Tuesday, May 10, 2011

AL-FATIHAH untuk IZWAN NOORAZMAN

AL-FATIHAH untuk pelajar saya yang bernama MUHAMAD IZWAN NOORAZMAN yang telah meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 11.30 tghari bersamaan 5 Jun 2011. Arwah terlibat dalam kemalangan bersama-sama dengan kawan-kawanya tiga orang iaitu Haidil, Afiq dan Faiz.   Kemalangan yang paling ngeri di traffic light bahau sebab melibatkan 11 buah kenderaan iaitu 5 kereta, 3 motorsikal dan 3 lori . 
Kisahnya treller yang tiba-tiba brek tak makan melanggar semua kereta dan motor di depannya termasuk yang ditunggang oleh pelajar-pelajar saya. Arwah terperosok kat bawah treller tersebut dan meninggal tempat kejadian. 3 Orang lagi cedera parah dan ada kat hospital kuala pilah. Semoga mereka semua selamat, insyaAllah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Izwan.... 

Sebenarnya masih terbayang-bayang muka@wajah student saya meninggal. Hari senin kelas ngn diorng dari kul 10.30 sampai petang. Pagi tadi lak kelas ngn diorng pagi. Tak sangka tengah hari arwah dah dijemput Allah. Sungguh ajal dan maut ditangan Allah. Sedih sebab pagi tadi tengok diorng dok gelak-gelak bergurau senda dalam keadaan sehat walafiat.
Teringat minggu lepas saya marahkan arwah sebab sedikit nakal dalam kelas. Terbayang muka dia yg hanya tunduk je dan diam tanpa melawan. Sampai la sebelum hbs kelas sy puji beberapa org pelajar termaasuk dia mengatakan diorg ni pandai dan cerdik sbb sy nak diorng kuar dari kelas tanpa simpan rasa marah ngn saya. Pas kejadian tu, arwah sangat baik dalam kelas. Tak pernah buat hal.Semoga Allah merahmati roh Izwan. 
Masih teringat n terbayang-bayang wajah Haidil dan Afiq yang selalu buat kecoh dlm kelas yg kadang-kadang menghangatkan kelas. Semoga aidil dan afiq serta sornag lagi Faiz selamat hendaknya. AMIN

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...