ..tetapi sayangnya bertemu cinta nan buta



No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...